ʚ23ɞ

77 4 0
                                    

2 minggu sudah berlalu, Safiya Damia dan Amirul Khalid kini sudahpun menjalankan kehidupan berumah tangga dengan sejahteranya.

"Saya nak gerak dah. Look after Lutfan for me as usual, ok? " peringat Safiya Damia. Mentang-mentanglah Amirul Khalid belum mula masuk kerja lagi.

Amirul Khalid menghela nafas malas.

"Just count on me. " balas Amirul Khalid. Safiya Damia mencapai tangan suaminya untuk bersalaman.

"Little guy, layan daddy baik-baik tau. " pesan Safiya Damia kepada Lutfan pula. Lutfan hanya diam sambil tunak memandang ke arahnya. Safiya Damia tersenyum manis.

"Time to go! " Safiya Damia membetulkan posisi badannya yang tadi membongkok. Kaki sudah bertapak di depan pintu utama.

"Take care and drive safe, cara mia. " kata Amirul Khalid sebelum isterinya itu berangkat pergi. Sempat Safiya Damia mengenyit mata sebelum hilang daripada pandangan.

__________

Jam menunjukkan pukul 6 lebih ,

Matahari mula hilang di bawah ufuk, Safiya Damia menggeliat kecil. Dia merenggangkan tubuh sekejap kemudian mengemaskan barang-barang yang bersepah di atas meja ofis. Sudah tiba masanya untuk balik ke rumah.

Tak lama selepas itu,

Safiya Damia berada di tapak parkir kereta. Dia mengatur langkah ke keretanya itu, namun hatinya berasa kurang enak. Suasana persekitaran terasa amat sunyi.

Tiba-tiba tubuhnya sudahpun dikepung oleh sekumpulan pengganas. Nafas Safiya Damia menjadi tidak tentu arah. Peluh mula membasahi wajahnya. Apahal pula ni!?

Seorang pemuda berjalan dengan perlahan-lahan menghampiri mereka.

Noah menepuk-nepuk tangan sendiri, amat bangga dengan perencanaannya yang berjalan lancar.

"Finally, payback time. " tutur Noah. Safiya Damia menjadi semakin keliru. Dengan tak kenalnya mereka semua tu pastu tak pasal-pasal boleh kena serang hendap lagi. Dia termangu-mangu.

Noah memetik jarinya lantas salah seorang orang bawahannya menekup mulut Safiya Damia dengan kain putih yang berbau ubat tidur yang sangat kuat. Habis tumbang jadinya Safiya Damia, pengsan dikerjakan.

Noah mengangkat sekujur tubuh Safiya Damia dengan gagah ke dalam keretanya. Ejen kereta dihidupkan lalu dia pun bertolak pergi.

Rafael dan Raisya yang menyaksikan situasi tersebut terkedu. Raisya menyiku bahu Rafael.

"Abang, wake up! " kejut Raisya. Syukur dia bersama Rafael pada masa itu, Rafael seorang yang tak kuat semangatnya manakala Raisya pula lebih berani dan cepat bertindak. Dengan adanya Raisya, akal Rafael lebih cepat memberi respons.

Segera Rafael terus melaporkan perihal tersebut kepada Amirul Khalid.

"Bos, Noah dah culik madam! " lapor Rafael dengan cemas. Amirul Khalid yang sedang melayani telatah Lutfan tatkala itu membeku.

"Raff, follow! " arahnya dengan lantang. Talian pun diputuskan. Amirul Khalid pantas menyalinkan pakaiannya. Hatinya benar-benar tidak tenteram. Masih sempatkah dia untuk menyelamat nyawa isterinya itu?!

__________

Mata dikedip-kedip beberapa kali sebelum dapat memerhatikan keadaan sekeliling dengan jelas. Safiya Damia panik melihat tangan dan kakinya diikat ketat sekali di katil.

"Tak takut? " sapa suatu suara yang bergema di segenap ruangan bilik yang gelap dan hanya dihiasi cahaya matahari dari celahan jendela berpagar.  Safiya Damia betul-betul leka sebentar tadi sehingga tidak perasaan kewujudan pemuda itu.

Qash tergelak kecil. Kelakar dengan cara Safiya Damia yang tersentak tatkala mata terserempak dengan kehadirannya.

"Kenapa bawa saya ke sini? " soal Safiya Damia, tertekan. Bibirnya diketap tanda tidak berpuas hati.

Qash mencebik dan jongket bahu.

"Hmm.. tak tau. " sakat Qash. Safiya Damia mengeluh. Tak boleh digambarkan bagaimana perasaannya menghadapi dugaan tersebut. Sabar, Fiya! Sabar! Kau kena tenang!

"Jujur dengan saya. Kenapa encik culik saya? " tegasnya kali ini. Lelaki itu menjadi terpegun dengan keteguhan hati Safiya Damia. Dia memacukan mata pistol ke arah Safiya Damia.

"Sekarang macam mana? " tanya Qash dengan wajah serius. Safiya Damia menelan air liur.

"Tapi saya nak tahu motif. "

Berkerut dahi Qash jadinya. Dia meramas kasar rambut sendiri, serabut.

"Diamlah! " berang Qash sebelum menghayun badan pistol mengena ke pipi Safiya Damia sehingga berbirat. Meluat! Apasal pula dia kena ikut telunjuk Safiya Damia ni!?

Safiya Damia terkedu seribu bicara. Terkejut dengan reaksi lelaki aneh itu. Kepalanya serta-merta tertunduk.

"Alamak.. sepatutnya aku potong lidah kau, kan? " ujar Qash dengan nada sarkastik. Air mata Safiya Damia berlinang mencurah-curah jatuh.

"Saya tak fahamlah kenapa encik bertindak agresif dekat saya!? Saya nak tahu puncanya juga! Jawab saya sekarang! " desak Safiya Damia, berkeras dengan kehendaknya. Qash semakin letih dengan sikap tak reti faham bahasa Safiya Damia itu. Kebal agaknya tu yang tak takut mati langsung..

"Suami kau abang tiri aku. Dia curi kebahagiaan aku dan aku nak balas dendam. Kau percaya? " soal Qash dengan suara mendatar. Dia sedang duduk di kerusi berhadapan Safiya Damia dengan wajah tak beriak.

"Kalau macam tu cepatlah bunuh saya. " pinta Safiya Damia tanpa hendak berkira-kira akan keperitan yang bakal dibendung kelak. Qash menjongket sebelah kening.

"Kau tak takut? "

"Kalau dengan bunuh saya masalah encik akan selesai jadi bunuhlah saya. " tutur Safiya Damia dengan berani. Qash  meletuskan tawa.

"Hebat... patutlah Khalid terima kau. " Qash bingkas bangun dan mendekati tubuh Safiya Damia. Tangannya mula menari-nari di bahu Safiya Damia dan turun ke tangan pula. Dibukanya ikatan pada pergelangan tangan kanan Safiya Damia. Qash menyambut tangan itu dan disapunya ke wajah sendiri.

"Parut yang ada dekat bibir aku ni datangnya dari suami kau. Kalau masalah aku tak dapat diselesaikan dengan meragut nyawa kau jadi aku akan selesaikan dengan cara yang lain. " nyata Qash dan mengucup jari-jemari Safiya Damia dengan lembut. Safiya Damia cuba meretap kasar tangannya tetapi tidak berjaya.

"Tolonglah jangan macam ni encik.. " rayu Safiya Damia perlahan. Qash menyimpul senyuman sinis. Inilah apa yang dia mahukan. Walau tidak pernah sekalipun Qash menyentuh mana-mana wanita di luar sana tetapi disebabkan desakkan untuk memuaskan keinginannya, dia mampu buat apa sahaja. 

"Qash. " perkenalnya ke telinga Safiya Damia. Safiya Damia memalingkan kepalanya tidak mahu melihat wajah Qash. Janganlah disebabkan dia setuju menerima maut, celaka pula yang menghampirinya.

"Show me those expressions.. " kata Qash lalu menarik muka Safiya Damia bagi membalas pandangannya. Bibirnya baru sahaja ingin mendarat ke bibir merah merekah Safiya Damia, namun bilik tersebut diterjah masuk oleh seseorang.

Mr Ego Amirul KhalidWhere stories live. Discover now