Bab 3 -Arwa Naura

42 8 6
                                        

AKU. Benci. Koko.

Hari Rabu, normal buat kami ada perjumpaan koko. Dan aku paling tak suka. Aku tak ada kawan di perjumpaan ini. Unit dan Persatuan. Aku selalu berseorangan. Nak aku cakap dengan tiang gamaknya.

Aku punya Unit dan Persatuan adalah Kadet Bomba. Ya, memang tak sesuai dengan aku yang lembik.

Sedang aku membebel seorang diri di dalam hati, elok aje kawan-kawan aku berbual.

"Puteri, okey tak?" Suara Hannah memujuk sambil memaut bahu Puteri.

"Kau jangan sedih." Sofea pula menyambung kerja memujuk ini.

"Kita orang kan ada." Hannah mula mengeluarkan ayat manis dan memujuk.

Ha, sudah. Aku tertinggal bas. Borak apakah? Aku melabuhkan punggung di tempat duduk sebelah Sofea. Melihat mereka bersilih ganti.

Apabila mata aku bertaut dengan Sofea, aku menghayunkan dagu ke depan. Malas mahu keluarkan suara.

"Dia dah broke up." Sofea berbisik di sebelah telinga aku.

Mahu aje aku menjerit dan bertanya kenapa putus? Apa dah jadi? Tapi macam salah timing aje. Kita orang teruskan sesi memujuk sehingga tangisan Puteri reda.

"Feeling better?" Soalku sambil menghulurkan air tin kepada Puteri. Dia menyambut lemah.

Kasihan kawan cantik aku seorang ni. Dah cantik pun kena tinggal.

"Puteri, aku rasa kau kena balas dendam kat mamat tak guna ni." Hannah menggempal penumbuk di tangannya. Gaya memang dah bersedia menumbuk muka orang. Risau aku yang melihat ni.

"Apa nama penuh dia? Nak santau." Sofea menyimbah minyak panas ke api.

"Aku akan buat semua classmate kita benci dia!" Sudah seperti sumpahan yang Hannah katakan.

Tergeleng aku dibuatnya.

"Tak boleh macam tu! Balas dendam yang terbaik adalah memaafkan dan melepaskan. Bila kau balas dendam, itu akan menunjukkan kau lemah." Aku menarik nafas panjang sebelum menyambung.

"Lemah dengan perasaan kau sendiri dan melepaskannya untuk orang yang tak guna." Seusai menghabiskan ayat, Puteri memelukku erat. Aku hanya menyambutnya.

Sofea dan Hannah juga telah ikut sesi memeluk kami ini. Home. Their my second home.

"Eh, kita dah lambat nak perjumpaan koko. Jomlah!"

Tersedar yang kami lambat, masing-masing lari bersiap untuk perjumpaan.













TAK ada kawan. Jadi, aku hanya diam seperti patung. Sangat kontra dengan perangai sebenar aku. Tetapi aku sangat bernasib baik apabila dapat lepas daripada menyertai kawad kaki sekolah. Aku tak nak sunburn.

Jadi, apabila aku tidak menyertai kawad kaki. Aku hanya duduk dan melihat mereka yang lain berlatih. AKU. SUKA. TEMPAT. NI. Pandai betul akak yang memilih tempat untuk berlatih ni.

Ada Afwan Nabhan. Ya, anak-anak. Unit dan Persatuan Abang hot aku tu dekat aje dengan tempat unit dan persatuan aku berlatih. Dapatlah aku cuci mata cukup-cukup.

Sedang enak aku merenung si dia, dia membalas tatapan aku. Makanya, sepantas kilat, aku menundukkan pandangan. Malu!












AFWAN NABHAN

Hari ni aku tengok dia seorang diri di Perjumpaan Unit dan Persatuan. Pasti dia tak terlibat dengan kawad kaki.

PAPILLONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang