Zulfan X Adelia 2

10.5K 220 4
                                    


Tepat pada pukul 7 pagi, Zulfan Hud bangun dan bersiap untuk pergi kerja.Adelia Inara dibiarkan terus lena tidur.Nanti dia suruh bibik rumahnya untuk menguruskan si polos itu.

Dia mendekati tubuh kecil yang tidur mengerengkot di atas tilam empuk, menyelak rambut yang jatuh menutup separuh wajah polosnya.

Ketika leka menelek Adelia Inara, mata helangnya menangkap kuku gadis itu yang panjang.Walaupun bersih tetapi agak panjang bagi jari runcing sepertinya.

Zulfan Hud mendecit tidak suka.Dia kurang gemar perempuan berkuku panjang.Nanti habis dia dicaka- erm.

"Tasha".

"Yes, sir".

"Nanti trim kuku Adelia.Aku tahu balik nanti kuku dia dah pendek" arah Zulfan Hud dingin.

Natasha mengangguk patuh.

Zulfan Hud bergegas ke destinasinya.

Adelia Inara merengek kecil merasakan sesuatu janggal di kuku tangannya.

"Cik dah bangun?" tegur Natasha dengan senyuman manis.

Adelia Inara membuka matanya sebelum pandangannya jatuh pada tangan kanannya yang dipegang oleh wanita itu.

Dahinya berkerut pelik.

"Sir suruh trim kuku.Panjang sangat.Nanti kotor nak cebok yak yak" usiknya dengan ketawa kecil.
Terus pipi gadis kecil itu memerah, malu.

Adelia Inara bangun dan membetulkan duduknya supaya mudah Natasha mahu memotong pendek kuku tangannya.

Selesai potong kuku, dia dibawa untuk mandi dan bersiap.

"Mari sini makan" ajak Ayuni sebaik sahaja mereka masuk ke ruangan kitchen island.

Adelia Inara dihidangkan dengan pancake bersama syrup maple, segelas susu segar dan segelas air kosong.Tidak lupa juga dengan manisan mulut seperti macaron.

Dia agak kekok mahu menggunakan cutlery memandangkan selama ini dia makan menggunakan tangan.

Ayuni yang perasan Adelia Inara terkial-kial mahu memotong pancake terus membantu.Dia rasa Adelia Inara bukan seperti kebanyakan gadis yang mempunyai kehidupan normal di luar sana.

Lihatlah keadaan Adelia Inara ketika dibawa masuk ke sini.Seperti gelandangan sahaja rupanya.

"Lepasni Yuni bawak cik pusing-pusing satu rumah" beritahu Ayuni ketika menemani Adelia Inaya sarapan pagi.

Adelia Inara mengangguk faham.

"How was she? Good or not? " soal Ace ketika berada di pejabat.

Zulfan Hud memiliki beberapa syarikat terkenal seperti syarikat perlancongan antarabangsa, syarikat pelaburan dan beberapa ladang teh dan strawberi.

Dia lebih dikenal sebagai Tuan Hud di dunia perniagaan.Ace pula CEO kepada syarikat penghasilan barangan elektrik manakala Rayhan pula seorang Engineering Automobil terkenal.

Masing-masing mempunyai sumber kewangan dan kelebihan tersendiri.

"How come aku nak review dia kalau aku tak tidur dengan dia lagi? Kau ingat aku desperate sangat ke? " balas Zulfan Hud jengkel.

Tanya macam dia ini lelaki gila seks!

Ace menggulingkan bebola matanya menyampah.Acah-acah suci pulak jantan ini.

"Anyway apa nama dia? Kau ada tanya ke pasal diri dia? ".

"Adelia, Adelia Inara binti Syamsuddin.Umur 19.Tu je dia bagitahu aku semalam" jawabnya malas-malas.

Belongs to Zulfan Hud Where stories live. Discover now