Emir betul-betul kecewa. Tiada satu pun yang berhasil. Dia sudah cuba mengekori Bella namun satu apa pun tidak menunjukkan tanda-tanda harapan.
Emir menoleh kearah Safiya Damia yang sedang bermain-main dengan Lutfan itu. Tak lama lagi, kakak iparnya itu akan kembali ke rumah sendiri.
Tempoh yang diputuskan semakin bertemu pengakhirannya. Argh! Cemburunya dengan angah! Mereka sudah bahagia bersama, aku pula masih dalam kekaburan yang nyata!
"Kak Fiya, apa yang buatkan you jatuh hati dekat angah? " soal Emir secara mengejut. Safiya Damia terdiam sekejap.
"Kenapa awak tanya? " pelik Safiya Damia dekat Emir. Sejak bila pula Emir minat bercinta ni? Selalunya relaks je dengan gelagat suka membuli dia tu.
"I nak kahwin tapi buah hati I tak percayakan I. " nyata Emir tanpa berlapik. Dia hampa. Safiya Damia yang menadah telinga spontan bertukar teruja tatkala mendengarkan penerangan itu.
"Apa kata awak ajak dia jalan-jalan dekat tempat-tempat yang menarik. Mesti dia excited dekat sana. "
"I tak rasa itu cara terbaik untuk tunjukkan keikhlasan I. "
"Hmm.. Susah jugak tu. " gumam Safiya Damia. Emir semakin kecewa. Melayanglah impian hendak memperisterikan Bella kalau begini..
"Kalau macam tu.. Sebab dia tak percayakan awak. Apa kata awak ajak dia tengok sisi sebenar awak? " cadang Safiya Damia lagi. Emir terus mendapat idea.
"Good idea! Terima kasih, Kak Fiya! Kalau berjaya you'll be the first one to find out! " teruja Emir dan mengatur langkah ke biliknya. Dia mendapatkan telefon sendiri yang terletak di atas meja sisi katil, lekas dia menyampaikan rancangannya kepada Bella.
___________
Bella tergamam melihat penampilan Emir. Rupanya tidak ubah seperti orang di rumah semata-mata. Rambutnya tidak disikat kemas, malah dibiarkan jatuh dan tidak terurus. Bajunya hanyalah t-shirt biru gelap dengan seluar sukan berwarna hitam.
Meskipun dengan penampilan malas, masih tidak dapat dinafikan ketampanan lelaki itu. Penat sahaja Bella bersolek dan mengenakan pakaian yang cantik belaka hanya untuk setaraf dengan imej Emir yang kebiasaannya.
"Hari ni I nak you tengok I sebagai I dan bukannya si buaya tu. " pesan Emir. Inilah peluang terakhirnya dan jika tidak berjalan lancar, dia redha sahaja. Biarlah membujang sampai mati.
Bella sedikit terpaku dengan usaha Emir. Memang dia ni dah teruk dilamun cinta.
"You ada apa-apa nak tanya? "
"Ada. Kenapa you pakai cermin mata hitam? Kenapa you bawa I ke oceanarium? Kenapa you tak nak mengalah? " tanya Bella bertubi-tubi. Emir tergelak kecil. Selalunya dia yang banyak soalan tetapi kali ini terbalik pula.
"Cermin mata I untuk gaya je. I bawa you ke sini sebab I minat hidupan akuatik dan akhir sekali, I masih ada satu hari untuk buktikan dekat you yang I tak bergurau sukakan you. " jelas Emir. Bella membuat riak wajah jengkel. Dia ni kan..
"Sudahlah. Bosanlah. " malas Bella. Emir mengeluh.
"Kita tak start apa-apa lagipun, mia bella. You ni agak-agaklah. Kecil hati I tahu tak! " marah Emir. Geram betul dengan sikap Bella yang pentingkan diri.
Sewaktu mereka memulakan aktiviti, Emir becok memperkenalkan informasi mengenai setiap hidupan akuatik yang ditemui mereka di sana. Lagaknya seolah-olah dirinya itu merupakan seorang aquarist. Bella agak kagum dengan pengetahuan Emir yang luas dalam bidang biologi marin.
"Kenapa you jadi pramugara kalau you banyak ilmu pasal perkara macam ni? " hairan Bella. Emir terkedu seketika. Dia menggaru-garu bahagian yang tidak gatal di kepalanya.
"Sebab.... Sebab ini just hobi I? " bohong Emir. Bella menjeling tajam ke arah Emir. Dia tahu lelaki itu tidak jujur.
Emir mengeluh perlahan.
"Fine, mia bella. You caught me. I pilih jadi pramugara sebabkan you. "
"Hah!? " kejut Bella. Apa yang Emir mengarut ni?
"You mungkin tak sedar tapi we went to the same university. Walaupun kos kita berbeza tapi you got my attention from the very start, mia bella. It was love at the first sight. " terang Emir lagi. Bella masih tidak faham dengan penjelasan itu. Tapi mengapa dia pula sebagai punca lelaki itu meninggalkan kerjaya impian sendiri?
"Mulanya I tak kesah sangat pun tapi lepas dapat tahu you jadi pramugari.. For once I craved your attention.. And it took me to today.."
"You're kidding me, Emir.."
"You won't understand, mia bella! I know this is funny but I tak nak anyone else dapatkan you before me! But, surprisingly you minat dekat abang I pulak.. That was how I started acting so childish just to be 'Emir' in your world.. " nyata Emir dengan jujur. Bella terkedu seribu kata. Dia mengemam bibir dan tak lama itu berdehem kecil demi memecahkan keheningan suasana.
"You're totally something, Emir. " akui Bella, kagum.
"I nak cincin hari tu. " tambah Bella tiba-tiba. Emir terkesima sekejap lalu lekas menurut kata.
Tatkala melihat sebentuk cincin yang di pegang oleh Emir, Bella terus menghulurkan tangan kanannya. Kemudian, cincin pun tersarung kemas di jari manisnya itu.
"Marry me. " ajak Bella dengan gaya menyakat. Roh Emir terasa bagai terbang ke awang-awangan. Wajahnya terus bertukar merah menyala. Kalau boleh buat sujud syukur lama dah buat tapi disebabkan tempat awam dan baru permulaan terpaksalah tahan sedikit balik rumah boleh buat puas-puas. Kahwin nanti agaknya dah melekap terus dahi ke lantai tak bangun-bangun sudah.
"MasyaAllah.. Mia bella.. " terharu Emir.
"You're welcome. " jawab Bella ringkas. Emir mengesat air mata yang mula berkumpul di pelupuk matanya. Lantas, matanya terpandang ke arah pakaian Bella. Dia tersenyum manis.
"Anyways, it's a bit late for me to say, but you look so radiant, mia bella. " puji Emir akhirnya. Dari awal lagi dia hendak memuji Bella tetapi takut tersilap langkah.
Bella melemparkan pandangan yang sama ke arah Emir.
"And you bergaya ala kadar je? " hairan Bella, akhirnya terpancul juga persoalan itu. Setahunya Emir sejenis yang suka tampak menonjol, namun kali ini berlainan pula tindakannya.
Emir tertawa kecil.
"I nak tahu sejauh mana penerimaan you terhadap diri I ni rupa atau hati I. " jelasnya. Bella terangguk-angguk, faham.
"Dua-dua. " selamba badak Bella menjawab. Emir tergelak kecil. Tidak percaya tapi suka.
"I'll makesure you'll become the merriest girl alive, mia bella. " ucap Emir tulus sambil tunak menatap lama ke anak mata Bella, Bella terpaku ibarat dipukau.
"You memang dah menang hati I, Emir. " ungkap Bella tanpa sedar. Terbeliak mata Emir jadinya.
"Sorry? Apa you cakap? " tanya Emir inginkan kepastian. Mana tahu telinganya silap tangkap tadi. Bella serta-merta mengalihkan pandangan.
"I kata mata you cantik. " bohong Bella. Emir melorek senyuman. This will take a longgg journey to finally get used to it. Gumam Emir di dalam hatinya.
YOU ARE READING
Mr Ego Amirul Khalid
Roman d'amourKatanya Mr Ego, Dingin, pembengis dan berwajah ketat setiap masa dan setiap waktu. Namun, Sisi penyayang yang sentiasa menyerlah, itulah yang merobohkan segalanya. Itulah yang membuatkan dia sentiasa tercuit hati dengan si keras kepala, Safiya Da...