Emir menarik tangan Bella yang berlapikkan lengan baju secara paksa. Rontaan gadis itu tidak dipedulikan.
Dia membawa gadis itu bersamanya ke kawasan yang kurang menjadi tumpuan orang ramai.
"Lepaskan I, croc! Why you treated me this way!? " bentak Bella segara Emir melepaskan pegangan tersebut dengan kasar apabila mereka tiba di destinasi. Bella meraung kesakitan.
"Are you out of your mind, Bella!? Abang I tak suka dan tak cintakan you, faham! Why must you wanted to cause a ruckus in their household!? "
"Because he's my first love! I deserve him more than she does! "
"You've gone too far! You're losing your sanity! Is it worth to go to such extent!? " jerkah Emir dengan bengis sekali. Dia menghamburkan keseluruhan amarahnya terhadap sikap pentingkan diri Bella.
"It is! " lenting Bella. Emir mengepalkan buku limanya.
"Greed is all you've got! You don't have even the tiniest love for him! Not. At. All. " Bella mengetap bibirnya. Matanya semakin berair. Marah. Dia berasa amat marah, namun dia ketandusan kata-kata. Emir tidak langsung membukakan peluang untuk merembat kemenangan dalam perbalahan tersebut.
Emir mengeluarkan handkerchief dari poket seluarnya. Dia menekap sapu tangan itu ke tubir mata Bella dengan berhati-hati.
"I terlepas cakap, mia bella.. Jangan ambil hati, please.. " pujuk Emir, kesal. Bella merampas sapu tangan itu.
"Terima kasih banyak-banyak tapi hati I dah lama remuklah, Emir! " berang Bella dan memutarkan bola mata sekilas. Emir mengeluh berat.
"I tak nak you buang masa you terkinja-kinja dekat abang I yang tak minat dekat you pun. Stop being stubborn, mia bella. "
Bella menjatuhkan pandangan ke lantai. Kecewa. Cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Tidak punya harga di mata lelaki pujaan sendiri.
"I nak kahwin dengan you. I sukakan you dari awal lagi. Why don't you marry me instead? " lamar Emir secara mengejut. Dia mengeluarkan sebentuk cincin permata dan ditonjolkan ke hadapan gadis itu.
Bella tergamam.
"I tak kesah you suka ataupun tak dekat I. I just want an answer, either yes or no. " tokok Emir. Bella melemparkan renungan yang dalam ke anak mata lelaki itu.
"But why? " soal Bella. Mata dan hidungnya bertukar merah kembali.
"You buli I each time and now this? Why Emir!? Why!? Are you making fun of me again?? " Bella tidak mahu diperdayakan. Baginya Emir hanya mahu memusnahkan kehidupannya.
Emir menggeleng dan menolak helaian rambut Bella yang menutupi wajah gadis itu.
"I tak pernah tipu you! I cintakan you, it's just you who always keeping your guard up around me. I betul-betul cintakan you, mia bella. " jujur Emir. Bella mengesat air matanya sendiri.
"Tapi I tak boleh terima you! " lantang Bella dan beredar secepat mungkin. Emir melepaskan keluhan. Nampaknya cincin permata itu belum bertemu pemiliknya, bagaimanapun semangat Emir masih marak. Dia harus bekerja lebih keras demi meragut hati Bella.
_________
"Assalamualaikum, mak!! Rindu dekat Mia tak?? " laung Safiya Damia sambil berlari anak ke arah satau-satunya mak dunia akhiratnya. Mak turut teruja menyambut kepulangan satu-satu anaknya hidup dan mati.
"Waalaikumsalam! Eh, kenapa balik tak bagitau mak ni? " Roqayah terus mengajukan soalan. Safiya Damia tertawa comel.
"Saje nak bagi mak lagi ikhlas nak sambut Mia balik. " guraunya. Satu tamparan lembut mengena bahunya serta-merta.
"Mia ni memang takde kerja lain, nak sakat mak je! " getus Roqayah. Amirul Khalid memberi salam dan bersalaman dengan mak mertuanya itu.
"Angah dengan Mia ni kenapa tiba-tiba buat keputusan nak jeguk mak ni? " tanya mak sekali lagi masih dalam kekeliruan yang nyata. Amirul Khalid terus menoleh memandang Safiya Damia untuk bersuara.
"Takdelah.. Takkanlah nak biarkan mak sorang-sorang dekat rumah. Nak dekat sebulan dah ni. Nanti mak ingat Mia dah lupakan mak pula. " tutur Safiya Damia. Roqayah bergumam dengan nada sinis.
"Takde maknanya mak nak bersangka buruk kat Mia lah. " beritahu mak dengan konfiden. Roqayah pun menjemput mereka berdua masuk ke dalam rumah.
Selepas itu,
"Bila angah masuk kerja semula? " soal Roqayah sewaktu mereka sedang menikmati juadah yang terhidang di atas meja. Amirul Khalid menelan dahulu makanan yang berada di dalam mulutnya sebelum menjawab soalan berikut.
"Tulat. " balasnya sepatah.
Mak mengangguk sekilas menandakan beliau faham. Roqayah menatap tepat ke arah anaknya pula.
"Maaflah kalau mak macam busybody sikit tapi kau orang berdua ni takde plan nak bagi mak timang cucu ke? "
Mahu tersembur makanan daripada mulut Safiya Damia. Amirul Khalid juga turut tergamam. Lekas dia menghulurkan secawan air kosong kepada Safiya Damia tatkala mendengarkan isterinya itu terbatuk-batuk.
"Apa mak ni! Asyik cucu, cucu dan cucu! "
"Dah anak mak seorang je, memang yelah kalau mak dah lama berangan-angan nak bercucu semua. Mia ni pun.. " bidas Roqayah kembali. Terasa bahang tersebar luas di permukaan kulit Safiya Damia. Dia menundukkan wajahnya dan sambung menyuapkan makanan dengan lagak berang.
Amirul Khalid hanya menyepi walau dalam hati sudah tergelak riang kerana terhibur dengan situasi tersebut. Safiya Damia memang naif pada pandangannya. Mudah sungguh melatah bila orang usik sedikit. Nasib sahaja comel sungguh orangnya.
YOU ARE READING
Mr Ego Amirul Khalid
RomanceKatanya Mr Ego, Dingin, pembengis dan berwajah ketat setiap masa dan setiap waktu. Namun, Sisi penyayang yang sentiasa menyerlah, itulah yang merobohkan segalanya. Itulah yang membuatkan dia sentiasa tercuit hati dengan si keras kepala, Safiya Da...