SUDAH seminggu aku tidak datang sekolah kerana demam. Boleh dikatakan aku berasa sedikit bersyukur kerana dikurniakan demam panas. Bukan sebab apa, tapi sebab ini aje caranya untuk lari dari Abang hot.
Selepas kejadian aku meluah perasaan tu, kami tak pernah berjumpa atau bercakap. Nak contact melalui telefon? Nombor masing-masing pun tak ada! Baru aku sedar yang kami ni tak cukup rapat lagi.
Tapi kenapa aku selesa dengan dia?
Aku mengeluh untuk kesekian kalinya. Ting! Bunyi notifikasi dari telefon aku tengok. Bawang time!
[ 🐊 ayang takde 🐊]
NAURAAA RINDU KAU 😭 -hannahughty 😝
kau tak sihat lagi ke weh? kitorang cam orang gila duk panggil naura kat sekola -puteri gunung ledang 😝
GET WELL SOON NAURA! JANGAN LUPA REST CUKUP CUKUP. jaga diri tu. makan jangan lupa. ubat makan on time. mandi pun jangan malas jugak kalau tak aku mandi kan. badan panas lagi ke? pergi hosp kalau teruk sangat -sofeayang 😝
aku fikir sofea buat karangan la tadi type lama lama -puteri gunung ledang 😝
ni rindu cikgu bm la ni nak buat ulasan pulak dalam chat -hannahughty 😝
ULASAN MENJELASKAN RASA SAYANG PADA NAURA -sofeayang 😝
AWWW COMEL JE SEMUA APA NI NAK HUG 😿 -you
aku demam lagi do, next week sekolah dah kot -youYEAYY DAPAT JUMPA NAURAAA -puteri gunung ledang 😝
abang hot kau tiap hari tanya pasal kau -hannahughty 😝
serius ah? -you
IYEE NAURAAAAA. TIAP HARI TANYA MANA NAURA? NAURA APA CERITA? -sofeayang 😝
lepas dari confess tu, dia tak cakap apa pun. aku assume dia tak selesa dah la kot -you
BUT- LA TAK SELESAA DAH KALAU TIAP HARI NAMA NAURA JUGAK YANG DIA CARI -sofeayang 😝
iye doo.. aku rasa abang hot kau tu suka kau -puteri gunung ledang 😝
tak ready la nak jumpa diaa -you
cubalah dulu. kau bincang apa patut -hannahughty 😝
dia ada mintak number kau tadi -sofeayang 😝
THEN KAU KASI KE? -you
kitorang nasib tak ingat number kau je tau. kalau tak dah lama bagi -puteri gunung ledang 😝
ALHAMDULILLAH -you
Aku menarik nafas lega dan mula mengatur langkah ke tingkat bawah rumah. Nak cari makanan lah. Mama meninggalkan aku seorang diri di rumah atas urusan kerja. Order Foodpanda pun bagus ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
PAPILLON
Romance"Auch! Perut aku sakit!" -Arwa Naura "Kenapa pulak dah? Dah kata jangan makan sambal belacan tu banyak sangat!" -Afwan Nabhan "Apa pulak salahkan sambal belacan? Salahkan rama-rama dalam perut ni lah. Terbang semacam bila ada kau." -Arwa Naura Gaduh...