Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
“I ingat you sakit. Tak contact I pun,” ujarnya perlahan.
“Kau pun tak contact aku,” balas Ipin.
Jeda antara mereka yang melangkah.
“Ada apa nak jumpa I?” soal Fifi apabila sepi antara mereka untuk beberapa ketika.
“Aik? Tak boleh jumpa ke? Mentang- mentang kontrak dah tamat.”
Fifi berdecit sebal.
“Ish, you ni!” rungut Fifi sambil menghentikan langkah.
Ipin turut berhenti dan palingkan tubuh menghadap Fifi. Dia lepaskan nafas panjang. “Aku rindu kau, Afina.”
Fifi terkebil-kebil. Terkejut mendengar pengakuan si Beast bermulut lancang itu. Dia ambil keputusan untuk berdeham perlahan menghilangkan rasa gugup. “Ha ha ha. okey, kelakar jugalah. Thanks for making me laugh,” balasnya dengan nada gugup tanpa memandang wajah lelaki itu.
Tiada balasan daripada Ipin.
Lalu Fifi panggung wajah dan melihat sepasang mata Ipin sedang memandangnya tak berkelip. Hatinya makin berdebar melihat renungan itu, lalu Fifi menunduk semula.
“Aku tak buat kelakar. Aku memang rindu kau.”
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Selepas 28hb, yong tutup order ebook Beauty and The Best ya sehingga satu masa yang akan datang...