Adelia Inara memandang tidak lepas pada tangan kasar Zulfan Hud yang memimpinnya."Okay, nanti apa-apa terus inform aku" putus Zulfan Hud sebelum menamatkan panggilan.
Dia menunduk memandang gadis kecilnya.
"Kau lapar tak?".
"Mmm t-tak, Ara nak jalan-jalan je" beritahunya.
Zulfan Hud mengangguk sekali.Dia ada masa lapang hari ini jadi bolehlah dia menemani Adelia Inara keluar.
Tiba-tiba, gadis itu berhenti dengan kepala menoleh ke arah satu kedai mainan.
Terjungkit sebelah keningnya.Dia meramas tangan halus Adelia Inara apabila perasan gadis itu dilamun dengan dunianya sendiri sambil memandang kedai itu dari luar.
Adelia Inara berpaling ke arah master.
"K-kita masuk situ boleh, master?" pintanya lembut.
Sebagai jawapan, master menariknya memasuki kedai tersebut.
Dia terus mendekati satu glob mainan.Di dalamnya terisi satu anak patung kecil persis gadis yang sedang berdiri mendongak ke atas.Entah mengapa dia merasakan anak patung itu adalah dia.
Selamanya terperangkap dan tidak akan mendapatkan kebebasan walaupun buat sementara.
"Do you want it, baby?" suara husky master menyentaknya ke dunia nyata.
Dia mengangguk perlahan lalu terus merenung glob tersebut.
Zulfan Hud memanggil pekerja kedai dan segera memintanya membungkus apa yang gadis polosnya mahukan.
"Master... A-ra nak main kat playground" jari kecilnya menarik-narik hujung kemeja Zulfan Hud.
Dia bosan terperap di rumah dan tidak melihat dunia luar.
"Finish your veggies first, baby.Habis makan aku bawak kau pergi playground" arahnya diselangi suapan makanan.
Adelia Inara memandang serong pada makhluk bernama sayur.Dia kurang gemar sayur-sayuran lagi-lagi sawi dan bayam.Pahit!
Dia menguis-nguis sahaja sisa sayuran yang tinggal.Tak makan tak boleh ke?
"T-tapi Ara dah kenyang.." dia cuba mengelat.
"Habiskan.Tak habis then tak payah pergi main" tegas Zulfan Hud.
Selama ini dia pejam mata sahaja, buat-buat tak nampak dengan sisa sayur yang Adelia Inara cuba sembunyikan daripadanya.Susah sangat nak makan sayur!
Memuncung sedikit bibir gadis polosnya.Perlahan-lahan Adelia Inara menyuapkan baki sayur hijau ke dalam mulutnya.Dia mengunyah dengan sangat laju dan terus telan.
Selesai menghabiskan makanan, dia meneguk laju jus anggur untuk menghilangkan rasa pahit di mulut.
Zulfan Hud tersenyum kecil melihat keletahnya.Persis kanak-kanak naif.
Dia terusan mengopek isi lobster lalu meletakkannya di pinggan Adelia Inara.
Menyenget kepala gadis itu melihat binatang di pinggannya.Apakah?
"Tu lobster, baby.Lebih kurang macam udang tapi portion dia lagi besar.Cicah dengan sos ni baru ada rasa sikit" ajarnya.
Adelia Inara memegang isi lobster tersebut sebelum mencicahnya dengan sedikit sos.Dia merasa sedikit.
Membulat matanya bundarnya.Sedapnya!
Terus dia menyuap semua isi lobster sehingga kembung kedua belah pipinya.
YOU ARE READING
Belongs to Zulfan Hud
FantasyKarya Keenam ------------------------------------------------- Tap tap "Hmm? " Adelia Inara mengangkat kepala apabila terdengar bunyi tapak kasut bertumit mendekatinya. "N-nak? " tangannya yang menggigil lemah menawarkan seketul donat coklat kepada...