Pejam celik, dah dua minggu berlalu. Dan aku sekarang berada di Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan adik Eimran sebagai teman wanita Eimran. atau lebih tepat teman wanita palsu Eimran.
Nervous tak usah cakaplah. Sampai saja rumah Eimran, tanganku dah menggigil. Air liur sentiasa penuh dalam mulut. Tak tahu dah berapa ratus kali aku telan air liur.
Nasib baik ada Eimran yang berjaya tenangkan aku. Dan keluarga Eimran sangat menyambut baik kehadiran aku. Jadinya aku agak selesa. Setakat ini, tiada lagi soalan dari keluarga Eimran yang bikin aku tercekik air liur. Kiranya itu adalah permulaan yang baik.
Bagasi kecil aku selongkar sehabis mungkin. Dekat mana ya aku taruh beg toiletries aku? Aku rasa di rumah tadi aku dah campak masuk dalam bagasi. Ni jenuh dah seluk sana sini, tapi tak jumpa juga beg merah jambu kecil aku tu. Aku terduduk di tepi bagasi.
"Huh!" Aku mengeluh kuat. Ni mesti kes tertinggal dekat rumah ni. Padahal aku dah letak siap-siap tepi bagasi masa kemas baju. Aileen, Aileen! Kalau nak pergi mana-mana, mesti ada saja barang yang tertinggal. Tahap nyanyuk aku ni agaknya mengalahkan pesakit Alzheimer.
Otak mula memikirkan beberapa solusi untuk selesaikan masalah ni. Badan aku dah melekit dengan peluh. Aku pun sudah mula tergaru-garu. Kulit aku memang agak sensitif dengan peluh. Kalau nak minta pinjam toiletries Eton, setakat pinjam syampu dan sabun mandi bolehlah. Takkan berus gigi pun aku nak pinjam sekali. Gelilah. Euw! Ada ke orang yang kongsi berus gigi?
Sudahnya, aku bergerak ke dapur. Ada Eton, Elisa dan juga mama Eimran. Mama Lita, itulah panggilan yang mama Eimran suruh aku panggil terhadapnya. Sebaik sahaja aku nampak Mama Lita, aku dah boleh tahu dari mana ketampanan abang tiri Eton itu. Mama Lita sangat cantik orangnya walaupun sudah berumur tengah 50-an. Tapi masih kekal awet muda seolah-olah tak dimamah usia.
Eton yang perasan akan kehadiranku terus menegur. "Asal kau tak mandi lagi Leen? Tadi kata nak mandi."
Eton pandang aku atas bawah. Aku dekati mereka dan labuhkan duduk di tepi Eton.
"Aku tertinggal toiletries la Ton. Satu beg aku tinggal dekat rumah. Ada ke kedai yang dekat jual toiletries?"
"Ada ke kat sini Lisa?" Soalan itu diulang oleh Eton kepada Elisa. Kembar Elina. Wajah Elisa sangat-sangat persis dengan Elina. Aku masih tak boleh nak bezakan mereka. Yang aku tahu dua-dua adik kembar Eimran itu sangat cantik orangnya. Mewarisi kecantikan dan keanggunan dari mak dia orang semestinya. Betullah orang kata orang-orang Kelantan ni memang cantik belaka.
"Ado jah. Keda abe Nuar tu ado sero jual bare-bare mandi. Try kelih situlah. (Ada je. Kedai abang Anuar rasanya ada jual barang-barang mandi. Try tengok dekat situ)." Balas Elisa dalam dialek Kelantan yang sangat sukar untuk aku fahami.
Aku tengok Eton berharap agar dia dapat terjemahkan kata-kata Elisa sebentar tadi. Tapi nampaknya Eton pun sama bingung dengan aku.
"Entah. Aku tak faham juga. Gapo Lisa? Kami tok pahe lah." Eton cuba menyoal sambil tiru dialek Kelantan. Buruk sangat bunyinya bila orang KL cuba tiru dialek Kelantan. Dah macam bunyi siam aku dengar. Kami bertiga yang lain cuma gelak dengar yang try hard nak cakap Kelantan itu.
YOU ARE READING
One Sweet Mistake [TERBIT]
RomanceDalam hidup Nur Aileen, masalah dia cuma satu. Aunty Nora. Mak cik kesayangannya itu tak henti-henti aturkan blind date buatnya. Untuk mengelak, Aileen minta Eton yang pandai melukis untuk wujudkan seorang 'boyfriend jadian' untuknya. Tapi tanpa Ail...