Mustika sedang membantu nenek Anom menjahit. Sedikit sebanyak dia sudah boleh membiasakan diri dia di alam ini. Dia juga hampir lupa dia di mana, maklumlah penduduk-penduduk di situ semuanya baik dan seperti manusia biasa. Tapi Mustika sentiasa mengingatkan diri supaya sentiasa berhati-hati.
“Nek Mustika pulang ke rumah sebentar ya, ada hal. Sekejap sahaja.” pinta Mustika sopan. Nenek Anom hanya mengangguk sahaja.
Setelah Mustika selesai solat zohor terus dia bergegas pergi ke tampat nenek Anom. Sebenarnya jika ada orang yang bertanya adakah dia solat atau tidak semasa berada disini, dia akan katakan ya dan pasti mereka akan pelik dan aneh.
Manusia lain yang pernah masuk ke alam mereka, rata-ratanya hilang akal. Tetapi tidak pada dia, selagi dia masih waras dan sentiasa mengingati tugasnya sebagai seorang hamba kepada Allah ta’ala, InsyaAllah dia tidak akan meninggalkan kewajipannya.
Cukuplah Allah sahaja sebagai tempat dia bersujud, InsyaAllah Allah akan menerima solatnya walaupun berada tah dimana-mana sekarang ni dia berada...
“Aduh...” tiba-tiba ada seorang anak kecil perempuan jatuh di hadapan dia. Bergegas Mustika berlari membantu anak itu.
“Kamu tidak apa-apa?” anak itu menggeleng tanda dia baik-baik sahaja. Mustika mengangguk sambil tersenyum. “Sudah pergi ikut rakan-rakanmu"
Anak itu menghulurkan gelang yang dibuat dari bunga, tah dari mana anak itu dapati mungkin di Taman Chempaka dekat sebelah Telaga Daik.
Mustika pelik seketika. “Untuk apa?” soal Mustika. “Ambil lah, Ayu yang membuatnya.” kata anak kecil itu.
Mustika tersenyum, “Ayu beri pada kita?” anak kecil itu mengangguk. Setelah Mustika mengambil terus sahaja anak itu berlari meninggalkan Mustika. Tersengih Mustika dengan gelagat anak itu.
“Mustika...” panggil Adi yang baru tiba di sebelah Mustika. Mustika berpaling dan mendongak untuk melihat wajah Adi. Tinggi juga lelaki ini.
“Ya? Bagaiman tuan hamba tahu nama kita?” tanya Mustika aneh. Adi menggosok lehernya. “Errr, ada yang memberitahu.”
Mustika berfikir, “Ratna ya?” soal Mustika. Adi mengangguk laju. Mustika juga terikut mengangguk.
“Ada apa tuan cari kita?”
“Lapar?” soal Adi sambil menatap wajah bersih Mustika. Mustika pelik bila ditanya begitu, dia menggeleng perlahan walaupun di hati lain katanya.
“Benar? Kamu tidak makan sesuap pun di sini.” tanya Adi prihatin. Mustika tersengih dan menggeleng. Tiba-tiba perutnya berbunyi.
Mustika memejam mata malu, ‘Wahai perut, waktu begini la mahu dibuat persembahannya.’ Mustika tersengih malu.
Adi ketawa halus setelah itu dia matikan senyumannya seperti tidak ada apa yang berlaku.
Takjub Mustika seketika. ‘Manis juga wajah lelaki ni.’ tiba-tiba Adi memandang Mustika tajam.
‘Ahhh Mustika kau lupa?’
“Ikut kita” ajak Adi dan pergi meninggalkan Mustika. “Pergi ke mana?”
“Ikut sahaja” laung Adi. Pantas Mustika mengikut.
“Makanlah buah ini” arah Adi. Dahi Mustika berkerut tak percaya.“Kenapa pula?” soal Mustika
Adi menghela nafas penat, “Tadi perut kamu sudah berkeroncong meminta makanan. Mahu dibiar lagi?” tanya Adi. Mustika teringat, dia rasa was-was mahu memakan buah itu.
“Tak usah risau buah ini selamat” Mustika masih tak percaya.
“Wahai Mustika, jika kamu tak makan aku tak tahu jika kau masih hidup ataupun tidak, jika kau mati, mungkin kau mati kelaparan dan bukan dibunuh oleh penduduk disini.” terang Adi tanpa bertapis. Tiada lagi gelaran yang lebih hormat seperti kamu dan kita . Ni kau dan aku.
Terkejut Mustika, terasa mahu menangis. ‘Seramnya’ perlahan Mustika mengambil dan memakannya.
Sempat dia membaca basmallah dan sempat juga dia mengucap, mana tahu jika dia mati kerana makan buah ni sempat juga dia mengucap. Allahu apalah yang dia fikirkan.
Satu gigitan pada buah itu, Mustika mengigit lagi buah itu. ‘Sedap juga’
Bibir Adi tejengket menahan senyum melihat tingkah Mustika seperti sudah tidak makan satu minggu. Lapar juga.
“Enak?” tanya Adi. Mustika hanya mengangguk tak mampu untuk membalas dengan kata-kata. Adi terleka sebentar melihat tingkah Mustika.
Benar kata Lanang, Mustika ini cantik. Jika dia berada di dunia nyata bersama Mustika, pasti dia sudah mengahwininya.
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
RomanceBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...