Zulfan X Adelia 7

10.1K 200 16
                                    


"Ah-hah!".

Sejak dari tadi dia mendengar suara desahan perempuan dari bilik tetamu rumah agam Zulfan Hud tapi siapa?

Adelia Inara menggaru kepalanya dengan sebelah tangan memegang telinga anak patung bunny nya.Masih berfikir mahu pergi siasat atau membiarkan sahaja.

"Cik, buat apa dekat sini? Cari sir ke? " Ayuni muncul entah dari mana menyentakkannya.

"T-tu suara siapa? Dari tadi Ara dengar" soalnya perlahan.

"Suara kawan sir, jom kita turun bawah.Yuni teman cik nak? " ajak Ayuni seakan-akan cuba menarik dia pergi dari situ.

Adelia diam sejenak sebelum mengangguk.Bukan urusan dia untuk tahu siapa kawan master.

"Yang ni kita letak sini" tekun Adelia Inara melihat Ayuni membantunya menyusun kepingan puzzle yang diberi oleh Adam.

Dalam tempoh sejam, mereka berjaya menyelesaikannya.Puzzle bergambarkan langit malam dipenuhi bintang.Sangat cantik.

"Dah siap! Yeay! " sorak Ayuni gembira sambil bertepuk tangan.

Adelia Inara turut melakukan perkara yang sama sepertinya.Walaupun agak rumit tapi mereka berjaya.

Tap tap

Bunyi tapak kaki menurun tangga menarik perhatian si polos itu.

Adelia Inara berpaling ke arah tangga, mendapati seorang wanita memakai robe seksi paras paha menuruni tangga.Leher wanita asing itu berkilat dengan peluh.

"Bibik! Mana bibik ni?! " laungnya jengkel.

Ayuni segera bangkit dan mendekatinya.

"Ye cik Ana, ada apa saya boleh bantu?".

"I haus ni, tolong buatkan jus oren.Letak ais bebanyak tau.Jangan lama! " arah Anastasia bongkak.

Dia berpeluh satu badan selepas melayan Zulfan Hud sejak sejam yang lalu.

"Baik, cik Ana duduklah dulu.Saya hantar nanti" patuh Ayuni.

Mata Anastasia melilau memandang persekitaran sebelum matanya menangkap satu susuk tubuh kecil sedang duduk bermain dengan mainannya.

"Hey! You siapa hah? Sejak bila you duduk sini? " terkebil-kebil Adelia Inara apabila diterjah sebegitu.

Melihat respon gadis itu yang kelihatan lembap membuatkan dia merengus.

"I bercakap dengan you kan?! Pekak ke apa-".

"Cik Ana, kenapa ni? " potong Ayuni yang kembali dengan jus oren yang dipinta.

"Ni budak bodoh mana sesat sini hah? I tak pernah nampak pun dia sebelum ni" soal Anastasia bengis.

"Erm saya rasa better cik Ana tanya sir sendiri.Saya tak berani nak bercakap apa-apa tentang ni" Zulfan Hud melarang mereka memberitahu siapa Adelia Inara sebenarnya.

Ini bagi menjaga reputasinya di depan orang luar.

"Ke ni flings baru Zulfan? I tak expect pulak dia suka budak mentah macam ni.Entah pandai melayan ke tidak.Bengap!" ejek Anastasia tanpa rasa bersalah.

Adelia Inara menunduk mendengar tohmahan itu.Dia tidak berani melawan kerana risau Zulfan Hud akan memarahinya pula.

"Cik Ana, sir cari cik" panggil Natasha.

Ayuni melepaskan keluhan lega.Mujur Natasha menjadi penyelamat keadaan.

"I tak habis dengan you lagi ye.Kalau you berani nak rampas tempat I, you tengoklah apa jadi nanti!" ucap Anastasia penuh amaran sebelum berlalu pergi ke tingkat atas.

Belongs to Zulfan Hud Where stories live. Discover now