Malam yang dinanti telah tiba. Semua ibu dan anak perempuan berkumpul untuk berjumpa Mustika kali terakhir, sayang mahu melepaskan pemergian Mustika. Ayu sudah menangis teresak-esak.
Puspa, Intan dan Maya memeluk Mustika erat seperti tak mahu lepas.
“Jaga diri baik-baik, jangan berani kamu masuk ke hutan seorang diri lagi,” buat kali pertama dalam sejarah hidup Puspa menasihati manusia supaya jangan terlalu dekat dengan kawasan mereka.Mustika hanya mengangguk. Dalam gembira dan kesedihan mereka tiba-tiba pemuda-pemuda kampung itu datang dengan keris ditangan. Seperti baru selepas berperang.
Semua disitu memandang hairan, ada juga yang mengamuk kenapa tiba-tiba dihalakan keris sebegitu.
“Betara Sakti, dia sudah tahu kewujudan Jiwa Nirmala disini!” kata salah seorang pemuda disitu dengan cemas. Muka Mustika menjadi cuak, begitu juga yang lain.
Tiba-tiba tanpa apa-apa petanda, kawasan kampung itu seperti dilanda ribut yang kuat. Pokok-pokok bergoyang laju, atap bumbung pula seperti mahu tercabut dan kain-kain yang dipakai anak dara dan mak-mak juga ditiup kuat.
Selendang milik Mustika juga entah terbang kemana. Tak sempat nak tahan selendang itu dari terus terbang.
“Mustika dalam bahaya,” kata Intan kuat untuk memberi tahu Puteri Bakawali yang tidak jauh dari mereka.
Angin kencang itu menghalang gelombang suara mereka didengari yang lain. Puteri Bakawali mengangguk berkali dengan riak cemas.
Lagi mengejutkan mereka tiba-tiba bulan purnama yang mereka tunggu tadi bertukar warna. Dari berwarna putih sekarang berwarna seakan merah darah. Mata Puteri Bakawali terbeliak. Semua disitu sudah menjadi kelam kabut.
“Mustika kamu harus pergi. Adi! Bawa Mustika pergi sekarang!” arah Puteri Bakawali. Mereka tak boleh tunggu lama, Mustika harus keluar sekarang!
“Tapi bonda...”
“Pergi! Kamu sendiri tahu jika bulan merah ini muncul, ia petanda yang tak baik! Baik pergi sekarang sebelum bulan ini hilang!” kata Puteri Bakawali mengingatkan anak terunanya.
Bulan berdarah yang muncul ketika ini akan menyulitkan lagi untuk Mustika keluar dari sini. Jika bulan ini hilang, pintu dua alam takkan terbuka untuk masuk mahupun keluar untuk jangka yang panjang.
“Kita pergi bersama, tuanku” ajak Mustika merayu. Puteri Bakawali menggeleng.
“Jika kita ikut bersama, keadaan kampung menjadi lebih teruk. Kamu harus pergi, Betara Sakti sudah tahu kedudukan kamu disini anaknda,” terang Puteri Bakawali lembut tetapi masih terasa cemasnya.
“Adi lekas!” pantas Adi menarik lengan Mustika terpaksa. Ikut hati mahu dia duduk di kampung ini membantu bondanya. Tapi jika tetap disini, Mustika akan keseorangan!
“Selepas itu, kalian pula bagaiman?” Mustika memacakkan kakinya seketika memandang mereka.
“Mustika jangan bimbang, jika kami terluka sekalipun kami tidak akan mati!” jerit Intan supaya Mustika pergi sekarang dan tak perlu risaukan mereka. Sedikit air mata Mustika jatuh.
Perlukah membahayakan diri untuk membantu dia?Tiba-tiba Puteri Bakawali memeluk Mustika, “Ingat seperti yang kamu katakan dahulu, Allah jaga hamba-hambanya. Kita yakin Allah akan menjaga kamu dari segala bahaya. Sekarang lekas pergi!” pantas Puteri Bakawali menolak Mustika dan Adi menarik lengan gadis itu pergi dari kampung itu.
-
-
-
-
-
-
😟😟
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
RomanceBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...