"Nah beg, naik atas tukar baju." Aku hulur beg sekolah jenama Smiggle itu pada Hayla. Anak bongsu Aunty Nora yang masih kecil lagi. Kecil tak kecil juga lah. Dah umur enam tahun.
Anak yang boleh dikira sebagai 'anak terkejut'. Yalah, mana tak terkejutnya. Aunty Nora mengandungkan Hayla pada umur dah selanjut 41 tahun. Semua orang termasuk aku sendiri mati-mati ingat yang Hanis akan jadi satu-satunya anak Aunty Nora. Beria aje mak cik aku sorang tu katanya kilang dah tutup. Tapi tahu-tahu bila umur Hanis 20 tahun, tup-tup dapat si Hayla.
Aku pun tumpang terkejut sama. Tapi dalam pada sama aku agak teruja sebab aku tak pernah ada adik. Memandangkan aku tinggal dengan mak cik aku selepas ibu bapa aku bercerai. Aku dan Hanis lah yang jadi tukang membesarkan Hayla. Lagi-lagi bila suami Aunty Nora meninggal masa umur Hayla cecah satu tahun.
Aku dah anggap Hayla tu dah macam adik aku dah. Kalau buat salah atau buat perangai pelik-pelik, memang aku luku je terus. Kebetulan hari ini aku cuti, jadi aku volunteer nak ambil Hayla balik. Biasa driver Aunty Nora yang akan ambil.
"Nak mekdi lepastu nak Llaollao."
Hayla buat muka Puss in boots. Walaupun dah lali sangat dengan taktik dia yang satu itu. Tapi aku selalu kalah sebab Hayla ni walau perangai boleh tahan juga tapi dia memang comel. Dengan kulit putih melepak, mata bulat tambah dengan pipi pau dia bulat. Kadang-kadang rasa nak culik letak dalam guni.
"Ya ya nanti akak bawa pergi mekdi. Lepastu beli Llaollao. Tapi awak kena pergi tukar baju dulu. Mandi jangan lupa." Pesanku seraya tolak dia naik atas tangga.
Selepas Hayla dah hilang dari pandangan, aku terus ke dapur mencari mak cik kesayangan aku. Aunty Nora memang gemar memasak. Walaupun ada tukang masak sendiri, mak cik aku tetap akan ke dapur juga waktu dia tak sibuk. Kadang-kadang sampai tukang masak dia pula yang tak ada kerja.
"Aunty masak apa hari ni?" saja aku berbasa-basi setelah duduk berhadapan dengan mak cik aku.
"Hai Leen, ingat tak nak datang dah rumah aunty." Nada perli sangat bila Aunty Nora membalas. Siap pakej jelingan mak-mak lagi.
Aku cuma sengih tayang gigi putih. Memang layaklah aku diperli. Sebab dah hampir tiga minggu aku tak datang jenguk dia. Kalau tak, kebiasaannya paling kurang seminggu sekali aku datang melepak dekat sini melayan si Hayla kala hujung minggu.
Kadang-kadang datang bergosip dengan Hanis. Tapi Hanis tu jarang betul nak balik ke rumah. Salah satu sebab kenapa aku selalu datang jenguk Aunty Nora sebab Hanis tu sibuk memanjang. Jadual Hanis selalu padat. Kalah presiden negara. Maklumlah selebriti. Retis.
"Alah, baru nak dekat tiga minggu Leen tak datang. Bukannya lama pun. Aunty kan aunty kesayangan Leen, mana boleh tak tengok lama-lama, rindu Leen nanti." Saja aku keluarkan madah manis bergula.
YOU ARE READING
One Sweet Mistake [TERBIT]
RomanceDalam hidup Nur Aileen, masalah dia cuma satu. Aunty Nora. Mak cik kesayangannya itu tak henti-henti aturkan blind date buatnya. Untuk mengelak, Aileen minta Eton yang pandai melukis untuk wujudkan seorang 'boyfriend jadian' untuknya. Tapi tanpa Ail...