Boyfriend tipu-tipu

239 6 0
                                        

“I jumpa Ryan siang tadi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

“I jumpa Ryan siang tadi. Dia masih bimbangkan I. Dia masih nak berhubung dengan I. And I yakin deep inside, perasaan dia pada I masih sama. It just... just tenggelam for a bit.”

“Okey. Apa kata kau jumpa dia dan lempang muka dia kuat-kuat supaya perasaan tu timbul balik. Yang kau cari aku buat apa?”

Fifi mengeluh panjang. Aduh, geram juga bercakap dengan mamat ni!

“I ada better idea untuk buat Ryan sedar yang dia tengah buat kesilapan.”

Ipin jongketkan kening.

“I perlu buat dia cemburu.”

Ipin makin keliru.

“The best candidate untuk buat Ryan cemburu, is you. Wani’s ex,” sambung Fifi lagi.

Ipin yang tadi mendengar khusyuk terus terasa ada pasir di tekak, lalu dia terbatuk-batuk dek tersedak.

“Eh, you okey tak ni? Arif!”

Tanpa memandang kiri kanan, dia terus capai bekas air plastik yang ada di atas meja dan menghirup air itu melalui straw dengan rakus.

Fifi terkebil-kebil memandang.
Heh? Dia rembat air I? Selamba je minum guna straw I!

Beberapa ketika, barulah Ipin kelihatan lebih bertenang.

“Are you okay?” soal Fifi.

“Kau nak bunuh aku ke apa, Afina? Apa benda yang kau mengarut, siyak?” marah Ipin sambil menumbuk perlahan dadanya.

Fifi ketap bibir. “I tak mengarut. I serius. I nak ajak you jadi boyfriend tipu-tipu I untuk buat Ryan dan Wani cemburu. Kalau dalam masa dua bulan, kita tak berjaya, then the deal is off. I takkan ganggu you lagi.”

Contact 014-288 3536 to order ✌️

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Contact 014-288 3536 to order ✌️

The Untold Stories (Vol 2)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang