Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
“Eh, jap! Dia ke yang akan make up kau?” soal Ipin pada Fifi.
Fifi memandang ke arah MUA yang sedang menyediakan barang-barangnya. Kemudian memandang Ipin semula. “Ya la kut. Tu kan Abang Azfa.”
Abang Azfa memang seorang make up artist terkenal di industri mereka. Sentuhannya seperti magis. Tak pernah gagal mencantikkan wajah yang disolek.
“Seriuslah? Mana boleh!” Kuat suara Ipin tiba-tiba.
Fifi tersentak. Beberapa orang berdekatan mereka juga.
“Apa masalah you ni?” marah Fifi dengan suara berbisik. Malu dibuatnya apabila tak ada angin, tak ada ribut, Ipin tiba-tiba memekik. Sudahlah tadi hampir-hampir buat drama dengan Ryan.
“Kenapa lelaki yang make up? Tak ada perempuan ke? Nanti dia sentuh-sentuh muka kau,” balas Ipin.
“Apa hal pula ni, Fifi? Kita dah lambat ni,” tegur salah seorang kru. Wanita yang agak ranggi pemakaiannya.
“Eh, tak ada apa, Kak Lala. okey je,” balas Fifi.
“Jap, kak. Tak ada perempuan ke nak make up dia?” soal Ipin.
Kak Lala mengeluh sebal. “Tak ada. Jenuhlah kalau nak ambil MUA lain-lain untuk lelaki dan perempuan, dik. Kau jangan risaulah. Azfa tu hari-hari make up orang. Tak adanya dia naik sheikh setakat pegang-pegang muka si Fifi ni.”
Ipin ketap rahang geram. “Soalnya bukan naik sheikh, tak naik sheikh. Yang kau orang nak promote ni, baju raya. Sambutan aidil fitri, selepas kita puasa melawan nafsu sebulan. Tapi cara tak ikut apa yang sepatutnya kita lawan. Lelaki, dan perempuan dah sah-sah tak boleh sentuh-sentuh, kak. Dah ada model perempuan, carilah tukang make up perempuan. Aurat dia dengan bro tu macam mana?”
“Aduh, Fi! Apa benda ni? Selama ni tak pernah jadi hal pun. Ustaz mana pula ni?” ujar Kak Lala.
“Jap, jap, Kak Lala. Bagi I slow talk kejap.”
“Orang lain siap dulu! Tu, yang dengan Ryan tu. Siapa nama kau?” kata Kak Lala pada Wani.
Wani terus berdiri. “Wani, kak.”
“Hah, Wani! Pergi make up! Kau jangan cakap haram juga eh!” Wani terus terkedek-kedek duduk di kerusi yang dah tersedia.
Ipin cekak pinggang. “You! Apa ni?” ujar Fifi dengan nada berbisik.
“Apa ni, apa? Benda ni tak betul. Dia bernafsu, dia tak bernafsu ke, itu bukan soalnya. Memang tak boleh. Haram.” Balas Ipin dengan nada yang sama.
Fifi berdecit geram dan melepaskan keluhan. “I tengah kerja ni, you! Abang Azfa tu memang MUA terkenal. Bersepah perempuan make up dengan dia. Tak ada isu pun. Please, la. Jangan buat scene dekat sini.”
“Aik? Aku pula buat scene? Aku tegur benda yang tak betul. Kau suruh aku datang sini buat apa? Untuk jadi boyfriend kau, kan? Aku tengah buat kerja boyfriend. Aku tak suka, dan aku tak rela, lelaki lain pegang kulit dan ulit-ulit muka girlfriend aku! Faham?”
💙🩷💙🩷💙🩷
Mr B ni kadang-kadang, garang. Kadang-kadang kelako.
Tapi yang selalu, ialah selalu ada untuk Fifi. Cia cia cia....