ʚ24ɞ

88 4 0
                                    

Wajah kacak itu dilempang kuat. Marah. Amirul Khalid tidak mampu bertoleransi lagi. Bukan sahaja dia terasa dikhianat tetapi habis dizalimi secukupnya oleh Qash.

"Kenapa kau tak mati je!? " bengang Amirul Khalid dan segera membuka ikatan pada pergelangan tangan serta kaki isterinya sementara Qash masih terkebil-kebil.

"Disebabkan kau aku macam nilah, s***! " jerkah Qash turut tak mahu kalah. Dari dulu dia inginkan kasih sayang, ingatkan dengan kehadiran Amirul Khalid dia akan faham perasaan diterima dalam dunia ini tapi dia silap. Amirul Khalid merupakan binatang yang sebenar! Takde hati perut dan sanggup menikam dirinya dia dahulu!

"Kau takkan faham kenapa aku cuba bunuh kau, si haram! Disebabkan kewujudan kau, aku takde bapa! Angkara kau ibu aku gila!  " tempik Amirul Khalid dengan dada yang berombak, membendung setiap ketidakpuasannya. Benar, Qash lah sahabatnya dan teman karibnya dahulu tetapi rupanya Qash lah punca keretakan dalam keluarganya berlaku.

"Aku tak bersalah! Aku tak bersalah! Aku tak bersalah! " marah Qash bertalu-talu mengulangi ayatnya. Safiya Damia jadi konfius. Sebenarnya apa yang terjadi?

Amirul Khalid menghampiri Qash. Dia mencengkam kolar baju Qash dan dihentam muka Qash bertubi-tubi. Rahangnya terasa ketat sekali. Benci. Itulah kenyataan yang timbul di hatinya.

Safiya Damia yang menyaksikan pertempuran itu tidak mampu untuk duduk diam. Lekas, dia menahan tangan suaminya.

"Cukuplah. Saya tak nak tengok awak macam ni. Awak berdua sepatutnya berbincang dengan tenang. " tegurnya tatkala perasan yang Qash langsung tak membalas setiap pukulan daripada Amirul Khalid itu. Suaminya merengus kasar dan meleraikan pegangannya pada kolar baju tadi.

Qash tertawa sinis.

"Puas? " sindir Qash. Mahu sahaja Amirul Khalid sambung kerjanya tadi tapi disebabkan Safiya Damia dia berhenti. Dia perlu berfikir secara waras.

"Puas kau musnahkan hidup aku!!? "

"Enough! " teriak Amirul Khalid. Qash mengetap bibirnya.  Safiya Damia pula yang jadi rimas dengan pertelingkahan mereka berdua. Tak faham dan penat jadi saksi. Belum sempat Safiya Damia mahu kuliahkan mereka berdua tiba-tiba bertambah pula kepala di bilik tersebut. Suara garau itu bergema di gegendang telinga.

"Long time no see, sons. " sapa Dato' Hilal. Orangnya tinggi lampai, berkulit perang dan berwajah kemelayuan sejati. Walau sudah berusia lewat 50-an tapi tubuhnya masih tegak berdiri dan sangat maskulin. Safiya Damia terangguk-angguk.. nampak sangat kesemua anak-anak kepada Dato' Hilal mewarisi ketampanannya walau terdapat sedikit perbezaan dari segi gen.

Mata Amirul Khalid terbeliak besar. Dia terkejut dengan kedatangan luar jangkaan dari Dato' Hilal. Qash pula berdencit, rimas.

Riak wajah Dato' Hilal berubah serius dan dingin sehingga suasana di dalam bilik tersebut menjadi seram sejuk. Amirul Khalid serta-merta tertunduk kepalanya akibat rasa gerun.

Dato' Hilal meluru ke arah Qash. Disuntiknya suatu cecair ke bahu Qash sehingga mata lelaki itu terus terpejam dan tubuhnya rebah ke atas lantai simen. Dato' Hilal mengeluh berat.

"Semuanya salah papa dan bukannya Qash. Sepatutnya angah lebih berakal tapi angah pilih untuk tuduh Qash disebabkan ego angah, kan? " soalnya dengan kecewa. Dato' Hilal meramas rambut putera pertamanya itu sehingga kusut.

"Kita perlu berbincang. "

__________

Amirul Khalid terasa setiap tekanan mula menyerang dirinya. Kehadiran Dato' Hilal mampu mendominasi suasana sekelilingnya. Dia sangat hampa dengan kejadian yang sudahpun berlaku membuatkan Amirul Khalid semakin malu berinci-inci. Semua salah kau, Khalid!

"Papa nak mintak maaf atas kebodohan diri papa. 10 tahun papa tak jalankan tanggungjawab papa yang sepatutnya. Papa harap semua boleh terima papa semula. Papa nak kembalikan harmoni dalam keluarga kita. Ada sesiapa nak membantah? " bicara Dato' Hilal sambil menggaul air kopi di cawan. Datin Asia di sisi hanya mengunci mulut rapat-rapat manakala Emir langsung tak beriak.

Tiada siapa yang berani bersuara tatkala itu apatah lagi Safiya Damia yang merupakan orang luar. Melihatkan reaksi Amirul Khalid di sisinya, Safiya Damia cuba menenangkan diri suaminya itu dengan mencantumkan jari-jemari mereka. Terasa telapak tangan itu sedikit lembab akibat peluh.

"It's okay.. everyone deserves a chance.. " bisik Safiya Damia. Barulah Amirul Khalid bernafas kembali. Dia pasti Amirul Khalid baru sahaja sedar akan perbuatannya yang telah mengeruhkan lagi keadaan masa lampau.

"Kalau macam tu, papa dan mama akan setuju untuk rujuk semula itupun kalau angah boleh janji untuk perbaiki hubungan angah dengan Qash. " tokok Dato' Hilal. Walaupun belum mengetahui cerita penuh, Safiya Damia pasti Qash layak menerima kehidupan yang lebih baik. Amirul Khalid mengerling ke arah Safiya Damia. Isterinya itu mensetujui akan permintaan ayah mertuanya, maka Amirul Khalid turut akur.

"Good. The meeting ends here. " putus Dato' Hilal barulah kesemua mereka berganjak dan meneruskan aktiviti yang tertangguh.

_________

Amirul Khalid termenung sendiri. Walaupun mereka sudah lama kembali ke villa mereka tetapi Amirul Khalid tampak langsung tak bermaya.

Safiya Damia meraih tangan suaminya itu.

"Luahkan dekat saya. Saya nak tahu kenapa awak macam ni. " pinta Safiya Damia, tak senang melihat perubahan Amirul Khalid yang asyik leka di dunia sendiri.

"Aku menyesal... Aku menyesal sebab aku dah aniaya orang yang tak bersalah.. " beritahu dia akhirnya. Air mata tiba-tiba berkumpul penuh di tubir mata sendiri. Safiya Damia simpati melihat keadaan suaminya itu, lalu dia menyeka lembut titisan air mata yang melimpah jatuh.

"Mungkin awak tak perasan, tapi awak bertuah sebab adik awak masih hidup. Awak masih ada peluang untuk betulkan hubungan awak dengan dia. " katanya dengan nada memujuk jiwa yang ingin menjauh itu. Serta-merta, Amirul Khalid menyembamkan muka ke bahu isterinya itu.

"Terima kasih sebab datang dalam hidup aku... aku sangat-sangat bertuah.. " Safiya Damia menggosok-gosok kepala suaminya. Inilah kali pertama dia melihat Amirul Khalid tampak lemah. Apapun yang berlaku, dia akan sentiasa menyumbangkan sokongan buat lelaki itu.

Mr Ego Amirul KhalidWhere stories live. Discover now