Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
TELEFON BIMBIT terlepas daripada tangan, dan lutut Fifi terasa lemah, lantas dia terus terjelepok di atas lantai. Pandangan berbalam- balam. Telinga menangkap bunyi yang sangat nyaring, yang entah wujud, entahkan tidak. Dia pegang kepala. Pening. Loya. Tubuh terketar- ketar. Dada terasa sesak.
“Ya Allah...” Nama Allah bukanlah sesuatu yang sering meniti bibirnya dulu. Tetapi sejak dia jinakkan diri dengan suruhan solat dan dekatkan diri dengan agama, hari ini bibir itu menyebut nama agung itu di kala dia sedang dalam keadaan tertekan ini.
Air mata gugur tanpa dia pinta. “Ya Allah...” Sekali lagi nama penciptanya yang Maha Kuasa itu disebut.
Dia baru selesai solat asar apabila telefonnya berbunyi dek mesej yang masuk bertalu-talu di media sosialnya. Fifi kerut kening kehairanan dan membuka salah satunya.
-Have you read this?
Satu pautan ke laman X dihantar kepadanya. Tidak tahu mengapa, hati Fifi berdebar- debar. Lalu dia tekan pautan itu dan membuka akaun X yang dimiliki oleh Fifish4ter.
Jelas, akaun itu baru dicipta kerana hanya ada satu hantaran.
'If I ada teh untuk ditumpahkan berkenaan seorang influencer yang sambut birthday hari ni. Ada yang berminat? Trust me, my tea is really hot!😏'
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.