Bab 27

90 7 1
                                    

“Kau ada jiwa yang tidak ada pada orang lain. Kerana itu kau istimewa. Jiwa kau...murni. Jiwa kau mulia dan....sakti. Semua penduduk disini menganggap Jiwa Nirmala itu telah lenyap dan hilang di muka bumi ini, tapi silap...” Adi menghentikan bicaranya dan ketawa halus. Mustika mengerut kening.

Adi memandang Mustika “Jiwa Nirmala itu kembali, dan ia berada dalam diri kau. Kerana itu kami menjaga kau kerana kau adalah manusia yang patut kami jaga. Pihak sana, wangsa ghaib yang bertuankan Betara Sakti sangat mahukan Jiwa Nirmala untuk menambah kuasa mereka. Mereka gila kuasa. Mereka gila, kerana itu kau sangat istimewa buat mereka. Istimewa juga untuk kami, tapi kami tidak akan menyeksa kau untuk kepentingan diri kami. Kerana itu kami melindungi kau, kerana sesiapa yang mendapat jiwa kau, mereka akan menjadi hilang kawalan dan ia akan membinasakan,” terang Adi panjang mengharapkan Mustika memahaminya.

Dahi Mustika berkerut dan memandang Adi lama “Kita tidak percayalah, karut. Mana ada jiwa yang memberikan kuasa,” kata Mustika untuk menyedapkan hatinya dan menolak fakta.

Tapi itulah hakikatnya, perkara itu benar. Lagi satu dia tidak percaya bahawa dia ada jiwa yang terlalu istimewa sampai begitu sekali.

Adi menggeleng “Kau tahu setiap manusia yang masuk ke sini, semuanya menjadi hilang kawalan. Mereka jatuh cinta dengan mana-mana penduduk disini. Mereka tak mahu pulang, mereka gembira berada disini dan mereka juga menjadi gila. Bagaimana pula dengan kau? Kau rasa seperti mereka?”

Mustika terdiam, dia ada rasa gembira berada disini. Jatuh cinta? Erkkk rasanya tidak ada, mungkin “Tapi kita mahu pulang...” balas Mustika. Adi ketawa, buat kali ini sudah berapa kali Adi ketawa. Malam ini senyuman di wajah Adi sangat murah, Mustika suka.

“Itu kerana diri kau masih dikawal, jiwa kau...kalis sakti. Jiwa kau tidak akan termakan dengan sakti penduduk disini,” terang Adi lagi.

Mustika berfikir sejenak sambil membetulkan kepalanya yang sedang berada di atas bantal. Tiba-tiba dia menguap tanda masanya sudah tiba, masa untuk tidur.

Tapi dia perlu tahan, banyak lagi pertanyaan yang dia ingin dapatkan jawapannya malam ini.

“Kau tahu, dulu ada seorang manusia yang mempunyai Jiwa Nirmala juga. Dia baik, mulia dan kuat. Kau mengingatkan aku pada dia, dia sama seperti....” penceritaan Adi terhenti apabila matanya menoleh ke arah Mustika yang sudah memejamkan matanya.

“Tidur?” tanya Adi seorang diri. Dia bangun dan bergerak ke arah Mustika perlahan agar tidak menghasilkan bunyi dari lantai kayu itu. Dia melayangkan tangannya di hadapan Mustika. Mustika tidak memberi tindak balas apa-apa.

Ketawa Adi “Aku bercerita sorang-sorang rupanya.” Adi menarik perlahan selimut kapas milik Mustika dan menyelimuti Mustika dengan molek. Angin malam di istana ini sungguh sejuk.

“Selamat malam, Mustika. Kau tidak bersendirian, kau harus kuat” kata Adi perlahan sebelum dia pergi meninggalkan kamar Mustika.

Sempat Mustika menangkap kalam terakhir yang Adi lontarkan padanya tadi sebelum dia terus di hanyut mimpi.
-
-
-
-
Baik jugak Adi ni😭😭

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now