Leen & Eim | 8

302 47 0
                                    

"Satu, dua, tiga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Satu, dua, tiga."

Klik!

Butang kamera aku tekan. Aku ulang beberapa kali apabila sekelompok manusia di depan aku ini bertukar bermacam gaya yang berlainan. Cukup lima kali, aku serahkan kembali telefon kepada salah seorang peminat Hanis.

Aku cuma mampu tersenyum dan mengangguk sopan bila peminat perempuan Hanis yang aku andaikan belasan tahun itu berterima kasih. Aku geleng kepala bila jelas terpampang betapa terujanya sekumpulan remaja itu bila mereka tengok balik gambar mereka dengan Hanis. Jumpa artis pujaanlah katakan.

Ini yang penat sebenarnya bila keluar berjalan dengan Hanis. Sah-sah aku akan tukar bidang jadi juru gambar bidan terjun untuk peminat-peminat Hanis. Kalau sekali tak apalah juga. Ini, sekejap orang tu minta bergambar. Sekejap orang ni minta gambar. Mangsanya akulah tukang ambil gambar. Kadang sampai lenguh tangan. Hanis memang tak penat sebab tukang senyum saja.

Aku putarkan bola mata bila Hanis datang menempel di tepi aku sambil tayang sengih tak bersalah dia tu.

"Kan aku dah kata lain kali nak keluar, kau kena pakai mask. Baru aman sikit nak berjalan dalam mall."

"Alah, kalau pakai mask tertutuplah semua kecantikan yang Allah bagi. Sia-sia je tau. A queen once said, beauty must be shown. Exhibited to be appreciated."

Aku buat muka sambil cunggit bibir atas. Yalah tu.

"Queen daripada mana kata tu? Daripada negeri konoha? Sekali aku kena jadi tukang tangkap gambar peminat kau. Sumpah aku heret kau balik. Atau aku tinggal je kau." Aku bagi amaran. Tapi itulah, tak pernah nak jalan pun amaran aku itu.

"I am queen." Hanis kibas rambutnya ke belakang. Aku terus tinggalkan dia. Tiba-tiba Hanis pegang lengan aku.

"Aileen," panggil Hanis tiba-tiba dengan suara berbisik.

"Ya," jawabku dengan nada jengkel. Aku membebel dia buat tak tahu saja. Aku pun malas jugalah nak melayan dia.

"Tu bukan baby kau ke?"

"Hah? Baby mana?" Aku terpinga-pinga seraya mata melilau mencari 'baby' yang dimaksudkan Hanis

"Baby hot and spicy kau?"

Baby hot and spicy? Siapa? Mata aku terus ikut telunjuk Hanis.

"Ya, baby aku. Dah tu kenapa?"

Ya ya aje kau Aileen mengaku baby. Buatnya si Eimran dengar. Mahu malu bertan-tan.

"Jom tegur." Cadang Hanis dengan sangat tiba-tiba.

"Eh Nis tak payahlah. Dia jenis suka keluar sorang-sorang." Aku mencipta alasan. Gabra dengan idea spontan Hanis.

"Alah nak tegur je. Tak luak pun baby kau tu kalau aku tegur."

Tanpa sempat aku halang, Hanis dah heret aku menghampiri Eimran yang baru sahaja keluar daripada kedai kasut Al-Ikhsan. Nak tak nak, terpaksalah juga aku reda. Tak boleh nak buat apa dah. Harap Eimran tak terlalu terkejutlah.

"Hai, boyfriend Aileen."

Membulat mata dan mulutku saat terdengar panggilan Hanis pada Eimran. Laju aku senggol pinggang Hanis. Suka hati mak tiri dia je panggil Eimran macam tu. Eh, bila pula Hanis ada mak tiri? Hmmm.

Walaupun begitu, aku akui yang aku agak terkejut akan betapa cepatnya Eimran menoleh ke arah kami. Seolah-olah memang boyfriend Aileen tu memang nama dia. Perasan pula aku.

"Aileen." Seru Eimran dengan sebuah senyum tipis yang cuma dia seorang saja ada. Kenapa macam teruja saja dia gaya sebut nama aku.

"Urm, sajalah nak cakap yang I pun ada kat sini juga." Hanis berseloroh. Sambil selit rambut telinga. Eii, mak cik. Elok sikit. Boyfriend aku tu. Well, fake boyfriend. Tapi pangkat sama juga kan. Tetap teman lelaki.

"I see you Cik Hanis. Happy to see you as well." Eimran berpaling pada Hanis dan turut hadiahkan sebuah senyuman tipis. Sumpah aku cakap, hanya Eimran saja yang boleh tayang senyum tak ikhlas macam tu tapi masih ada manisnya dan tak kurang ajar. Kalau orang lain senyum macam dia, mesti dah kena tuduh kekwat, kerek atau acah poyo.

"Eh, panggil I Hanis je."

"Eim awak buat apa dekat sini?" Soalku berbasa-basi agar tak nampaklah yang aku ni kekok depan teman lelaki sendiri.

"Beli kasut." Dia angkat beg plastik.

"Oh ya awak ada cakap nak beli kasut kan hari tu. Lupa pula." Aku gelak di hujung ayat tapi aku sendiri dapat dengar betapa palsunya ketawa itu.

"Korang gaduh ke? Why korang nampak macam awkward sangat ni? Hmmm." Hanis dah buat muka polis pencen. Sedia nak soal siasat. Menurun siapalah skill polis pencen dia ni.

"Eh mana ada gaduh. We are good right ba-by?" Bilamana lidah aku membentuk perkataan baby itu aku terus pandang lain. Garu dahi yang jelas tak gatal. Darah panas dah mula berhimpun di pipi. Wajah mula terasa hangat.

"Ehem." Aku basahkan kerongkong yang tiba-tiba terasa kering selepas dah baby kan Eimran.

Dari ekor mata, aku nampak riak muka berubah macam nak tersenyum namun sekelip mata riak wajah Eimran kembali biasa. Atau mungkin aku salah nampak sebab muka Eimran memang begitu saja sepanjang aku kenal dia. Senyum macam tak nak senyum. Tapi, peliknya senyum tak ikhlas dia itu sangat meresahkan.

"Yeah. We're exceptionally good."

"Since korang tak gaduh, maknanya bolehlah I ajak you datang majlis pertunangan I nanti."

"Kata nak tegur je." Aku bisik di telinga Hanis.

"Alang-alang." Balas Hanis turut berbisik.

"Lagipun I tengah cari bakeri untuk tempah pastri and desserts untuk majlis tunang nanti. So apa kata you, Eimran?"

"Eim, awak sibuk kan? Awak ada cakap yang lagi dua minggu awak busy kan?" Aku cuba membantu dia untuk mencipta alasan.

"Majlis tunang I tu ramai kawan lelaki I yang datang tau Eimran. Dan kalau you tahu dah berapa ramai kawan lelaki I nak mengurat Aileen mesti you terkejut. Aileen je yang tak nak layan. So, I suggest you temankan Aileen nanti. Kalau ada kawan I rembat baby you, I tak nak bertanggungjawab tau Eimran."

Pandai pula Hanis tokok tambah cerita. Memang la ada dua tiga orang lelaki yang Hanis nak kenalkan. Tapi bukan ramai macam yang dia cakap.

"Sounds like my attandence is very much needed. Why not, kan?"

"Tapi kan awak busy Eim?"

"Never too busy for my baby."

Erk. Terus aku tercekik air liur. Dia baby kan aku balik. Dan rasa dia lain macam sungguh. Rasa macam ada rama-rama tengah hinggap dalam perut. Rama-rama itu sedang merembes madu.

Waduh, apa ni Aileen. Dia baby kan kau sebab kau dah suka hati baby kan dia tadi. Tolong. Tolong jangan nak rasa pelik-pelik.

"Okay it's a done deal then. Nanti I call you untuk further discuss. Dan izinkan juga I pinjam baby you ya Eimran."

One Sweet Mistake [TERBIT]Where stories live. Discover now