Bab 2 -Arwa Naura

39 7 3
                                        

LAPAR! Kami berempat baru selesai solat zuhur di surau sekolah. Kami kena stay up di sekolah sampai pukul 4.00 petang di sekolah hari ini. Ada perjumpaan dengan rumah sukan masing-masing hari ni. Penatnya!

Aku sama rumah sukan dengan Hannah iaitu Biru. Manakala Sofea dan Puteri sama rumah sukan iaitu kuning. Kami benci sukan! Okey, aku dan Sofea sahaja yang benci.

"Makan dekat meja batu tu jom!" Hannah mengajak sambil menunjuk satu meja yang masih kosong.

Langkah kaki kami terus ke sana.

Elok sahaja punggung kami dilabuhkan di kerusi, aku mula berkata.

"Kita ponteng sukan kali ni, nak?" Idea jahat tiba-tiba muncul di kepala aku. Sumpah, tak larat.

Sofea mula mengangguk laju. Dia sejenis yang boleh diajak buat benda nakal macam ni! Mesti dia paling awal setuju.

"Aku nak ponteng! Tak larat, weh!" Sofea menggeleng laju.

Hannah dan Puteri mula teragak-agak. Aduh, dua atlet ni. Susah lah nak ajak ponteng.

"Kita orang berdua ambilkan kau orang punya kehadiran lah. Boleh cover kalau ada apa-apa." Hannah mengemukakan ideanya.

"Aku pun boleh ambil kehadiran untuk Sofea nanti." Puteri terangguk-angguk sendiri.

Aku dan Sofea langsung setuju!

"Tapi kan Sofea, kita nak menyorok kat mana?"

Sudahlah kena berada di sekolah sampai pukul 4.00 petang. Lama tu!

"No idea. Bahaya jugak rancangan kita ni."

Stresnya! Nak pilih tempat menyorok dah satu hal. Aku meliarkan pandangan ke sekeliling. Manalah tahu dapat 'hidayah'.

Ha! Seakan-akan mentol keluar bercahaya di tepi kepala aku sekarang ni.

"Kita menyorok dekat blok C. Kat situ ada kelas kosong yang tak guna." Bercahaya mata aku sekarang ni.

Sofea mengangguk perlahan. "Cun jugak cadangan kau. Kat situ just ada meja dan kerusi tak guna. Jom, gerak." Sofea mula berdiri.

Aku juga ikut sama berdiri. "Hannah and Puteri. Apa-apa chat!" Berpusing menghadap mereka berdua dulu.

Hannah dan Puteri buat thumbs up.

"Kita orang tak sure boleh join kau orang kat sana tapi kehadiran kau orang, mesti clean!" Puteri berpesan sambil mengeluarkan telefon. Kononnya bersiap sedia untuk melaporkan apa-apa.

Aku dan Sofea mengangguk faham dan mula melangkah pergi. Misi pertama, ponteng sukan.












"NAURA, aku lapar pulak." Bisik Sofea disebelah aku.

Sekarang, kami sedang bercangkung di belakang kelas kosong dan berhabuk. Penuh dengan kerusi dan meja. Memang sudah lama dibiarkan. Aku bukan sejenis tahan dengan habuk ni.

"Lapar pulak. Tadi tak nak makan. Sombong lagi dengan ayam goreng mak cik kantin!" Aku menjulingkan biji mata ke atas dan terus duduk bersila di lantai.

Lantaklah seluar berhabuk ke apa! Aku lenguh. Sofea melakukan perkara sama.

"Bukan tak nak ayam tu. Cumanya siapa suruh dia naik kan harga ayam kesayangan aku tu? Cekik darah." Sofea membebel dalam nada perlahan.

Dia memang dah rapat dengan mak cik kantin dari awal. Nampaknya, bergaduh lah dia dengan mak cik ni.

"Dah tu, belilah keropok ke apa. Jangan memilih. Ni sekolah bukan hotel." Aku berbisik keras di tepi Sofea. Tak mahu kantoi.

PAPILLONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang