bedak tepuk-tepuk

290 9 3
                                        

“OKEY, BOH! Smart jetak Ipin hari ni,” puji Kimi dalam loghat Kelantan usai menggayakan rambut sahabatnya itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

“OKEY, BOH! Smart jetak Ipin hari ni,” puji Kimi dalam loghat Kelantan usai menggayakan rambut sahabatnya itu.

“Macam terlebih poyo kau kerjakan ni, Kimi! Aku ni jadi pak pacak je. Bukannya aku yang masuk dalam frame tau!”

Kimi geleng kepala. “Walaupun kau jadi tiang je, tetap kena memberikan impak. Kau kan jadi tiang kepada Fifilicious!”

Fiq dan Azim ketawa.

“Dengar sangatlah cakap budak ni, Pin!” sampuk Fiq.

“Tulah. Nasib baik aku tak ikut cakap dia pakai bedak tepuk-tepuk tu. Memang jadi kelabu alamatnya,” balas Ipin. Mereka semua ketawa berdekah.

Semenjak Ipin memaklumkan pada teman- temannya itu yang dia perlu menemani Fifi ke penggambaran baju raya, Kimi yang paling teruja. Ada ke patut dia cadangkan Ipin pakai bedak kompak!

Yang lagi ajaib, bendalah tu ada dalam simpanan Kimi. Katanya, bedak kompak itu hadiah daripada salah seorang skandalnya. Sudahlah ton warna bedak itu sesuai dengan Kimi yang memang berkulit cerah.

“Fiq, serius ke kau nak bagi aku pinjam kereta free? Kalau kau nak sewakan, aku okey je.”

“Kang aku letak sewa, kau makan mi segera seminggu. Lepas tu suruh aku belanja. Lebih baik tak payah,” jawab Fiq.

Sekali lagi empat sekawan itu ketawa.

“Dahlah tu. Handsome sangat dah tu. Aku bimbang kang, bukan Fifi je yang terpikat. Awek model lain pula jatuh hati dekat Ipin,” usik Azim.

“Ei, anjay! Agak-agaklah nak bahan aku pun!” Dia angkat beg kecilnya dan sangkut ke bahu.

“Yang aku lagi tak faham, kau orang berkumpul dekat sini macam nak hantar aku pergi perang ni dah kenapa?”

“Yang aku lagi tak faham, kau orang berkumpul dekat sini macam nak hantar aku pergi perang ni dah kenapa?”

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Jom! Jom!

Selepas 28Feb, harga tak sama. Dan ada kemungkinan juga yong tutup jualan ebook ni. Jadi jangan tunggu lama-lama 😉

The Untold Stories (Vol 2)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang