"Weyh, kau nampak tak muka bos tadi? Monyok je aku tengok.. Kau rasa apasal eh..? " soal satu staf wanita kepada rakan sekerjanya. Rakannya hanya menjongketkan bahu sedikit ke atas.
"Manalah aku tau..! " bidasnya, tidak kesah pun. Bibir staf wanita tadi itu dijuihkan keluar sedikit, tanda merajuk. Mahu ajak bergosip sikit pun tak boleh!
Riuh rendah jadinya Sandman's Resort apabila mereka mendapati wajah ceria bos kesayangan sudah bertukar mendung.
Safiya Damia sedang mundar-mandir di persisiran pantai. Tidak tahulah mengapa sikap si pelanggan tadi mampu membelenggu pemikiran dia. Seakan-akan ada sesuatu yang telahpun menyentuh rasa ingin tahunya. Tak sudah dengan kisah mak di rumah, boleh pula bertambah lagi perkara baru.
"Bos nak apa-apa, tak? Kalau ada apa-apa permintaan saya bersiap sedia untuk tunaikan. " Luqman yang tiba-tiba muncul di sebelahnya terus menawarkan diri demi meringankan fikiran kacau-bilau si cik bos tercinta. Dia berdiri tegak melihat Safiya Damia yang ke hulu ke hilir itu. Gadis itu menggeleng-geleng, lalu mengigit pangkal ibu jari sendiri.
"Hmm... " gumam Safiya Damia perlahan. Luqman mengerti maksud tersebut, lekas dia membiarkan Safiya Damia bersendirian. Dia tidak mahu menambahkan beban bosnya dengan perbuatan yang mampu memberi ketidakselesaan pula.
"Maksudnya dia larikan diri dari rumah pergi ke resort aku lah, kan? Ke dia rogo- tak tak Fiya! Jangan sibuk tepi kain orang Fiya! Please! Please! Please! " Safiya Damia bermonolog sendiri selepas sahaja Luqman beredar. Dia mengeluh perlahan.
"Isy, apasal aku berminat sangat nak ambil tahu ni? " hairan Safiya Damia. Tanpa sengaja, dia terpandang akan jam di pergelangan tangan kanannya. Lantas dia menilik waktu. Matanya sedikit terbeliak selepas itu.
"Alamak! Kerja tak siap lagi ni! " jeritnya, panik. Langsung Safiya Damia bergegas ke bilik ofisnya semula.
Sewaktu dalam perjalanan, dia terserempak pula dengan lelaki dingin sebentar tadi. Langkah terhenti serta-merta, Safiya Damia memalingkan tubuh dan melilau ke kiri dan ke kanan. ' Matilah aku! Matilah aku! ' kecutnya dalam hati.
Dia memesong ke laluan yang berbeza. Safiya Damia menyorokkan diri di sana. Amirul Khalid langsung tidak sedar akan kehadiran gadis itu, dia sibuk menatal skrin fon sendiri sahaja.
Safiya Damia menghelakan nafas lega apabila melihatkan lelaki itu sudah berlalu pergi melepasinya. Dia terus pecut ke bilik ofis.
________
Mak sedang mencuci beberapa keping pinggan dan mangkuk di singki. Usai sahaja, beliau keluar daripada dapur masak tersebut dengan senang hati.
Roqayah terpanah ke arah anak tunggalnya yang sedang bersantai di ruang tamu sambil menonton rancangan hiburan di kaca televisyen.
"Anak mak tak busy ke hari ni? " Safiya Damia menoleh sekilas ke arah Roqayah. Dia mengangguk perlahan sebagai balasan dan menunding jari telunjuk ke langit.
"Pembetulan, mak.. Kurang busy. Mestilah Mia ada kerja tapi Mia dah siapkan sebelum pulang tadi. Mana tau esok bertambah semula, kan? " Roqayah melabuhkan duduk di sebelah Safiya Damia. Dia menyentuh tangan puteri tunggalnya itu.
"Mia.. Jangan terlalu paksa diri tau. Sebab nilah mak selalu risau bila tengok Mia. " kata mak, bimbang dengan kesihatan si anak. Safiya Damia tertawa kecil.
"Isy, mak ni.. Mak tak perlulah risau sangat. Mia ok. Mia masih kuat dan bertenaga ni. Bila dah tua nanti mana dah boleh buat semua ni sebab tulah Mia capai kata sepakat nak usaha sehabis mungkin. " jelas Safiya Damia, lembut. Roqayah mengeluh.
"Lagilah mak tak setuju. Mula-mula je berprinsip-prinsip bagai, tak lama kemudian lupa sudah. Mak tak kesah pun kalau Mia nak rajin bagaimanapun, tapi kesihatan perlu diutamakan! Tak kira macam mana pun. Hah, Mia dah fikir masak-masak tentang perkara yang mak tanya hari tu? " Roqayah membangkitkan permintaannya secara mengejut membuat Safiya Damia terpaku. Dia buat tak endah dan kembali menumpukan perhatian ke televisyen. Mak menggeleng-gelengkan kepala.
"Mak cuit sikit pasal tu je, Mia cuba nak larikan diri ye? Takpe, mak dah ada calon menantu jugak. "
"Mak..! " rengek Safiya Damia spontan menghadap semula ke arah Roqayah. Terjegil sedikit matanya. Dia tidak suka mendengarkan hal pernikahan itu. Ianya bukan perkara keutamaan dia.
Dia memeluk tubuh.
"Tak nak, Mia takde hajat untuk berumahtangga! " bantah Safiya Damia ringkas seringkasnya. Roqayah mencubit pipi gebu anaknya, geram.
"Mak nak tengok Mia bernikah jugak! Mia, mak bukan lama lagi dekat dunia ni, satu masa nanti Mia sendiri akan rasa terkilan. " sambung Roqayah. Safiya Damia memuncung.
"Mia muda lagilah mak.. 23 tahun ialah masa untuk fokus kepada kerjaya mak. " dalihnya lagi. Royaqah sudah boleh duga, Safiya Damia memang liat dalam pencarian jodoh tetapi perkara tersebut sudah selesai, dia sudah sediakan calon buat anak tunggalnya itu.
"Mia, mak cuma nak tengok Mia kahwin. Tu je. "
"Kahwin bukan mainan, mak. " sangkal Mia lagi. Pelbagai sungguh alasannya. Roqayah menggeleng dengan malas.
"Minggu depan ikut mak. Kita jumpa dengan bakal suami kamu tu. " putus Roqayah sendiri, lalu pamit. Safiya Damia mengetap bibir. Mak ni main desak-desak pulak!
_______
Fon berdering untuk kesekian kalinya tetapi Amirul Khalid buat tidak peduli. Tiada apa yang boleh menganggu damainya. Dia membiarkan sahaja alunan ringtone fonnya berkumandang tak kesudah.
Dia tersenyum sinis.
"Emir.. Emir.. Orang lain, girlfriend yang tak henti-henti mencari. Aku? Adik sendiri yang tak senang duduk. " desisnya sambil tergeleng-geleng. Nasib dia hanya berkurung di bilik hotel sahaja, jarang sekali mengambil angin di luar sana kalau tidak sudah lama dia kena serang dengan aduan orang awam.
Bam! Bam! Bam!
Bunyi ketukan kuat yang bergema di pintu tidak langsung dapat mengocakkan ketenteraman jiwa Amirul Khalid. Dia sudah biasa.
"Buka pintu ni sekarang, angah! " lantang Emir dari luar. Amirul Khalid mengeluh berat, letih.
Bertalu-talu ketukan tersebut. Akhirnya dia mengalah juga. Amirul Khalid melangkah menuju ke pintu utama bilik hotelnya. Dia bertapak keluar.
"Kau nak apa lagi ni, Mir? Tak habis lagi pasal Lutfan tu? Kan aku dah cakap biar kau je yang ambil si Lutfan tu. Tak puas lagi ke? " malas Amirul Khalid hendak melayan. Emir mengepal buku limanya. Panas sungguh hatinya dengan sikap abang sendiri. 'Asal pulak aku yang kena pikul setiap kesalahan kau? ' rungut Emir dalam hati.
"Minggu depan hari Sabtu. Balik rumah. Mama nak bincang pasal urusan kahwin angah. " aju Emir dengan polos. Amirul Khalid tercengang seketika.
"Kahwin? Kau biar betul, Mir..? Aku takkan balik semata-mata untuk kahwin. Kau ambillah sekali dengan perempuan tu, tak hingin akulah! " bangkang Amirul Khalid laju. Semua hendak diatur oleh mama, habis tu kehendak aku macam mana?
Emir mengurutkan pelipisnya. Dia terasa sangat pening kala ini. Emir menghela nafas lesu.
"Angah.. Boleh tak kali ni je angah berbakti sikit untuk mama? Sampai bila angah nak terus jadi macam ni? Mama tu bukan makin muda. Angah berilah peluang untuk mama.. Tolonglah.. " rayu Emir kepada Amirul Khalid. Dia benar-benar sudah tidak berdaya lagi untuk melayan dua beranak itu. Emir mahu rehat dan fokus kepada dirinya pula.
Amirul Khalid mengetap bibir.
"Balik. Aku tahu apa yang terbaik untuk aku. Kau balik sekarang. " arah dia. Dia menutup pintu bilik dan terus mengunci dari dalam. Amirul Khalid berkurung di bilik hotelnya seperti biasa. Emir cemberut, tidak puas hati.
YOU ARE READING
Mr Ego Amirul Khalid
RomanceKatanya Mr Ego, Dingin, pembengis dan berwajah ketat setiap masa dan setiap waktu. Namun, Sisi penyayang yang sentiasa menyerlah, itulah yang merobohkan segalanya. Itulah yang membuatkan dia sentiasa tercuit hati dengan si keras kepala, Safiya Da...