Aku tilik penampilanku di cermin buat kali yang terakhir. Rambut dah cantik. Dah kemas. Bang rambut turut disisir rapi di dahi. Mekap pula hanya ala kadar. Memandangkan cuma makan malam di rumah. Tak perlulah mekap berat sangat, nak pakai bulu mata palsu bagai.
Cukup dua kali pusing depan cermin, aku tersenyum puas hati. Sebagai sentuhan terakhir, aku sembur minyak wangi Candy Sugar Pop keluaran Prada.
Aku yang ralit menilik penampilan sendiri itu agak terganggu dengan renungan 'judging' Hayla yang sedang duduk di birai katil sambil berpeluk tubuh. Hairan juga aku bila Hayla dari awal lagi macam ada benda yang dia tidak berpuas hati dengan aku. Aku terus merapatinya yang masih mencuka itu.
"Hayla cuba tengok akak? Cantik tak?" Saja aku tanya pendapat dia untuk pancing Hayla bercakap dengan aku.
"Buruk." Jawab Hayla dengan muka yang bertambah masamnya.
Wow!
Uh... Mulut aku terbuka sikit. Tangan aku letak di dada. Penghinaan terhadapku secara terang terangan ya. Sejujurnya, aku tak jangka jawapan dia tu. Sampai hati Hayla cakap aku buruk.
Penat aku bersiap cantik-cantik. Hayla oh Hayla. Entah apalah yang budak kecik seorang ni tak puas hati sangat. Dari semalam lagi aku perasan Hayla ni tunjuk perasaan. Rasanya selepas dia tahu Eimran nak datang makan malam di sini.
"Okey. Sekarang bagi tahu akak, kenapa muka ni masam macam stoking?"
"Hayla tak suka." Bentak Hayla dengan muncung yang semakin ke depan. Alahai, budak bertuah ni.
Dah agak dah. Mesti dia tak suka Eimran nak datang. Hayla memang sangat susah untuk terima orang baru. Lagi-lagi spesies lelaki. Dia cuma rapat dengan Wan saja. Dekat sekolah pun, Hayla cuma berkawan dengan seorang dua budak perempuan yang sama umur dengan dia. Cikgu Hayla pun selalu juga cakap awal-awal dulu Hayla sangat susah nak diajak bercakap. Tapi lama-lama Hayla dah okey. Hayla jenis budak yang perlukan masa untuk terima orang.
"Tak suka Abang Eimran datang eh?" aku cuba teka walaupun dah dapat di agak jawapannya.
Hayla senyap. Tak geleng. Tak juga angguk. Maknanya betullah tu. Aku dah agak dah.
"Tapi Abang Eimran tu hensem tau. He's tall and nice. A gentleman. Pandai buat cookies lagi. Especially chocolate cookies."
Aku nampak riak muka Hayla berubah. Namun cuma seketika sebelum riak mukanya di masamkan semula. Aku tarik senyum. Hayla pantang dengar chocolate cookies sebab dia memang hantu. Kalau merajuk, bagi aje si Hayla ni chocolate cookies. Konfem dan-dan elok.
"Abang Wan lagi hensem." Hayla putar bebola mata sambil peluk tubuh.
"Tapi abang Wan tak pandai buat chocolate cookies."
Nampak Hayla nak balas sesuatu sebab mulut kecil dia tu bergerak-gerak tapi nampak gayanya macam tersekat. Senyumku melebar. Tahu sedikit sebanyak Hayla dah boleh terima apa yang aku katakan.
YOU ARE READING
One Sweet Mistake [TERBIT]
RomanceDalam hidup Nur Aileen, masalah dia cuma satu. Aunty Nora. Mak cik kesayangannya itu tak henti-henti aturkan blind date buatnya. Untuk mengelak, Aileen minta Eton yang pandai melukis untuk wujudkan seorang 'boyfriend jadian' untuknya. Tapi tanpa Ail...