crush

205 8 0
                                        

“Pin, Pin, Pin!”

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


“Pin, Pin, Pin!”

Tiba-tiba lengannya ditepuk Kimi berkali-kali. Ipin berdecit apabila rehatnya terganggu. “Ap...”

“Fifi! Fifi! Fifi datang kelas,” bisik Kimi.

Tanpa berlengah, dia terus tegakkan badan dan menghalakan pandangan pada pintu dewan kuliah itu. Ternyata Kimi tak bergurau. Memang gadis itu ada di hadapan melihat ruangan kosong untuk diduduki.

“Babe! Fifi! Sini! Sini!” Suara Mira kedengaran sampai melambai.

“Hey, Fifi! Long time no see.”

“Hah, barulah hidung aku ni cukup vitamin, Fi. Kalau kau tak ada, bau perfume kau pun tak ada, dah macam tak cukup rasa.”

“We stand with you, Fifilicious!”

Beberapa orang rakan sekuliah bersuara.

“Fifi! Ipin rindu!!” Tiba-tiba salah seorang mangkuk hayun dalam geng Lelaki Terlajak Laris itu juga bersuara.

Baru saja Ipin nak menjamu mata menghilangkan rindu, terus terganggu dek kata- kata si Azim itu yang disambut tawa rakan- rakan yang lain.

“Ei, mangkuk hayun betul la dia ni!” marah Ipin sambil melayangkan penampar ke belakang badan Azim.

“Aduh!! Sakitlah! Bagitau mak aku!”

Kelas bingit lagi dengan ketawa.

Fifi tersipu-sipu dan terus ambil tempat sebaris dengan Mira dan Maya. Geng Powerpuff Girls berpelukan meraikan kemunculan ketua kumpulan mereka.

Ipin tersenyum. Lega. Lapang. Itu yang hatinya sedang rasa sebaik saja melihat gadis itu muncul setelah beberapa hari berdiam diri dan tak menghubunginya.

Tiba-tiba, si cantik itu menoleh ke arahnya dan menghadiahkan senyum manis. Ipin jadi terpaku sejenak sebelum turut senyum dan mengangkat dua keningnya.

Alhamdulillah. Kau dah sedia hadapi kehidupan...

 Kau dah sedia hadapi kehidupan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


014-287 3536

The Untold Stories (Vol 2)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang