botak!

217 8 1
                                        

“Nama I Intan Afina

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

“Nama I Intan Afina. Panggil I Fifi.” Tanpa berlengah, dia kenalkan diri dan menghulurkan salam.

Lelaki itu memandang tangan yang terhulur. “Nama aku Muhammad Ariffin. Dan aku tak salam dengan perempuan.”

Jawapan si Ariffin itu buat Fifi malu sendiri. Dia tarik tangannya dan terus mencuit telinga yang bertindik sehingga tiga lubang. Dia berdeham perlahan.

“Okey, Arif. Let me...” Fifi lihat lelaki itu seperti mahu membuka mulut, lalu dia berhenti sejenak. “Anything?”

“Err, tak apa. Proceed, proceed. Apa yang kau nak cakap?”

“Sure? Kalau you ada apa-apa nak cakap, silalah,” balas Fifi.

Lelaki itu garu kepalanya sejenak. “Kawan-kawan panggil aku Ipin. Jarang panggil Arif. Aku nak cakap tu je.”

Fifi kerut kening. “Ipin? Why? You tak botak pun?”

Ternyata soalan polos Fifi itu dianggap lucu oleh lelaki bernama Ipin itu dan menyebabkan si dia ketawa. “Orang botak je ke boleh ambil nama Ipin tu?”

Fifi tersengih segan. Ya tak ya juga. Dah jadi trademark pula botak dan Ipin.

“I think I prefer to call you Arif. Bila I sebut Ipin, I bayangkan kepala yang shining.”

Contact 014-287 3536 to order

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Contact 014-287 3536 to order

The Untold Stories (Vol 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang