ʚ15ɞ

64 5 0
                                    

Usai menunaikan solat Isyak bersama-sama. Safiya Damia lekas mencapai huluran tangan Amirul Khalid. Tiba-tiba sahaja isterinya itu mengambil kesempatan mendakap erat tubuhnya bagai tak mahu lepas sudah.

"Cara mia? " peliknya. Safiya Damia mendongak bagi bertentang mata dengan suaminya itu. Dia tersenyum ala-ala kucing.

Amirul Khalid cuba menghadam perbuatan luar jangkaan itu. Aneh-aneh juga isteri aku ni kadang-kadang..

"Awak marahkan saya lagi ke? " tanya Safiya Damia memecahkan suasana yang sunyi itu. Amirul Khalid menggeleng dengan teragak-agak.

"Aku dah tak marah so.. tu je, kan? "

"Tak.. Saya nak sesuatu, boleh? " soal isterinya lagi. Amirul Khalid menyimpul senyuman.

"Tak boleh lebih-lebih. Apa dia? " ujarnya kembali. Safiya Damia sedikit teruja. Lantas dia menarik tangan suaminya itu untuk duduk bersama-sama di atas katil. Safiya Damia menghadap wajah bersih Amirul Khalid dengan tekun.

"Saya nak jumpa Emir waktu awak ada flight nanti.. Pleaseeee??? " rayu Safiya Damia dengan suara yang meleret manja. Berkerut sudah kening lelaki itu. Apahal nak jumpa adik aku? Aku seorang tak cukup ke memberi kebahagiaan?

Amirul Khalid terus menyilangkan tangan sendiri.

"Tak boleh. " jawabnya sepatah dua dengan raut wajah garang.

"Alaa.. Kenapa pulak? Saya nak tanya dia sesuatu je.. Dia kan balik waktu awak kerja nanti jadi saya nak mintak izin- "

"Kau tanyalah aku apasal nak soal adik aku pulak ni? " bengang Amirul Khalid tanpa sedar menengking hebat kepada Safiya Damia. Safiya Damia terus bermasam muka. Merajuk.

Dia meringkukkan tubuh ke dalam selimut serta-merta dan memejamkan mata serta-merta. Baik tidur je daripada bercakap dengan orang ego macam dia tu! Itu tak boleh! Ini tak boleh! Semua pun tak boleh bila dengan dia tu, hmph!

Amirul Khalid mengetap bibir. Dia mengambil bantal panjang yang terletak di kawasan tempat tidurnya yang berada bersebelahan Safiya Damia, lalu dia juga turut melelapkan mata. Lagi sekali merajuk!

___________

Safiya Damia terus menapak ke dapur rumah. Dia hendak menghidangkan juadah yang beraneka. Oleh kerana Roqayah juga tidak larat hendak memasak, makanya giliran dia mengambil alih tugas chef di rumah banglo berikut.

"Mia, petang ni pergi keluar belikan barangan dapur ye. " pesan mak yang tiba-tiba muncul dari arah belakangnya. Safiya Damia terperanjat.

"Mak aih, suka sungguh terkejutkan oranglah mak ni! " marah Safiya Damia kepada mak. Roqayah tergelak sakan. Geli hatinya. Walau hampir sebulan tidak pulang menjenguknya di rumah banglo itu tapi anaknya masih sama sahaja. Cepat meletup orangnya.

"Mia yang orang tua ke mak yang orang tua sekarang ni? Cuba beri pencerahan. " sakat mak lagi. Safiya Damia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tak senonoh sungguh perangai mak ni. " ucap Safiya Damia, mengejek. Roqayah terus mencubit lengan anaknya itu sehingga Safiya Damia mengadu kesakitan.

"Angah mana? Mia tak kejutkan bangun ke? " soal mak membuka topik baru. Tanpa dipinta wajah anaknya itu bertukar mendung.

"Ada je kat bilik tu. " jawabnya dengan malas dan berlagak rimas. Roqayah dapat menghidu pertengkaran di antara Safiya Damia dengan Amirul Khalid. Roqayah pun berlalu pergi ke kamar tidur sendiri, malas hendak masuk campur karang dikira dirinya batu api pula semakin jahannam rumah tangga orang nanti.

Beberapa minit kemudian,

Amirul Khalid terbit menuruni tangga rumah. Dia membetulkan rambut yang sedikit kusut. Kelihatan Safiya Damia yang sedang ralit memasak di dapur. Amirul Khalid menerpa ke arah isterinya itu.

Safiya Damia dapat merasa kehangatan yang mula membaluti tubuhnya. Dia memusingkan tubuh bagi menghadap si gerangan. Apabila mengesahkan itu ialah Amirul Khalid, Safiya Damia memutarkan bebola mata.

"Nak apa? " tanya dia dengan kasar. Amirul Khalid mencubit pipi isterinya itu. Haisy, geram pula aku!

"Takkanlah nak sambung gaduh lagi? Tak penat ke asyik bergaduh dengan aku ni? " tanya Amirul Khalid dengan tenang setenang yang mampu walau mahu hangus sudah hatinya dibakar amarah. Nak pujuk pun bukan reti sangat.

"Awak yang mulakan dulu tanya saya buat apa? " bidasnya masih berangin. Amirul Khalid menutup nyalaan api dapur gas.

"Pandang sini kalau bercakap dengan aku. " tutur Amirul Khalid. Safiya Damia menuruti sahaja, kalau tidak naya mengumpul dosa yang sia-sia sahaja. Dah banyak dah kut.

"Cuba kau cakap je apa benda yang kau nak tanya si Emir tu kat aku, kan senang? "

"Suka hati sayalah. " kalau aku cakap memang menempah maut namanya. Aku nak paksa Emir buka mulut pasal kisah lama dia.

"Kau nak masuk neraka ke? Asyik melawan cakap suami sendiri je kau ni. " tegur Amirul Khalid. Safiya Damia mengetap bibir.

"Mestilah saya tak nak! Dahlah, pergi main jauh-jauh! " balas Safiya Damia masih mahu berahsia. Amirul Khalid mengetap bibir.

"Up to you then. Aku takkan benarkan walaupun sekali kalau kau tak bagitau aku apa yang mustahak sangat tu. " Safiya Damia langsung mengepil hidung Amirul Khalid dengan kasar. Isy!

"EEE! " marahnya dan sambung memasak semula tanpa mengendahkan Amirul Khalid. Lelaki itu sedikit tergamam, lalu dia menyorokkan senyuman. Marah-marah pun comel!

____________

"If only they knew how much I envy them.. " ucap Qash dengan sendu. Dia mencungkil keluar mata seorang penyibuk yang menganggu keamanan organisasinya. Dahulu dirinya masih punya belas kasihan tetapi kerana kelembutan yang sudah dicemari itu, dia kini memilih untuk mengabaikan simpati.

Noah asyik memperingati dirinya agar tetap bekerja secara sulit agar identitinya kekal rahsia selagi Safiya Damia belum mati. Apasallah si Noah tu berlagak macam bos ni? Sekarang siapa yang bos aku ke dia!?

Qash menyiram minyak ke tubuh mayat yang terdampar elok di lantai simen, lalu mancis dinyalakan kemudian dihumban tepat ke badan si mayat. Tanpa berlengah lagi, Qash keluar daripada bilik tersebut membiarkan mayat itu dibakar hingga menjadi abu. Dia menyambar jaket kulitnya yang dipegang dengan setia oleh salah seorang konconya.

Qash memasuki perut kereta dengan wajah bengis. Perasaannya agak terganggu tatkala ini.

"Boss, what's your next destination? "

Qash tertawa sinis.

"Sandman's resort. " balas Qash dengan bersahaja. Lantak kaulah, Noah. Aku dah penat berselindung di sebalik bayang hitam kau!

Mr Ego Amirul KhalidWhere stories live. Discover now