"Mana kau punya masker ni Leen. Tak jumpa pun. Kau letak dekat mana?"Aku yang tengah kemas dan siapkan katil terus mengeluh. Eton nilah, kalau suruh cari barang mesti payah nak jumpa. Nak kena aku bebel panjang dulu baru nak jumpa.
"Adalah. Cuba kau belek-belek atas rak dekat sinki tu." Dah entah kali ke berapa aku ulang benda sama. Entah apa yang dibelek Eton dalam tandas aku pun tak tahulah. Dari tadi lagi tak jumpa masker yang aku suruh ambil.
"Mana? Asal aku tak nampak pun?"
"Ada. Aku letak belakang cleanser aje. Dalam bekas warna kelabu. Cuba kau cari dengan mata bukan dengan kepala lutut." Rungutku lantang.
"Oh. Okey jumpa."
Kan ada cakap. Ada saja kat situ. Cuma si Eton tu kadang-kadang buta dia mengalahkan orang yang memang buta dari lahir. Cari barang guna kepala lutut. Aku geleng kepala dan sambung kemas katil.
Malam ni Eton datang bermalam rumah aku. Memandangkan esok cuti umum. Jadi kami pun rancanglah nak adakan sleepover. Sekali sekala, aku dengan Eton selalu juga buat aktiviti malam macam ni. Kalau bukan rumah aku. Rumah Eton. Berborak kosong. Sebab bila dah dewasa, masing-masing dah ada kerjaya. Memang tak banyak masa pun kami nak luang masa bersama. Whatsapp pun, terkadang dua hari baru sempat nak balas kalau dah sibuk sangat. Berbeza dengan waktu kami di universiti dulu. Jadi bila ada peluang, aku atau Eton akan ambil masa macam ni. Nak bergosip. Nak membawang.
Beberapa minit kemudian, Eton keluar dengan sebuah mangkuk masker yang sudah dibancuh. Dia panjat katil dan duduk sebelah aku sambil kacau masker dalam bekas. Eton letak masker atas tilam lalu dia tarik kepala aku supaya baring atas pahanya. Salah satu aktiviti yang selalu kami buat adalah memanjakan wajah masing-masing. Sebab bila dah sibuk, kadang tak sempat nak jaga muka elok-elok. Itu yang terkadang jerawat naik macam cendawan.
Headband yang tadinya tergantung di leher aku, Eton tarik naik ke atas melepasi dahi supaya rambut aku tak terkena masker nanti.
"Lately ni aku stres betullah Ton. Tengoklah sampai berketul-ketul naik jerawat." Aku tunjuk tiga ketul jerawat yang sesuka hati menjajah kawasan pipi dan dahi aku tanpa permit. Nak kena saman ni.
"Aku rasa jerawat kau ni bukan sebab tengah stres."
"Dah tu sebab apa?"
"Aku rasa sebab kau tengah sakan bercinta. Mummy aku cakap kalau orang tengah hangat bercinta pun boleh naik jerawat. Sebab hormon dia tengah menggedik-gedik." Di hujung ayatnya, Eton gelak halus.
Eton dan teori peliknya berpisah tiada. Semua teori pelik Eton ni, dia belajar daripada mana pun aku tak pasti. Aku tak rasa mummy dia yang ajar.
"Pandai-pandai kau je buat teori sebab bercinta. Aku nak bercinta dengan siapa?"
"Eleh buat-buat tanya."
YOU ARE READING
One Sweet Mistake [TERBIT]
RomanceDalam hidup Nur Aileen, masalah dia cuma satu. Aunty Nora. Mak cik kesayangannya itu tak henti-henti aturkan blind date buatnya. Untuk mengelak, Aileen minta Eton yang pandai melukis untuk wujudkan seorang 'boyfriend jadian' untuknya. Tapi tanpa Ail...