Buka saja mata. Darah terus menyerbu muka bila teringatkan hal semalam di mana aku buat gila lamar Eimran tengah-tengah alam. Dah la bawah terik matahari. Atas jalan tar lagi. Lamaran jenis apa itu? Tak romantik langsung. Sebab malu gila, aku sampai minta cuti hari ini.
Aku tersangat yakin dua ratus bahawa perempuan yang lamar Eimran tiga hari lepas itu bukan Nur Aileen binti Mohd Zahran. Tak mungkin itu aku. Tak mungkin. Aku tak rela dan tak mahu percaya perempuan gila yang ajak Eimran kahwin itu adalah aku. Titik.
Kenapa aku ditakdirkan untuk selalu buat benda memalukan? Bantal aku tarik dan tekup muka. "Arghhhhh!!!"
Aku menjerit kuat. Ya Allah, awat aku muka tak malu sangat ajak anak bujang Puan Julita kahwin macam nak ajak main pondok-pondok aje. Aku hentak kaki pada tilam. Berguling sana-sana berharap agar dapat membuang rasa malu yang bertan-tan melekat dalam diri.
Tak tahu kenapa semalam tenungan Eimran hari itu lain macam. Renungan yang tak pernah dia beri pada aku. Dan gara-gara itu, otak cair jadi weng. Dan aku Nur Aileen terus bertukar menjadi Nur Gatal Nak Kahwin.
Seperti rutin kebiasaan, aku mula meraba bawah bantal mencari telefon pintarku. Benda wajib setiap pagi ya. Sebaik sahaja hujung jari terkena sesuatu, aku terus tarik keluar. Dan-dan itu juga ada panggilan masuk daripada Eimran.
Terkejut, automatik tangan melempar telefon ke tepi. Tidak! Tidak! Tolong sesiapa beritahu aku yang semalam itu hanyalah mimpi ngeri. Tolong!
Aku kembali berbaring dengan tangan terdepang. Eimran, awak dah buat saya jadi orang gila. Tolong bertanggungjawab.
Tok! Tok!
"Leen." Aunty Nora memanggil.
"Ya." Aku menyahut lemah.
"Kenapa tak turun. Eimran ada kat bawah."
HAH? Apa dia? Eimran ada kat bawah. Aku meloncat turun dari katil nak pecut ke pintu. "Betul ke?"
"Yalah."
Aku nak melangkah tapi dihalang Aunty Nora. "Nak turun dengan muka tak basuh macam ni?"
Ya tak ya juga.
Aku tak ambil masa lama bersihkan diri. Turun tangga aku terus tuju Eimran yang sedang berborak dengan Aunty Nora. Spontan tangan tarik lengan dia dan paksa mengekoriku ke dapur. Aunty Nora yang pandang aku pelik, aku hiraukan. Tak ada masa nak jelaskan.
"Macam mana awak tahu saya dekat sini?"
"Lia."
Ish, Eton. Hati terus mendongkol geram. Menyesal cerita dekat dia. Boleh pula bocor rahsia aku cuti dan sedang menyorok dekat rumah mak cik aku.
"Awak buat dekat sini?"
"Nak minta kau dengan mak cik kau."
"Untuk apa?"
YOU ARE READING
One Sweet Mistake [TERBIT]
RomanceDalam hidup Nur Aileen, masalah dia cuma satu. Aunty Nora. Mak cik kesayangannya itu tak henti-henti aturkan blind date buatnya. Untuk mengelak, Aileen minta Eton yang pandai melukis untuk wujudkan seorang 'boyfriend jadian' untuknya. Tapi tanpa Ail...