ʚ11ɞ

59 5 0
                                    

Qash menyandarkan belakangnya ke sofa empuk yang berwarna maroon. Walaupun dirinya sentiasa dihujani dengan kemewahan dunia, namun hatinya terasa kosong. Dia menyentuh parut torehan yang berada di bibirnya. Qash meletuskan tawa sinis.

"Khalid, aku belum selesai lagi dengan kau.. Kau layak merasa padahnya... Sebabkan kaulah diri aku mati! " lantang Qash serentak berdiri sama. Dia menepis dengan kasar barangan yang berada di atas meja hadapan sehingga bertaburan ke lantai. Memori pahit itu menyayat hatinya.

Qash beralih ke dapur. Tangannya terus mencapai pisau yang tergantung di tempatnya pada dinding. Pangkal pisau mula didekatkan ke leher sendiri. Impiannya tak pernah berubah iaitu untuk mati sahaja. Apa gunanya hidup, bukan?

Satu suara yang menjerit dengan kelam-kabut membuatkan tindakan Qash terhenti. Noah merentap kasar pisau tersebut.

"Kau ni tak reti bersabar, kan! Kau ingat mati dengan cara ni memuaskan ke!? " berang Noah sempat dia menampar pipi Qash sehingga meninggalkan kesan bahang di sana. Qash mengetap giginya.

"Aku tak nak hidup pun! Kenapa aku kena teruskan hidup macam ni!? Baik aku mati je! " balas Qash tidak mahu mengalah. Noah mengumpulkan semua pisau ke dalam kotak pisau yang dijumpainya dalam kabinet dapur.

"Kalau kau nak mati sangat mintak dengan aku je! Biar aku siat-siat daging kau tu, bos! "

"Jangan harap aku akan percaya kau nak bunuh akulah! " Noah mengepal penumbuk, lalu dihayunkan penumbuk itu ke perut Qash. Qash membongkok serta-merta, meringis kesakitan.

"Kau memang bodoh, kan! Aku dah buat semua untuk kau tapi kau tahu apa sahaja! Sekali lagi aku tangkap kau cuba suicide, aku sendiri akan bunuh kau! " amuk Noah. Qash kembali tegak. Mukanya merah menyala tampak berdendam. Dia menumbuk dagu Noah sehingga terpecik darah keluar dari mulut sahabatnya itu.

"Sekarang aku tak rasa nak bunuh diri tapi nak bunuh kau, celaka! " marah Qash. Siapa suruh Noah menghentam tubuh dia dengan sesuka hati sahaja. Ingat aku punching bag ke?

Noah mengesat darahnya sendiri. Qash pamit pergi. Noah membersihkan lukanya dengan air paip, berkali-kali.

Sesudah itu,

"Kalau kau lapar, aku ada bawakan makanan untuk kau. Jangan lupa makan. " pesan Noah sambil mengangkat kotak pisau bersama-samanya menuju ke keretanya. Dia akan membawa pisau-pisau berikut jauh daripada Qash.

"Ok. " jawab Qash, malas.

__________

Safiya Damia terpaku tatkala Amirul Khalid berlaga pandangan dengannya. Wajah dingin itu ditatap lama.

"Kau ni memang tak faham bahasa, kan? Aku kata jangan berkepit dengan aku, kan? " tegas Amirul Khalid. Dia sangsi dengan sikap kuat menempel Safiya Damia. Bukan ke gadis itu awalnya sangat kekok dengannya habis apahal pula boleh berubah 180° ni?

Safiya Damia berada betul-betul di hadapannya. Langsung tidak mahu beralih sejak tadi.

"Awak tak nak tanya ke kalau saya gembira atau tak hari ni? "

"Aku tak kesah pasal benda tu. Dah, pergilah. Semak je! " balas dia semakin rimas. Sedang membaca bahan bacaan boleh pula ada yang sibuk mahu mengganggu.

"Awak tak hormat saya, awak berkasar dengan saya dan awak tak luangkan masa dengan Lutfan pun. Now, you want to blame me for not obeying our deal? " Amirul Khalid mengatup bukaan buku bacaannya serta-merta. Dia melemparkan pandangan tajam ke arah Safiya Damia.

"So? " tiba-tiba sahaja Safiya Damia duduk ke atas riba Amirul Khalid tanpa segan-silu.

Lelaki itu terus membisu tanpa disuruh. Safiya Damia lalu merehatkan kedua-dua tangan ke atas bahu tegap Amirul Khalid.

Jantungnya mula memainkan corak ritma tersendiri. Dia langsung menahan laju tangan Safiya Damia sebelum sempat isterinya meneruskan lagak menggoda.

"Stop. " arahnya dengan dingin sekali. Amirul Khalid meraup wajah yang hampir pucat disebabkan tindakan luar kotak Safiya Damia. Selamba kau je, kan!?

Berkerut sedikit keningnya. Setahunya Safiya Damia tak suka langsung disentuh apatah lagi nak sentuh dia. Pelik...

"Kau buang tabiat ke? "

Safiya Damia memekakkan telinga. Bibirnya dimuncungkan sedikit dan jarak wajah mereka semakin hampir bertemu tetapi suaminya lebih pantas menekup bibir mungil itu dengan telapak tangan.

"Cara mia, explain yourself first. " Amirul Khalid berkeras. Selagi dia tidak dapat penjelasan, dia tidak mahu jatuh dalam perangkap binaan Safiya Damia itu.

"Awak tak suka saya macam ni ke? " soal Safiya Damia dengan nada naif. Amirul Khalid menggeleng. Bukan tak suka tapi peliklah! Pelik, faham!?

"No.. Cuma kau buat aku konfius. " jujur lelaki itu. Safiya Damia mengembungkan pipinya. Bengang pula dengan perangai suami sendiri sedangkan dia hanya meniru semula perbuatan Amirul Khalid yang pernah menerkam dia semata-mata sebab dia langgar syarat.

"Suka hati sayalah. " balas Safiya Damia, degil. Dengan jawapan itu sahaja cukup membuka mata Amirul Khalid. Dia terus tertawa kecil.

"Jadi ini hukuman kau? " duganya. Safiya Damia berasa panasaran. Amirul Khalid menguntumkan senyuman nakal. Dia menutup matanya.

"Go on. "

Wajah gadis itu naik merona merah apabila memahami maksud suaminya. Safiya Damia ingin mencabut lari tetapi dipeluk erat pula oleh Amirul Khalid.

"I can read you even when my eyes are closed. " ucapnya dengan bangga. Safiya Damia hanya terdiam dan langsung tak berganjak. Selepas beberapa saat itu, lelaki itu terus membuka kelopak matanya kembali.

"You lost your turn, cara mia. Now, it's mine. " kata Amirul Khalid. Dia mengelus lembut pipi isterinya. Safiya Damia tersentak dengan sentuhan itu sebelum mata kanannya dikucup lembut.

"I don't do bully. Kalau kau tak suka.. Kau perlu cakap. " beritahunya dan memagut dagu isterinya itu perlahan.

Sekelip mata sahaja bibir Safiya Damai diragut tanpa sempat dia memberi jawapan.

"Done. " tutur Amirul Khalid dengan bangga selepas itu. Safiya Damia tumpas ke dada bidang suaminya. Pipinya terasa panas yang dahsyat. Safiya Damia menyembunyikan wajah yang sudah merah padam di sana.

"Tapi saya tak sempat cakap apa-apa lagi... " bisik Safiya Damia, perlahan tetapi masih boleh ditangkap oleh deria pendengaran lelaki itu. Amirul Khalid tertawa sinis.

"Siapa suruh kau lambat? " sakatnya.

Dia menyambung semula hentian bacaannya tadi di samping memeluk tubuh genit Safiya Damia. Isterinya itu sudah tak sedarkan diri.

Mr Ego Amirul KhalidWhere stories live. Discover now