Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
FIFI DUDUK dalam keadaan bersila sambil menggigit epalnya. Mesej yang baru dia terima daripada Arif, si boyfriend olok-olok itu dia buka. Kata lelaki itu, dia ada beberapa terma dan syarat yang Fifi harus patuhi sepanjang mereka bekerjasama. Fifi sengih sinis. Poyonya!
1. No touching. Aku tak boleh pegang kau, dan kau tak boleh pegang aku.
“Eiyeww! Dia ingat I nak sangat ke pegang dia?” kata Fifi. Dia gigit lagi epal merah di tangan. Dia balas mesej itu dengan memberi emoji ✅.
2. Setiap kali kau keluar dengan aku, kau kena pakai pakaian yang menutup aurat.
Buntang mata Fifi kali ini. Hell, no! Epal diletakkan di atas riba dan tangannya laju menaip balasan untuk mesej itu. No deal. I tak setuju dengan syarat ni. Kenapa pula you nak dictate my attire? Duhh! 🙄 -Fifi- 3. Jangan panggil aku baby!!! Aku geli-geleman! Kalau nak acah-acah mesra, boleh panggil aku abang. Baby, no!!! 🙅🙅️🙅️
“Abang?? Oh my God! Dia ni hidup zaman bila? Memang taklah!”
Are you, from the Paleolithic era? Abang? No way! I tak nak. Kalau you geli-geleman I address you as baby, I lagi meremang bulu roma nak address you abang. So old school! -Fifi-
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.