Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
“You kuat outdoor sport, ya abang? Main apa?” soal Ray sambil memulakan rawatan.
“Ya. Bola, volleyball, rugby.”
“Uuu... No wonder badan you macam ni. Solid.”
Ipin berdeham tak selesa.
Fifi pula ketawa kerana dapat mengagak lelaki itu janggal dipuji oleh seorang lelaki berkenaan fizikalnya.
“Ini scar dekat dagu you ni pun dapat masa bersukan ke?” tanya Ray lagi sambil mengusap parut di wajah Ipin.
Ipin terus angkat kepalanya dan memegang tangan Ray daripada terus berbuat demikian. “Err... jang... jangan buat macam tu boleh tak? Tak selesa.”
“Oh, sorry, sorry!”
Ipin jeling Fifi yang hanya tersengih nakal.
Hampeh betul budak ni! Dia boleh gelakkan aku pula! Tak tahu tak aku sikit lagi nak tumbuk dah muka ikan pari ni! Meraba-raba pula dia!
“Bersukan tu memang bagus untuk kesihatan. Dalam masa yang sama, abang kena jaga kulit muka juga tau. Pakai sunscreen tak?”
Ipin mengeluh dan menggeleng kepala jujur.
“Lah, kena pakailah. You berjemur bawah matahari, kena protect kulit you. Pakai cleanser apa?”
“Hah?”
“Cleanser. Pencuci muka. You jangan cakap tak pakai, abang!”
Ipin selamba geleng lagi.
“Heyyy... Cannot like that, darling.”
“Nok, macam mana you jaga jantan you ni? Ya ampun! Kenapa tak paksa dia pakai cleanser?” ujar Ray pada Fifi kali ini. Lebih terserlah kelembutannya kali ini dengan suara kepit buat Ipin nak bangun keluar kali kedua.
Fifi gelak kecil. “Don’t worry, nok! Lepas ni I jaga jantan I ni baik-baik. Hari ni you repair muka dia elok-elok, okey? Tapi janganlah mesra sangat sentuh tu, nyah. I’m jealous!”
Ipin palingkan wajah ke kanan sedikit untuk mengintai si gadis yang sedang mengenakan jaketnya itu.
Eh, eh, eh, budak ni! Bila masa aku jadi jantan kau pula?
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.