Leen & Eim | 9

340 48 6
                                    

Majlis pertunangan Hanis dilangsungkan di rumah Aunty Nora sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Majlis pertunangan Hanis dilangsungkan di rumah Aunty Nora sendiri. Laman taman kecil yang aku selalu bersantai dengan Hayla sudah dipenuhi dengan khemah-khemah besar yang dihias cantik.

Keluarga belah lelaki baru saja sampai dan masuk ke dalam rumah di mana upacara menyarung cincin akan dilakukan. Keluarga tunang Hanis bukan calang-calang. Anak Tan Sri. Tapi aku tak kenal mana keluarga tunang Hanis. Aku kenal tunang Hanis saja, Fakhri. Megat Fakhri. Sebab pernah beberapa kali berjumpa. Lebih-lebih aku tak tahu.

Hanis nampak begitu cantik dan manis berbusana baju kurung moden putih bersulamkan batu yang menaikkan lagi seri mukanya. Hasil tangan pereka fesyen terkenal tanah air. Takkanlah tak cantik kan. Siapa lagi kalau bukan Rizalman Ruzaini. Dah jadi kebiasaan untuk selebriti tanah menempah rekaan persalinan untuk hari penting mereka.

Tak sangka Hanis yang dulu suka bergaduh dengan aku dah selangkah hampir untuk menamatkan zaman bujangnya. Sebak mula datang menyelinap dalam hati. Bahagia tapi dalam masa yang sama agak sedih tengok Hanis yang sedang duduk di atas pelamin.

Tahu yang selepas ini tanggungjawabnya makin besar. Dan semestinya semakin susah nak luangkan masa dengan aku dah. Dah tak perlukan aku untuk jadi juru gambar peminat dia sebab nanti dah ada Fakhri yang akan ambil alih tugas aku. Tapi itulah lumrah hidup. Semua orang bergerak ke depan. Aku doakan jodoh kau panjang Hanis.

Dua-dua belah keluarga dah siap bersila saling menghadap. Bersedia untuk acara bertukar pantun sebagai pembuka majlis sebelum acara sarungkan cincin. Tapi tertangguh gara-gara ada masalah teknikal dengan mikrofon. Kami semua sedang tunggu isu itu diselesaikan sebelum mula acara.

Aku tak terlibat, cuma menyaksikan dari jauh saja. Biar orang yang veteran saja yang langsungkan acara pantun itu. Kalau suruh aku berpantun, tak jadi pantun tapi jadi tukang karut. Aku yang leka terganggu dengan kehadiran Wan di sebelah.

"Hai, Leen."

"Hai, Wan. Hayla mana?" Soalku bila melihat Hayla tiada di sisinya. Tak silap tadi Hayla ada dengan Wan.

"Ada. Tengah main dengan anak-anak saudara Fakhri."

Aku mengangguk faham. Selepas itu kami berdua senyap.

"Leen rasa mungkin tak ini akan jadi majlis kita berdua kalau Wan tak pergi Jepun selama empat tahun?"

Soalan Wan sekali lagi menjerut aku dalam rasa bersalah. Renungan matanya jelas memancarkan perasaannya kepadaku. Aku nampak. Aku tahu Wan sengaja nak aku tahu yang perasaannya padaku tak pernah berubah. Aku tak buta mahupun bodoh tak mampu tafsir pandangan matanya.

Hal itu juga menyebabkan semakin kuat rasa bersalah menghantui diri. Patut ke aku bagi peluang padanya dari awal lagi? Tapi hati aku ni, tak pernah sikit pun ada rasa buat Wan, hatta sekelumit pun. Tak sama bila aku dengan... Eimran!

Dengan Eimran, tatapan ringkas dan bahasa tubuhnya saja dah cukup untuk buat degupan jantungku lari ritma dan macam nak melompat keluar.

Aku pandang Wan. Aku cuba zahirkan rasa sebenar isi hati melalui pandangan mataku. Kalau Wan tak nak percaya apa yang terlahir daripada lidah aku. Aku harap dia faham dan percaya akan apa yang terzahir melalui kaca mata aku. Aku nak dia faham mata aku tak pernah terpancar kasih buatnya. Mata tak pernah menipu bukan?

One Sweet Mistake [TERBIT]Where stories live. Discover now