Mereka tiba di sebuah bilik yang terletak lebih dalam di suatu penjuru rumah agam itu. Safiya Damia terpegun dengan ruangan bilik tersebut. Beraneka perhiasan dan koleksi barang-barangan antik ada di sana.
Mulutnya yang ingin ternga-nga luas terus ditekup dengan telapak tangan.
"Duduklah dulu, kak, Fiya, sementara kita tunggu Khalid sampai ke sini. " kata Datin Asia lantas dia memanggil bibik demi mendapatkan anak lelakinya yang belum muncul-muncul lagi.
"Mak.. Betul ke mak nak Mia kahwin dengan anak Aunty Aya ni..? Apa jadi kalau kami tak serasi..? " desis Safiya Damia kepada Roqayah. Mak bersikap acuh tak acuh. Safiya Damia menghela nafas, lesu.
Tak lama itu,
Kedengaran bunyi tapak kaki yang menuju ke bilik tersebut. Debaran jantung Safiya Damia terasa semakin kencang. Safiya Damia menunduk ke lantai marmer. Dia tidak berani bersemuka dengan si calon suami. Segan!
Amirul Khalid bersalaman dengan Roqayah dan terus mengambil tempat di sisi Datin Asia. Wajahnya masam mencuka dan fikirannya sudah melayang entah kemana. Dia tampak tak senang duduk. Amirul Khalid mahu melarikan diri secepat yang mungkin.
"Boleh kita mulakan sekarang? " soal Datin Asia kepada semua yang berada di sana. Roqayah sahaja yang membalas dengan anggukan manakala dua pihak yang lain hanya diam membisu.
Roqayah menyondol bahu anak gadisnya. Dia mahu agar Safiya Damia memberikan perhatian.
Tatkala Safiya Damia mendongak untuk menatap wajah calon suaminya, serta-merta matanya membutang besar. Amirul Khalid turut sama.
'ENCIK 203!?' Jerit Safiya Damia dalam hati.
Datin Asia memandang riak wajah Amirul Khalid dan Safiya Damia silih berganti. Timbul rasa hairan di hatinya.
"Angah, Fiya, ok tak ni? "
'Ya Allah... Mahu gugur jantung dibuatnya!'
Safiya Damia masih tidak boleh menerima kenyataan. Di dalam hati dia sudah terbayang dirinya menumbuk-numbuk sofa. ARGHH! STRESS! Sah kami tak serasi! Tolonglah mak jangan pasangkan Mia dengan Encik 203 ni! Dingin tak bertempat!
Amirul Khalid berdehem beberapa kali.
"Sakit tekak ke, angah? " tegur Datin Asia kepada Amirul Khalid. Lelaki itu menggeleng.
"Sure? " tokok Datin Asia lagi. Amirul Khalid mengangguk pula kali ini. Dia hanya bermain dengan isyarat sebagai jawapan.
Roqayah mengukir senyuman.
"Angah masih ingat dekat mak, tak? " borak mak pula. Safiya Damia berkerut dahi. Mak? Ewah ewah.. Mesranya kau orang.. Ni mak aku sorang jelah!
Amirul Khalid mengulum senyuman sekilas. Tak ikhlas!
Debaran bertukar menjadi baraan api. Safiya Damia tidak berkenan dengan sikap lelaki di hadapannya itu.
"I will be straight to the point. Aunty Roqayah and I have decided untuk satukan angah dengan Fiya. Any objection? "
"I do. Angah tak berkenan dengan dia. Angah ada life sendiri dan no one can control me. " bangkang Amirul Khalid serta-merta, berhati batu. Safiya Damia juga mempersetujui kata-kata tersebut. Dia pun tidak mendambakan lelaki seperti Encik 203!
"See? Now, it ends here. I got someting to take care of. " ujar Amirul Khalid dan terus bangkit dari duduknya.
"Nanti. Mama tak kata dengan bantahan angah semuanya akan tamat. Mama tetap dengan keputusan mama tak kira apa pun. Mama nak angah kahwin dengan Fiya. " tegas Datin Asia. Dia bingkas berdiri juga. Rahangnya seakan-akan ketat. Dia tidak berpuas hati.
Amirul Khalid memeluk tubuh.
"Have anyone told you, you're a control freak- "
"Amirul Khalid! " pekik Datin Asia, berang. Roqayah dan Safiya Damia tergamam. Suasana yang janggal bertukar tegang.
"I'm sorry, ma. Not this time too. " putus Amirul Khalid. Dia terus mengatur langkah meninggalkan bilik perbincangan tersebut a.k.a ruangan keluarga. Safiya Damia mengetap bibir. Sungguh kejam lelaki itu, sanggup berkasar dengan mama sendiri!
"Aya tak tahu lagi macam mana nak perbaiki Khalid tu.. " adu Datin Asia, berdukacita. Roqayah mendampinginya lalu menggosok lembut lengan Datin Asia.
"Takpelah, Aya.. Aya jangan berputus asa ye. Jangan berhenti berdoa kepada Allah. " pujuk Roqayah. Safiya Damia seakan-akan faham dengan situasi yang menyerang dirinya tatkala ini. Rupanya dia hampir menjadi solusi mereka. Hakikatnya, ianya tidak membuah hasil.
Safiya Damia mengepal buku limanya. Jantungnya mula berentak laju.
"Saya nak kahwin dengan anak Aunty Aya tu. Saya berkenan dengan dia " tutur Safiya Damia secara mengejut. Nayalah kau Fiya! Kenapa kau buat keputusan terburu-buru ni! Isy, mulut! Mulut ni!
Datin Asia terasa disuntik harapan, namun dia hanya mampu tersenyum nipis. Tiada siapa boleh mengubah keputusan Mr Ego. Tiada sesiapa buat masa ini..
Safiya Damia berlari keluar untuk mendapatkan Amirul Khalid. Secepat mungkin demi Aunty Aya, Fiya!
"Encik! " seru Safiya Damia sekuat yang boleh apabila ternampak susuk Amirul Khalid yang sedang membelakangkan dia. Amirul Khalid tidak menghiraukan seruan itu. Maka, berulang-ulang kali Safiya Damia memanggil sehingga dia benar-benar sudah berada di belakang tubuh kekar lelaki itu.
"Encik.. " panggilnya lagi dengan nafas yang tidak tentu arah, semput. Macam mana agaknya orang-orang di rumah agam ni mampu menjalani kehidupan dengan tahap kebesaran dan keluasan rumah agam itu.
Amirul Khalid menghadap Safiya Damia. Dia mendengus kasar.
"Kau nak apa? "
"Saya nak kahwin dengan encik! " terus terang sahaja Safiya Damia. Amirul Khalid menjongketkan sebelah kening. Dia tertawa sinis.
"Kau nak mengaku yang kau murahan? Nak kikis duit aku, macam tu? "
Safiya Damia menggeleng sambil mengetap bibir. Keningnya hampir bercantum.
"Saya pun ada duit juga jadi saya cuma nak kahwin dengan encik tanpa alasan. "
"Kau suka aku? " soal Amirul Khalid lalu mendekatkan jarak di antara mereka berdua. Safiya Damia tidak berganjak langsung. Dia bukan sembarangan gadis, maka dia tidak akan semudah itu untuk mengalah.
"Saya nak kahwin dengan encik. " tegas Safiya Damia, degil. Langsung tidak membalas soalan itu. Amirul Khalid tersenyum sinis.
"Tapi aku tak nak kahwin dengan kau. "
"Kenapa? Encik takut? " cabar Safiya Damia. Dia tahu itulah kelemahan orang-orang ego ni. Pantang dicabar sedikit pasti meradang tapi apakah pula jenis ego lelaki di depannya pula?
Tidak lekang senyuman sinis tersebut di bibir Amirul Khalid.
"Aku tak bodoh. Aku tahu kau ingat aku akan termakan dengan umpan kau, kan? " Safiya Damia memeluk tubuh dia sekadar bersahaja.
"Kalau macam tu kahwin dengan saya. Saya yakin 100% encik takkan rugi! " Amirul Khalid berkerut dahi sedikit. Licik pula gadis yang dijangka bengap itu.
"Apa niat sebenar kau nak kahwin dengan aku? Selagi aku tak puas hati, selagi tu aku takkan nak kahwin dengan kau. "
Safiya Damia merapatkan bibirnya. Benar, Amirul Khalid punya ego yang mencecah ke langit. Dia perlu memikirkan jawapan yang paling bijak di antara kesemuanya. Dia perlu mengasah akalnya. Hmm... Hah! Aku tau!
"Saya janji akan jaga Lutfan macam anak saya sendiri. " ujar Safiya Damia dengan tekad. Amirul Khalid terkedu lalu mencebik. So, that's how you want to play, huh?
"Fine then.. I guess you've got the qualification. "
Lega. Safiya Damia berasa sesak nafas baharu tadi. Alhamdulillah! Syukur!
Amirul Khalid merapatkan wajahnya ke sisi gadis itu. Senyumannya sudah mati.
"Jangan menyesal kemudian hari pula. Aku tak boleh jamin keselamatan kau. "
YOU ARE READING
Mr Ego Amirul Khalid
RomanceKatanya Mr Ego, Dingin, pembengis dan berwajah ketat setiap masa dan setiap waktu. Namun, Sisi penyayang yang sentiasa menyerlah, itulah yang merobohkan segalanya. Itulah yang membuatkan dia sentiasa tercuit hati dengan si keras kepala, Safiya Da...