Dari awal Eimran naik duduk sebelah pengantin menjadi pengapit. Dari detik itulah, mata aku ni macam magnet melekat dekat Eimran yang sangat segak berbusana baju melayu. Kacaknya dia.Sedari tadi, hatiku tak berhenti memuji ketampanan Eimran yang mengenakan sepersalinan baju melayu putih dan samping manakala songkok terselit kemas di kepala. Warna putih baju itu menaikkan lagi seri muka Eimran. Dah macam dia pula pengantin. Sama naik saja dengan pengantin lelaki yang turut segak mengenakan sepasang tuksedo gelap.
Penampilan Eimran juga nampak lebih kemas. Kumis nipisnya sudah dicukur menyerlahkan lagi garis rahangnya yang tajam. If his jawline could cut, I swear my heart would bleed.
Baju melayu putih yang tersarung di badan Eimran itu terlihat begitu sempurna memeluk setiap lekuk torso miliknya. Sehinggakan aku rasa macam baju melayu itu memang direka khas untuk dia. Because it fit him so well.
Aku yang ralit perhatikan Eimran, tiba-tiba tertangkap bila Eimran turut memandang ke arahku. Pandangan kami bertemu. Dia jongket kening. Dan-dan aku terus buat-buat pandang ke tepi. Ini bukan kali pertama aku kantoi tengok dia. Dah banyak kali sejak dia naik berdiri di tepi pengantin.
Tapi itulah, sekali sekala bila aku tertangkap oleh Eimran, aku selalu acah-acah tengok tempat lain. Kemudian mata aku kembali menderhaka dan tengok dia balik. Walaupun sudah sering tertangkap tapi mata aku ini tetap degil nak usyar juga anak teruna Mama Lita sorang tu.
Suadara Eimran sangat ramah bertanya itu dan ini apabila dapat tahu aku ialah teman wanita Eimran. Aku pun layankan jelah kalau ada yang bertanya. Mak cik- mak cik Eimran juga sangat baik melayaniku. Tak seperti mak cik bawang yang aku sangkakan.
Dan hari ini juga aku sempat berkenalan dengan ayah tiri Eton yang juga merangkap ayah kandung Eimran. Tuan Ihsan atau Eton panggil Daddy San. Aku tak pernah berjumpa sebab Eton tinggal sendiri, tak duduk sekali. Aku tahu mummy Eton kahwin lain cuma aku tak tahu Eton ada adik beradik tiri.
Tuan Ihsan sangat berwibawa orang. Walaupun dah ada rambut putih tapi tetap kemas. Mungkin aura ahli perniagaan. Tak banyak muka Eimran menurun dari daddynya. Eimran banyak mirip mamanya. Aku sangat lega bila daddy Eimran turut terima aku dengan baik.
Syukur semuanya berjalan lancar. Aku pun dah selesa sangat bergaul dengan keluarga Eimran. Terasa macam teman wanita Eimran betul pula. Hampir terlupa yang aku sekadar berpura-pura.
"Laparnya." Omelku sendiri bila perut dah berbunyi.
Nasib baik dah tiba sesi pengantin makan beradab, aku pun ambil peluang pergi makan juga. Dari tadi perut aku berkeroncong minta diisi makanan. Cuma aku tahan memandangkan aku sedang membantu itu dan ini. Aku bergerak ke arah beberapa biji khemah yang sudah dibanjiri ramai orang untuk menjamu selera. Dari jauh aku dah nampak Eimran turut bergerak ke arah khemah menjamu.
Tak susah untuk cari Eimran dalam banjiran manusia. Kerana dalam ramai-ramai orang dialah yang paling menyerlah. Paling menonjol. Dengan tingginya yang lampai. Dengan gayanya yang sentiasa terlihat yakin dan postur tubuhnya yang sentiasa tegap. Memang mata aku cepat saja tangkap figuranya dalam lautan manusia. Macam ada spotlight yang sentiasa suluh Eimran. Menyerlah dan bersinar.
YOU ARE READING
One Sweet Mistake [TERBIT]
عاطفيةDalam hidup Nur Aileen, masalah dia cuma satu. Aunty Nora. Mak cik kesayangannya itu tak henti-henti aturkan blind date buatnya. Untuk mengelak, Aileen minta Eton yang pandai melukis untuk wujudkan seorang 'boyfriend jadian' untuknya. Tapi tanpa Ail...