BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Sukacitnya saya nak maklumkan yang 'One Sweet Mistake' bakal terbit dalam bentuk novel fizikal tak lama lagi. Yes, inilah maksud bahagian 2 coming soon. Lama gila tunggu nak annouce, hehe. Alhamdullilah tercapai cita-cita nak jadi penulis buku.
'One Sweet Mistake' akan diterbitankan oleh RC Publication untuk keluaran Oktober 2024. Kalau berminat nak dapatkan abe Eim dan Aileen, nak tahu kisah dorang lepas kahwin bolehlah dapatkan novelnya. Buku lagi sweet sebab nanti korang boleh baca POV Eim juga.
Harga penerbit belum umumkan lagi. Untuk ketahui sebarang update atau pengumuman lanjut. Bolehlah follow instagram saya ataupun penerbit
@aprilhann___
@rcpublication
COVER
DEDIKASI
For fragile heart that has always been afraid to love, doubted it, walked away from it. May you find the courage to embrace it once again.
Teruntuk kamu yang hati rapuh, takut untuk mecintai, meragui cinta dan menjauhinya. Semoga kalian dapat keberanian untuk menerima cinta lagi
TROPE
•Fake Dating•
•Best friend's Brother•
•Pastry chef x Reader•
•Healing through Love•
•Dual POV•
MICROTROPE
•She fell first (but actually he fell first secretly)•
•He remembers everything about her•
•He calls her 'My Sweet Aileen'•
•Hidden bookcafe date•
•Dua-dua suka baca buku•
•Surat cinta•
•Belajar bercinta lepas kahwin•
•Menari bawah hujan•
BLURB
Nur Aileen. Dia ada satu masalah.
Aunty Nora tak putus asa aturkan blind dates untuknya. Rimas, Aileen minta tolong Eton wujudkan seorang teman lelaki 'jadian' buatnya. Berkat bakat melukis si sahabat, Aileen bebas dari blind dates mak ciknya bermodalkan sekeping lukisan potret seorang lelaki.
Namun tak disangka-sangka, lelaki 'boyfriend jadian' Aileen yang tak sepatutnya wujud itu tiba-tiba poof macam magik berdiri teguh di depannya. Disaksikan pula Aunty Nora. Gawat!
Rupa-rupanya Eton lukis abang tiri sendiri.
"Kalau aku ajak pun, nak ke abang kau kahwin dengan aku. Abang tiri kau tu dahlah hensem. Nak ke dia yang scrump-dilly-icious tu dekat aku?" – Aileen
"Yang tu kau kena tanya tuan badan sendiri. Tu haa, dekat belakang kau." – Eton
"Nak ke aku yang scrump-dilly-icous ni jadi boyfriend kau?"– Eimran
Gara-gara kesilapan kurang cerdik Eton, Aileen terpaksa tebalkan muka minta Eim berlakon jadi teman lelakinya untuk satu malam. Tapi entah bagaimana, pembohongan Aileen semakin tak terkawal dan menyebabkan dia dan Eim terikat dalam hubungan cinta palsu.
Eimran Fahrezzi. Cef pastri yang punya senyuman tipis terkadang nampak tak ikhlas.
Bagi Aileen, berlakon menjadi kekasih Eim itu tak susah, yang susah itu bila Eim selamba panggil dia my sweet Aileen dan mula pandai senyum ikhlas padanya. Senyum ikhlas Eim itu ibarat virus yang tak baik untuk kesihatan jantung Aileen.
"Awak kalau pandang orang memang macam ni eh?" – Aileen
"TMI, aku pandang kau sorang je macam tu." – Eimran
Sebelum Eim, persamaan hidup Aileen semudah 1 + 1 = 2. Selepas Eim, ia drastik jadi rumit sebab variablenya adalah hati dan perasaan. Bab perasaan, Aileen memang failed total jadi dia tak tahu nak selesaikan persamaan baru hidupnya.
"I'm not having second thoughts." – Aileen
"Well you see, you won't find a husband like me anywhere else. I am brilliant, scrumptious, delicious and very hard to resist. And I can't wait to show you what else I can be. Tapi kalau kau tak nak kahwin dengan aku. Rugilah kau." – Eimran
Adakah kesilapan tak cerdik si sahabat boleh berubah menjadi kesilapan yang paling manis? Walaupun Aileen sentiasa ragu dan Eim sebenarnya seorang yang tertutup rahsia hatinya.
"Can you wait for me?" – Eimran
"Kita baik-baik je kan Eim?" – Aileen
Siapa excited nak peluk abe Eim??? Angkat ketiak, hehe
YOU ARE READING
One Sweet Mistake [TERBIT]
RomanceDalam hidup Nur Aileen, masalah dia cuma satu. Aunty Nora. Mak cik kesayangannya itu tak henti-henti aturkan blind date buatnya. Untuk mengelak, Aileen minta Eton yang pandai melukis untuk wujudkan seorang 'boyfriend jadian' untuknya. Tapi tanpa Ail...