ʚ3ɞ

76 6 0
                                    

Amirul Khalid menyelukkan tangan ke dalam kocek seluarnya bagi mendapatkan telefon pintar. Masa ini jugalah dia mahu terhegeh-hegeh memikirkan apa alasan munasabah boleh dia kenakan buat mama nanti.

Dia sudah membuat keputusan untuk pulang kembali ke rumah agam Datin Asia. Bagaimanapun, tidak bermakna dia bersetuju dengan perjodohan tersebut.

Sedang dia mundar-mandir di koridor hotel tiba-tiba sahaja dadanya dirempuh oleh suatu susuk tubuh manusia. Amirul Khalid terjelepok ke lantai.

Amirul Khalid meringis kesakitan. Menyirap darah dia jadinya.

"Kau apasal hah sampai boleh terlanggar aku pulak! " tengkingnya kuat. Sesudah membetulkan pakaian dan posisinya, gadis itu tertunduk-tunduk memohon maaf.

"Saya tak sengaja, encik! Saya tak perasan tadi! Saya ada urgent matter! " terang gadis itu dengan kalut. Amirul Khalid bercekak pinggang. Dia menilik wajah gadis itu seketika. Seakan-akan pernah nampak sahaja rupa paras itu.

"It's you again? " bengang Amirul Khalid kemudian. Baginya, tiada siapa yang lebih menjengkelkan selain gadis tersebut selama dia menetap di Sandman's resort.

Spontan Safiya Damia mendongak bagi bertentang mata dengan mangsa kena langgar dia. Amirul Khalid tersentak kecil. Awal tadi, dia benar-benar sudah leka meneliti si gadis dari atas hingga ke bawah berulang-ulang kali.

"Allahu Akbar! Alamak! Sa-saya mintak maaf sangat-sangat! Saya takde niat nak langgar pun, tolong maafkan saya.. " pinta Safiya Damia dalam kabut. Gerun sungguh dia terhadap Amirul Khalid. Lelaki itu menjongketkan sebelah keningnya lalu bibirnya dikemikkan sedikit. Hm. Well, whatever.

Amirul Khalid mengorak langkah tanpa banyak cakap. Dia malas mahu bertikam lidah lagi.

Sempat bahunya dilagakan dengan bahu Safiya Damia. Tubuh Safiya Damia serta-merta terdorong ke belakang dek kerana tenaga yang mengena di bahagian tersebut nasib sahaja cekap dia mengimbangi tubuhnya kembali.

Apabila bayang Amirul Khalid sudah menghilang dari pandangannya. Safiya Damia berdecit, tidak berpuas hati.

"Dengan perempuan pun tak nak mengaku kalahlah dia ni! " kutuk Safiya Damia. Dia memutarkan matanya. Menyampah! Humph!

__________

Bella membetulkan pakaiannya. Dia sentiasa ingin memastikan dirinya kekal tip-top. Bella menyimpulkan senyuman manis di bibir tatkala melihatkan penampilannya di cermin.

Tak lama itu, pesawat pun mendarat di parkir kapal terbang. Dia menapak keluar dengan berhati-hati. Di bawah itu, Emir sedang menantikan kedatangannya dengan penuh sabar.

"How was the flight? I miss you so much, mia bella. " ungkap Emir penuh romantis. Tangannya dihulurkan demi memudahkan langkah kaki Bella.

Bella berkerut dahinya. Dia menepis tangan Emir. Sengaja sahaja Emir hendak menyakat dia, sedangkan mereka berdua sama-sama merupakan kru kabin di pesawat itu sebentar tadi.

"Tonight is the night where your dream will be crushed to dust. " sambung Emir. Bella mendegus kasar. Apa lagi dia ni!?

"What do you mean, croc? " dingin Bella. Lelaki itu memang tak habis-habis ingin mencari nahas dengannya.

"Ouch! " adu Emir dan menekapkan tangan kanannya ke dada. Dia tersengih kemudian itu.

"What I'm trying to say is.. Sooner or later Khalid will get married to a person whom we dont know. I believe he doesn't have a choice but to go with the flow. Bella, you're mine alone. You takkan dapat untuk memiliki abang I. " beritahu Emir dengan sinis. Dia mendekati tubuh gadis itu. Emir menolak helaian rambut sisi Bella ke belakang telinga gadis itu.

"I takkan mengaku kalah. I'll make you fall head over heel for me. You just wait, mia bella. " bisiknya ke telinga Bella, lalu ditiupkan angin di sana. Bella sedikit terperanjat. Spontan sahaja dia menghayunkan penampar mahu menghinggap ke pipi lelaki itu. Tidak semena-mena ditahan pula. Emir tersenyum herot.

"You're playing hard to get. That's what interested me more. " Bella cepat merentap kembali tangannya. Emir tertawa sinis. Dia mengeyitkan mata buat Bella sebelum beredar.

Bella mengepalkan penumbuknya. Berombak sedikit dadanya apabila mengingati setiap bait bicara si buaya darat. Emir, you memang nak kena dengan I! I pun takkan mengalah untuk kejar cinta hati I lah!

________

Setiba di perkarangan rumah agam yang bergelar bakal mertua, jantung Safiya Damia berdetak laju secara mendadak seakan-akan ingin tercabut keluar sudah. Roqayah awal lagi meninggalkan perut kereta. Apabila menyedari anak gadisnya belum keluar dari perut kereta, beliau mengentuk beberapa kali tingkap bahagian pemandu itu.

"Cepatlah, Mia! " seru Roqayah, tegas. Safiya Damia mencebik dan menggeleng laju. Roqayah bercekak pinggang sambil menonjolkan raut wajah berang.

Akhirnya, Safiya Damia mengalah juga. Dia bertapak keluar seperti yang diperintahkan.

"Makkk.. Mia tak nak lahhh... Kita balik, jom? " rengek Safiya Damia dan menarik-narik tangan maknya. Roqayah buat tidak peduli, malah dia terus meluru ke pintu utama rumah agam itu.

Roqayah membunyikan loceng pintu.

Kurang seminit, pintu pun berkuak lebar. Seorang wanita di pertengahan umurnya mempelawa mereka masuk ke dalam. Beliau mengajak Safiya Damia dan Roqayah untuk melabuhkan duduk di sofa ruang tamu sementara menunggu ketibaan majikannya.

"Puan, tetamu dah sampai! " laung bibik memanggil majikannya itu. Tidak lama kemudian, Datin Asia pun tampil daripada tingkat atas.

"Assalamualaikum, kak! Maaflah lambat sikit tadi Aya sarung tudung dahulu. " ramahnya, lekas mendapatkan Roqayah iaitu sahabat karibnya sejak zaman remaja lagi. Mak membalas salam. Safiya Damia pantas bersalaman bersama Datin Asia.

"Assalamualaikum.. " ucapnya perlahan menghormati akan pemilik rumah. Datin Asia tunak memandang ke arahnya.

"Waalaikumsalam.. Inilah Safiya eh..? Besar dah Fiya sekarang, lama tak jumpa Aunty Aya ni. Aunty rindu kat Fiya tau! Tak lama lagi Fiya jadi menantu Aunty Aya. Tak sabar aunty nak tambah cucu lagi! "

Datin Asia tergelak kecil dengan pernyataannya itu. Safiya Damia tergelak canggung. Aunty Aya.. Dia langsung tidak punya memori jelas mengenai Datin Asia, pasti pertama kali mereka bertemu dahulu adalah sewaktu dia masih kecil ibarat biji kacang buncis tu. Alahai.. Dramatik sungguh gambarannya!

"Mesti Fiya tak ingat ni, kan? Takpe, itu tak penting.. Yang penting sekarang ni, Fiya akan berkenalan semula dengan anak Aunty Aya a.k.a bakal suami Fiya! " teruja Datin Asia dan terus merangkul mesra lengan Safiya Damia. Dia memimpin tangan gadis itu sehingga tiba di destinasi yang ditujukan.

Mr Ego Amirul KhalidWhere stories live. Discover now