Safiya Damia membaluti diri dengan selimut sehingga serupa kimbap sudah. Amirul Khalid yang baru selesai mengambil angin di balkoni terkejut kecil melihat tingkahlaku isterinya yang luar biasa.
"Sejuk sangat ke? " hairannya. Safiya Damia tidak membalas, malah tidak peduli pun. Amirul Khalid mengerti. Mesti berpunca dari hal dekat kereta tadi tu..
"Apa salah aku kali ni? " tanya dia sementara tubuh sudah di bawa duduk di sebelah tubuh Safiya Damia.
"Awak tak layak jadi seorang ayah. " terang Safiya Damia tanpa berlapik. Amirul Khalid mengeluh lesu.
"Pasal Lutfan? Cara mia, can't we stop argue about this? It should be settled by now. " bidas Amirul Khalid dengan malas. Bosannya bila isteri sendiri suka menangkan orang lain!
"Macam mana saya nak percayakan awak? Kalau Lutfan seorang pun awak tak boleh terima apa lagi anak saya nanti! Lagi satu, teruk sangat ke Lutfan tu? "
"He's not my son. Why should I care? " sinis Amirul Khalid membalas kembali. Safiya Damia cemberut, lalu memalingkan tubuh daripada bertentangan dengan Amirul Khalid.
"Then, we shouldn't hava a child. "
"If you insist. " balasnya dingin dan menyambar kasar selimut Safiya Damia sehingga isterinya tergolek jatuh dari katil.
"Aw! Awak ni memang semua pun tak kena, kan!? " amuk Safiya Damia dan kembali naik ke atas katil. Akibat amarah yang membuak-buak, dia pun menumbuk-numbuk tubuh Amirul Khalid dengan kuat. Dua dan tiga kali.
Amirul Khalid tak membalas sebaliknya dia menahan kedua-dua belah tangan Safiya Damia pula.
"Habis tu kau nak aku buat apa? "
"Terima Lutfan. " tegas Safiya Damia dengan muka masam mencuka. Amirul Khalid tersenyum sinis.
"But you said that I don't suit to be a father. " provoknya, sengaja. Safiya Damia mengetap bibir.
"I. Hate. You. " ungkapnya satu per satu dengan serius. Amirul Khalid mengerutkan keningnya. Dia meleraikan pegangannya itu sehingga terjatuh tubuh Safiya Damia ke atas tubuhnya.
"Whatever. " jawab Amirul Khalid dan menarik selimut sehingga sampai ke paras bahunya. Safiya Damia lekas beralih ke sebelah kanan dan menutup mata, cuba untuk tidur.
Di kala 1/3 malam,
Tiba-tiba sahaja Safiya Damia terjaga dari tidur. Perkara pertama yang ditangkap oleh deria penglihatannya adalah wajah Amirul Khalid. Suaminya itu sedang nyenyak tidur.
Tidak tahu apa yang merasuk tubuhnya, tangannya mula merayap ke wajah bersih lelaki itu.
"Tak ada ilmu romantis. " kutuk Safiya Damia dengan geram. Kemudian, dia ingin sambung tidur sebelum suatu tangan tiba-tiba bermain-main dengan butang baju pajamanya.
Safiya Damia terperanjat, laju matanya kembali terbuka luas dan menahan tangan si gerangan.
"Apa ni!? " tempik Safiya Damia. Amirul Khalid tersenyum nakal.
"A surprise. " seloroh dia dengan riak tenang. Dia menarik tubuh genit isterinya ke dalam dakapan hangat.
"I. Love. You. " kata Amirul Khalid perlahan dan mendongakkan wajah Safiya Damia untuk menghadapnya.
"I deeply madly.. Love you. " tokoknya dengan tulus. Safiya Damia mengerti bait kata tersebut. Sudah pasti suaminya itu berkecil hati tatkala dia menzahirkan pernyataan yang kurang enak di pendengaran.
"Saya mintak maaf.. " akunnya atas kesilapan diri. Amirul Khalid melagakan dahinya ke dahi si isteri.
"It's okay, cara mia. You've never failed me, but I-"
"No, you don't. " bangkang Safiya Damia dengan air mata yang sudah bertakung. Amirul Khalid tergelak kecil.
"Can I get a kiss? " soal Amirul Khalid di luar jangkaan. Safiya Damia mencoretkan senyuman. Kali ini dia yang menghadiahkan kucupan tersebut tanpa keraguan.
"I love you too.. A lot. " ujar Safiya Damia selepas itu. Amirul Khalid menyeka air mata Safiya Damia dengan lembut.
"I know you always do. " balas Amirul Khalid dengan mata yang redup.
YOU ARE READING
Mr Ego Amirul Khalid
عاطفيةKatanya Mr Ego, Dingin, pembengis dan berwajah ketat setiap masa dan setiap waktu. Namun, Sisi penyayang yang sentiasa menyerlah, itulah yang merobohkan segalanya. Itulah yang membuatkan dia sentiasa tercuit hati dengan si keras kepala, Safiya Da...