ʚ1ɞ

173 10 0
                                    

Safiya Damia melepaskan keluhan panjang. Terngiang-ngiang di ingatannya setiap bicara mak tempoh hari.

"Mia, bila nak kahwin ni? Mak tak sabar sangat nak timang cucu. Sejak ayah kamu dah pergi, kamu pun sama takde masa untuk mak. Sibuk sangat uruskan resort kesayangan ayah tu. " leter mak sambil menonton televisyen. Satu per satu kepingan keropok kentang disumbat masuk ke dalam mulutnya. Matanya pula masih tertumpu pada kaca televisyen yang memaparkan suatu drama melayu.

Safiya Damia mengunci rapat mulutnya. Dia ketandusan idea yang munasabah hendak dipertuturkan. Dia hanya mampu berdiam diri. Bagaimana agaknya cara untuk dia merealisasikan cita-cita maknya jika keinginannya bertentangan pula? Apa yang dia tahu hanya kerja, kerja dan kerja.

Dia memutarkan volume control radio demi menguatkan bunyi alunan lagu yang sedang berkumandang itu. Safiya Damia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum kereta dipandu cermat ke resort milik arwah ayah iaitu Sandman's Resort.

Tatkala tiba di resort,

"Morning, boss! " sapa Luqman dan Nabilah iaitu pekerja harapan Safiya Damia tika mereka bertembung sesama mereka. Dia tersenyum manis.

"Yes, morning too." balas Safiya Damia dengan ramah. Pantas kemudian, kakinya dihayun terus ke suatu kawasan yang menempatkan bilik ofisnya.

Tubuh direbahkan pada kerusi empuk. Tangannya ligat membelek-belek setiap fail-fail yang berada di atas meja. Safiya Damia berharap dengan kesibukkan di tempat kerja itu ianya mampu mengusir kacau-bilau yang sedang bertandang di sanubarinya tanpa diundang.

_________

' Pagi-pagi sudah hilang entah ke mana! ' gerutu Datin Asia dalam hati. Dia memeluk tubuh dengan wajah yang tampak sangat berang. Emir anak lelaki bongsunya cuba meredakan angin si mama.

"Ma, tak perlulah fikir sangat pasal angah tu. Mama taukan dia macam mana? Emir percaya angah tu ada alasan dia tersendiri. " pujuk Emir lembut sambil menggosok-gosok belakang Datin Asia. Datin Asia mendengus kasar.

"Alasan apa lagi? Lutfan tu dah jadi tanggungjawab dia, angah kamu tu je sibuk nak mengelak! Isy, geram betullah mama dengan si angah tu! " luahnya dengan bersungguh bagi melepaskan perasan marah yang bersarang di hati. Emir mengeluh perlahan.

"Mama sabar, ok? Emir akan cari angah. "

Usai mendapatkan kunci kereta di kamar tidurnya, Emir bergegas memasuki perut kereta Mazda miliknya.

Dia menghempaskan penumbuk ke stereng kereta. Wajahnya merah padam kerana bara api yang merebak di pelosok jiwanya.

"Ngah, kau ni memang takkan pernah serik, kan! " teriak Emir dengan rimas. Disebabkan satu hamba Allah yang suka mencetuskan masalah itu, kehidupan mereka sekeluarga menjadi porak-peranda.

Mujur sahaja dia ada menyelitkan gps tracker ke kereta abangnya, Amirul Khalid. Dia sudah masak dengan tindakan tak menentu si abang, maka sebagai langkah berjaga-jaga dia sentiasa mengasah akalnya lebih awal sebelum perkara tak diingini mula mengambil alih.
________

"Thank you, sir. Enjoy your stay! " kata seorang receptionist wanita dengan ramah kepada Amirul Khalid. Amirul Khalid menerima kunci bilik hotel dengan rasa puas.

Keputusannya adalah muktamad. Kini, dia sudah boleh berehat daripada melayan leteran mama yang entah bila bertemu penghujungnya.

'Asyik Lutfan! Lutfan! Lutfan! ' bengangnya di dalam hati apabila mengingati bicara mama setiap kali ternampak mukanya di rumah sana.

Dia berganjak ke bilik hotel selepas itu. Amirul Khalid berasa senang hati.

Tanpa sedar, dompetnya tercicir keluar daripada poket seluar. Amirul Khalid langsung berjalan meninggalkan ruangan lobi tanpa berlengah.

Receptionist wanita tadi perasan akan perkara yang baru berlaku itu.

"Excuse me, sir! Sir! Your wallet..! " pekiknya serta-merta ingin melaporkan hal berikut kepada si pelanggan, namun Amirul Khalid hanya buat tak endah.

Kebetulan sahaja, Safiya Damia juga berada di tempat kejadian. Mendengarkan laungan cemas pekerjanya itu dia menjadi tertarik.

"Kenapa ni, Fatin? " Safiya Damia langsung sahaja bertanya. Fatin mengeluh berat.

"Dompet encik tu, bos.. Dia tak peduli pun waktu Tin panggil tadi, tau! " omel Fatin, hampa. Safiya Damia memandang ke arah dompet yang terbiar di tengah-tengah jalan itu. Dia terus mengutip dompet tersebut tanpa banyak soal lagi. Apalah pelanggan aku ni..

"Takpelah, Fatin.. Tin teruskan dengan kerja biar saya hantarkan, ok? Bilik nombor berapa tu? " soal Safiya Damia lembut. Alang-alang kerja di pejabat tadi sudah 90% selesai, dia ingin mengambil angin pula. Lenguh tangannya asyik menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya. Agaknya waktu ayah ada dulu mesti dia pun lalui perkara yang sama..

"203, bos. " beritahunya dengan lancang. Safiya Damia menjawab dengan anggukan dan terus menyusun langkah untuk mendapatkan si pelanggan yang cuai.

________

Dia menanggalkan pakaian yang berada di tubuh, kini separuh tubuhnya sahaja yang dibaluti dengan tuala. Amirul Khalid membawa diri ke kamar mandi.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan di pintu membantutkan tindakannya. Dia mendengus kasar.

"Siapa pulak ni..! " bengangnya. Dia terus menguak daun pintu utama dengan lebar sekali. Terpampang sekunjur tubuh seorang gadis sedang berdiri tegak di hadapannya. Mata gadis itu yang sedari tadi biasa sahaja bertukar bulat membesar. Dia tampak gemuruh.

"Err.. Err.. Encik i-ini- " terketar-ketar bibirnya hendak bertutur kata. Wajahnya sudah bertukar merah menyala. Amirul Khalid menjadi sangsi. Dia ni sakit ke apa? Aku tak sempat buat apa-apa pun kut.! Ke aku..

Amirul Khalid terus menilik penampilannya seketika. Dia berdecit.

"Cepatlah cakap! Aku nak mandi ni! " tengking Amirul Khalid, lantang. Rimas!

Safiya Damia kembali ke dunia nyata. Dia melontarkan jelingan maut. Hmph! Kau ingin ni resort bapa kau punya ke!? Mulut tu biar elok sikit lisannya, ok!

"Your wallet. " ringkas dia dan menghulurkan dompet berjenama Polo milik lelaki itu kepadanya.

"Tu je? "

"Yes. Enjoy your stay, sir. " ucap Safiya Damia dengan malas. Lagipun, dia memang tiada hasrat lain selain ingin menyampaikan dompet tadi kembali kepada si pemilik asal.

Belum sempat Amirul Khalid ingin menutup pintu bilik hotelnya tiba-tiba pula seorang pemuda pantas menerpa masuk. Tercungap-cungap pemuda itu.

"Angah, tolonglah! Kenapalah kau suka sangat buat mama susah hati ni! " marah Emir dengan nafas yang masih belum stabil. Amirul Khalid cemberut.

"Aku. Tak. Nak. Bela. Lutfan. Kau faham, tak? " tekan dia satu per satu. Dia enggan mempertimbangkan hal tersebut selanjutnya lagi. Itulah jawapan akhirnya, mengapalah susah betul buat keluarganya untuk menerima kenyataan itu?

"Semua yang berlaku angkara kau! Kau kena bertanggungjawab, ngah! " amuk Emir, geram. Amirul Khalid memeluk tubuh dan menghela nafas. Dia sudah letih.

Tatkala dia memandang tepat ke arah Emir, dia tersedar akan suatu susuk tubuh yang berselindung di belakang adiknya itu. Tanpa sengaja, matanya bertentangan dengan mata coklat bersinar milik gadis sebentar tadi.

Amirul Khalid mengepal buku lima. Darahnya terasa meruap.

"Seronok ke curi-curi dengar perbualan orang? " tegur Amirul Khalid serta-merta. Safiya Damia meramas perlahan jari-jemarinya antara satu sama lain, dia dapat mengesan amaran itu. Lelaki itu sedang mencerlung tajam ke arahnya. Safiya Damia tertunduk ke lantai.

"Saya mintak maaf.. Saya tak- "

"Berambus! " pintas Amirul Khalid tanpa belas kasihan. Masa ini jugalah ada orang asing yang mengetahui akan privasinya. Hisy!

Safiya Damia menurut kata. Dia terus beredar secepat mungkin, takut pula mengundang lagi amukan pembegis seperti itu. Kus semangat!

Mr Ego Amirul KhalidWhere stories live. Discover now