Zulfan X Adelia 6

9.9K 221 15
                                    


"Hachom! " Adelia Inara terbersin buat sekian kalinya.Hidungnya merah menyala.

Zulfan Hud memejam mata apabila Adelia Inara terbersin tepat di wajahnya.Dia meriba gadisnya di dalam kereta yang sedang bergerak menuju ke suatu lokasi.Dia malas mahu memandu jadi driver peribadinya yang menghantar mereka.

"Kau selsema ke?" tangan kasarnya berlabuh di dahi dan leher jinjang Adelia Inara, risau kalau-kalau dia demam.

"S-sikit" tangannya menenyeh mata gara-gara mengantuk.Entah ke mana master mahu membawa dia pukul 11 malam ini.Sudah lewati waktu tidurnya.

Klak

"We have arrive sir" pamit driver membuka pintu penumpang.

Adelia Inara lantas memeluk leher Zulfan Hud apabila tubuhnya di gendong.Kelihatan sebuah villa tersergam indah di depannya.Dari luar lagi sudah kedengaran dentuman muzik.

"K-kita dekat mana ni master? " tanyanya perlahan.

"Villa kawan aku.Dia ada buat party.Aku kenalah datang sebagai kawan" jawabnya ringkas.

"Yow bro! Ingat tak nak datang tadi" sambut Ace dengan tangan memegang sebotol bir.

Mereka berjabat tangan dan fist bump sebelum mengambil tempat.

Adelia Inara mengecilkan dirinya di dalam pelukan Zulfan Hud, kurang selesa dengan suasana di dalam villa ini.

"Ray mana? Aku tak nampak dia pun" soal Zulfan Hud sebelum meneguk coke beberapa kali.

Halkumnya bergerak turun naik, menarik perhatian Adelia Inara.Geram nak picit-picit!

"Ada dekat luar tu, smoking.Macam biasalah" jawab kawannya dengan kepala terangguk-angguk, ikut rentak muzik yang bermaharajalela.

"Here sweety" satu tangan menghulurkan cocktail padanya.

Adelia Inara mendongak melihat siapa yang menghulur.Ace kalau tidak silap.Dia memandang master, meminta keizinan untuk menyambut minuman itu.

"Just give her some juice bro, dia tak biasa minuman macam tu" arah master.

Ace berlalu pergi mencari jus untuk gadisnya.

Dalam beberapa minit, lelaki itu muncul semula bersama jus anggur untuk Adelia Inara.

"Take it" suara penuh dominan itu mengarahkannya untuk ambil dan minum.

Adelia Inara menyambut huluran tersebut dan minum.Sedap! Ditambahkan pula suasana bersesak membuatkan mereka sedikit kepanasan dan rimas.Sekurang-kurangnya minuman sejuk boleh melegakan mereka.

"Holy mother! Aku ingat Ace main-main je bila dia cakap kau nak bawak budak ni" sampuk Rayhan yang baru memunculkan diri di celah pikuk orang ramai.

"She's cute tho.No wonder kau bawak dia sekali" puji Ace pula.

Zulfan Hud tersenyum bangga mendengar pujian itu.Dia tahu ramai orang akan memberi komen baik tentang hamba yang dia beli beberapa bulan yang lalu.Tidak kurang juga yang dengki mahukan hamba seperti Adelia Inara.

Dia membuat tidak peduli dan menikmati harinya.Tuahnya kerana mendapat gadis itu.

A great man deserve the best woman while a bad boy like him, deserve a cute slave like her.

"Kau duduk sini kejap.Aku pergi ambik makanan untuk kau" pesan Zulfan Hud setelah mendudukkan Adelia Inara di sebuah sofa.

Dia duduk diam di situ.Sejujurnya dia takut bila ditinggalkan sendirian.Ace dan Rayhan sudah hilang entah ke mana.

Belongs to Zulfan Hud Where stories live. Discover now