ʚ22ɞ

77 5 0
                                    

Amirul Khalid merapikan pakaian yang diperkenakan ke atas tubuh sendiri.

"Are you ready? " tanya dia kepada Safiya Damia yang sedang membetulkan sedikit gaya tudungnya. Safiya Damia mengangguk kecil.

"Done! Jom! " teruja isterinya. Bila lagi nak kikis duit suami depan-depan, kan? Asyik busy je kerja dia.

Belum sempat Safiya Damia mengorak langkah ke arah Amirul Khalid tiba-tiba sahaja Amirul Khalid mematikan tindakannya.

"Cara mia, about Lutfan, mama and us- "

"Saya faham. Mungkin perkara tu akan memakan masa sedikit untuk awak tapi saya takkan salahkan awak langsung. " pintas Safiya Damia. Dia tahu Amirul Khalid semakin sedar dan berasa terkilan dengan perbuatan dirinya.

Amirul Khalid mengukirkan senyuman.

"Great. I'm glad. " ujarnya dan terus mencapai tangan si isteri, lalu digenggam kemas.

"Hm.. Saya suka bila suami saya macam ni. " luah Safiya Damia langsung meninggalkan tanda soal kepada Amirul Khalid.

"Maksud? "

"Gentle. " terangnya ringkas. Amirul Khalid tersenyum dengan kening yang berkerut. Tidak percaya.

"Aku suka bila kau puji aku. " jujurnya pula. Habis kena tamparan manja daripada Safiya Damia.

"Mengada! "

___________

Bunyi loceng yang menyapa pendengaran lekas disambut oleh Mak Yah. Tatkala membuka pintu, Mak Yah tertegun.

Datin Asia pelik dengan reaksi pembantu rumahnya itu. Dia pun merapati Mak Yah.

"Ada apa ni, Yah? " hairannya. Datin Asia pun turut terpaku apabila matanya terpaut dengan mata tetamu mereka.

Selepas itu,

"Abang buat apa datang jenguk Aya? Tak puas lagi musnahkan hidup Aya? " dingin Datin Asia kepada bekas suaminya, Dato' Hilal. Sudah 10 tahun mereka memutuskan ikatan suami isteri tiba-tiba sahaja bekas suaminya itu muncul kembali.

"Abang nak rujuk semula dengan Aya. " jujur Dato' Hilal. Datin Asia menggeleng laju.

"Aya tak nak! Aya bencikan abang! Abang dah curang, abang tipu Aya dan abang lah punca anak-anak Aya jadi macam hari ni! " amuk Datin Asia. Dato' Hilal menundukkan kepalanya ke lantai.

"10 tahun dah cukup untuk abang sedar kesilapan abang, Aya.. Tolonglah beri abang peluang.. Sekali sahaja dan abang janji akan sentiasa ada di sisi Aya sampai bila-bila. " pujuknya lembut kepada jandanya itu. Bukan sahaja kerana kisah pahit yang pernah dialaminya dahulu, Datin Asia juga gusar jika dia terlalu naif sehingga sejarah mampu berulang kembali.

"Abang nak betulkan semula hubungan keluarga kita. Aya.. Tolonglah percayakan abang. Sepanjang kita berpisah, abang tak sentuh sesiapa pun.. Abang dihantui oleh bayang Aya. Percayakan abang, please? " rayunya dengan bersungguh-sungguh. Datin Asia terdiam, langsung tak berkutik.

"Buktikan Aya boleh percayakan abang semula. "

Bagai satu sinaran yang menyilaukan, Dato' Hilal berasa sangat bersyukur. Dato' Hilal mengangkat sumpah.

"Abang akan baiki semula setiap bekas langkah abang yang dahulu.. Lepas tu Aya terima abang balik, ok? "

Datin Asia hanya membisu sebelum dudanya itu meninggalkan tapak perumahan rumah agamnya. Agaknya apalah rancangan dia tu. Panjang betul akal.

________

Dato' Hilal mengeluh. Entah apa kena anaknya seorang itu. Buas sungguh. Habis orang suruhannya yang dihantar tempoh hari lumpuh dikerjakan.

"Dato' masih nak teruskan kerja ni ke? " soal pembantu setianya, Reza. Reza pula yang semakin menjadi-jadi gelisah. Takut pula dia yang jadi wakit seterusnya, boleh kena pancung hidup-hidup kalau bermain nyawa dengan Qash tu.

"Reza, kau tak perlu risau. Kali ni biar aku je yang pergi. Anak aku takkan apa-apakan aku. " ujar Dato' Hilal sambil bermain-main dengan pen di jari sendiri. Reza menghelakan nafas lega. Masak aku kang, syukur Allah selamatkan.

"Aku kenal Qash. Qash yang lembab. Tak sangka dia masih hidup. " kata Dato' Hilal dengan terpegun. Reza menganggukan kepala, dia juga serasa.

"Aku terfikir.. Kalau Qash hanya nak balas dendam dekat anak lelaki pertama aku tu, jadi apa patut aku buat supaya dia berhenti? " soal Dato' Hilal ingin tahu. Reza tersenyum lebar dengan bangga sekali.

"Saya tahu! " teruja Reza. Dato' Hilal menjongketkan sebelah keningnya.

"Spill it. "

Mr Ego Amirul KhalidWhere stories live. Discover now