Bab 48

70 8 0
                                    

Terhenti kerja Puspa dan Intan melihat Adi yang berjalan tidak jauh dari mereka dengan senyuman mekar.

Mereka berdua berkerut dahi, terpana melihat wajah kacak itu tersenyum bahagia melintas dihadapan mereka. Hati banyak suka, sampai kiri kanan pun tak pandang dah.

“Seram jugak tengok dia tersengih begitu kan, Puspa?” tanya Intan sambil mata tidak dialihkan dari Adi. Puspa mengangguk mengiyakan kenyataan itu. Adi seperti orang gila ketika ini, sumpah mereka terkejut.

“Kau rasa-rasa kan, apa yang buat dia bahagia begitu rupa ya?” tanya Puspa memandang Puspa. Puspa pandang Intan, Intan pandang Puspa. Tak tahu nak kata apa.

“Biarkan, si teruna sudah menjumpai cinta lah tu...” kata Lanang yang baru tiba di sebelah mereka. Puspa dan Intan memandang sambil mengerut dahi. Tak faham. Lanang mengeluh.

“Kalian berdua pura-pura bodoh atau memang bodoh?”

“HEY!!!” marah dua gadis dara itu dengan kata-kata Lanang. Sungguh tak berlapik ya anak-anak....

Lanang tekejut dengan jeritan dua gadis itu, terus dia meminta maaf. Saja mahu mengusik...

“Kalian berdua takkan tak nampak lagi? Adi mana ada rapat dengan mana-mana gadis seperti dia rapat dengan Mustika. Dengan Anggun pun dia cuba mengelak. Maknanya apa? Laki tu sudah jatuh cinta!” kata Lanang teruja memberi tahu, bangga juga dia akhirnya lelaki itu ada jatuh cinta pada seseorang.

Kalau tak sampai bila-bila pun dia akan menganggap Adi itu tidak punya hati dan perasaan. Intan dan Puspa tersengih suka.
“Aeyyyyy” Puspa membuat bunyi suka.

“Aeyyyyy” Intan menyambutnya.

Lanang hanya menggeleng melihat telatah dua gadis dara itu. Tiba-tiba senyuman Intan dan Puspa mati. Wajah mereka muram.

“Tapi kesianlah pada Adi nanti,” kata Puspa perlahan.

“Kenapa pula kena kesian, kira bagus lah lelaki itu jatuh cinta pada Mustika. Mustika itu sudahlah cantik, baik. Kalian berdua cemburu ya..” kata Lanang menyakat mereka. Puspa dan Inta memandang lanang dengan wajah yang kelat. Geram..

“Dah tua-tua pun bodoh,” kata mereka berdua serentak. Terdiam Lanang, wahhh dia kena kutuk balik!

“Kau lupa kah Mustika tu siapa? Dia bukan seperti manusia lain yang pernah masuk kesini. Dia sihat, dia tidak gila. Dia tahu Adi siapa, dan dia siapa. Mana mungkin dia akan menerima Adi!" Puspa meluahkan semuanya.

Ini yang dia rasa dari dulu, mana mungkin Mustika akan menerima mana-mana pemuda di alam ini.

“Benar... dan tak lama lagi, dia harus pulang. Kena pulang, kalau tak nyawanya dalam bahaya. Sangat bahaya,” sambung Intan. Lanang terdiam, betul juga...

Mereka bertiga menghela nafas perlahan. Mengeluh....

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now