Bab 4 -Arwa Naura

32 8 4
                                        

HARI ni aku ajak mama pergi beli barang untuk esok. Cikgu mengamanahkan aku dan juga rakan sekumpulan untuk menghias kelas. Menarik, bukan? Untuk perempuan diva seperti kami, benda tu sangat kami gemari.

Berada di dalam Mr.Diy ini membuatkan aku nak borong semua benda yang ada. Semua benda menarik. Susah! Buku nota warna biru! Iman, moga kuat dan jangan tergoda. Aku bergerak ke rak lain.

Mana barang aku cari ni? Sedang aku fokus mencari barang, terdengar perbualan dari dua orang lain.

"Sayang, u nak cari barang apa?" Si lelaki menyoal.

Entah mengapa, aku lantas menyorok di sebalik rak apabila mendengarkan ini. Mungkin kerana sifat aku yang tak bergaul sangat dengan orang lain. Atau tak nak tengok penzinaan di depan mata.

"I nak u." Balas si perempuan sambil ketawa.

Okey...... Aku salah tempat ni. Adakah patut aku intai siapa pasangan tu? Mestilah patut! Aku menjenggulkan kepala sedikit demi sedikit. Apabila kepala aku terkeluar penuh dari rak, mata pasangan tersebut melekat kepada aku.

Membulat mata aku melihat apa yang ada! Afiq Najmudin dan Nadia sedang berpegangan tangan! Dosa! Mereka terus meleraikan pegangan tangan mereka apabila terlihatkan aku. Aku apa lagi? Lari!

"Mama!" Aku mendekati mama yang sibuk membelek periuk. Sempat lagi tu!

"Kenapa anak mama?" Mama menyoal sambil mata sibuk melihat kepada periuk. Periuk lagi penting dari anak agaknya.

"Jomlah balik. Tak ada apa dah." Aku menarik tangan mama secara paksa.

Perhatian mama mula dialihkan untuk aku. Dia melihat barang yang aku pegang. "Cukup ke barang tu?" Mama meminta kepastian.

Mahu kepala aku tercabut akibat mengangguk terlalu laju. Ya, tahu. Hiperbola melampau. Kisah pulak aku.

"Jom beratur kat kaunter." Kami cepat-cepat menyelesaikan pembayaran. Nak pergi dari tempat yang dah kotor dengan penzinaan!

Ketika di dalam kereta, lagu W.H.U.T dari Aisha Retno berputar di ruang udara. Mama fokus kepada pemanduan manakala aku terus membuka telefon.

Masa untuk jadi reporter!

[🐊 ayang takde 🐊]

GUYSSSS -you

yes honey? -sofeayang 😝

bakpo mu -puteri gunung ledang 😝

KENAPAA -hannahughty 😝

aku baru balik dari mr.diy -you

okay pastu -sofeayang 😝

AKU NAMPAK EX PUTERI DENGAN NADIA. -you

bab- punya jantan. dia kata nak putus sebab fokus study -puteri gunung ledang 😝

JANTAN BEBAL SIOT MEMANG AKU SUNAT KO BANG -hannahughty 😝

pegang tangan together.... -you

THAT SHOULD BE ME, HOLDING YOUR HANDS -puteri gunung ledang 😝

that should be puteri giving you gifts -sofeayang 😝

JOM SERANG DIA ESOK KAT SEKOLAH. -hannahughty 😝

PAPILLONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang