WHAT a good day to start! Aku terbangun lambat untuk ke sekolah. Bagus sangat! Aku mengeluh berat. Barisan panjang daripada budak-budak datang lambat, aku tengok malas-malas.
Rosak rekod aku! Tak pernah aku datang lambat ke sekolah dan sekarang, aku dah terlambat dah pun. Akulah orang yang terakhir di barisan ini- Oh, kejap.
Seorang budak lelaki yang jauh lebih tinggi dari aku, berlari tergopoh-gapah di belakang aku, mengambil tempat dalam barisan budak datang lambat. Helmet yang masih terpasang di kepala, baru dibuka apabila dia sudah berdiri tegak di belakang aku.
Aku, hanya khusyuk tenung dia. Terdongak kepala aku merenung si dia. Helmet dibuka dan dia peluk helmet tersebut di ketiaknya, kontak mata antara kami, automatik berlaku. Rambutnya, disisir menggunakan tangan sendiri.
Ya Allah! Handsome gila dia ni! Bola mataku membesar dengan sendirinya apabila melihat dia. Jantung aku bagai nak terkeluar. Dia... terlalu sempurna. Rambut dia tu! Lurus dan tidak berjel tapi masih kemas. Mama, Naura dah jatuh cinta.
MAMA! NAURA DAH JATUH CINTAAAA.
Aku nampak si lelaki berdehem. "Dik, akak pengawas tu dah nak tulis nama." Dia menegurku.
Lantas, kepala aku yang hanya sibuk memikirkan tentang dia lenyap begitu sahaja. Aku tertunduk malu. Aku berlalu kepada akak pengawas yang dah siap sedia bercekak pinggang. Akak ni, rilekslah! Jangan telan saya, sudah!
Aku tersengih bersalah kepada ketua pengawas ini.
"Apa nama awak? Kenapa datang lambat?" Tu diaa! Sesi soal jawab.
Kalau aku jawab yang aku sakit perut dan terberak-berak, selamat tak? Haish, malulah aku nanti abang hot belakang ni dengar! Tipu ajelah.
"Saya bangun lambat." Penipuan pertama.
"Nama saya Naura." Ini kebenaran.
Akak pengawas itu memandang aku atas bawah dengan pandangan boleh-percaya-ke-kau-ni. Geramnya lah! Cepat sikit boleh tak, kak? Saya dah lambat!
"Berdiri kat sana dulu. Ada denda untuk yang datang lambat."
Malang, Naura, malang. Aku bergerak ke tepi sedikit, di mana akak pengawas itu suruh aku berdiri. Aku masih melihat ke arah akak tu. Dia bersoal jawab dengan abang hot tu pula!
"Kau datang lambat kenapa lagi, Afwan Nabhan?" Akak pengawas itu mencerlung kepada abang itu.
Nama penuh pun akak tu tahu, semestinya budak ni budak tetap datang lambat.
"Bangun lambat." Eh? Jawapan kita samalah, abang hot!
"Kau copy jawapan budak tu? Selalunya alasan pelik-pelik kau bagi. Kucing nak terberanak lah. Pagar rumah tercabut lah. First time guna alasan kilse." Akak tu mula membebel. Kembang kempis hidungnya memarahi abang hot.
Akak, kurangkan bercakap dengan dia! Saya cemburu.
"Memang betul bangun lambat." Abang tu nampak malas nak bercakap.
"Duduk satu rumah ke bangun lambat sama-sama?" Sindir akak pengawas tu. Fitnah!!
"Haah. Satu rumah. Satu bilik. Satu katil. Satu bantal. Satu selimut. Ada masalah?" Abang itu sudah tersenyum senget ke arahku.
Aku menggigit isi pipi. Jangan senyum. Jangan senyum. Salah timing kalau nak senyum! Malulah kita! Abang ni buat kelakar di luar alam. Sumpah rasa nak terbang aje!
"Banyaklah kau orang. Sekarang, budak yang datang lambat, lari padang lima kali." Akak pengawas itu sudah menjerit. Apa lagi? Semua budak terus memulakan larian.
Aku pakai kain sekolah, woi! Nasib malang.
"KAU nak tahu tak, weh?" Mukadimah permulaan bagi membawang! Sofea sudah menepuk tangan teruja.
Wah, ada teh mahu ditumpahkan.
Aku, Puteri dan Hannah mendekati Sofea. Nasib baik guru sudah keluar. Sekarang sudah masa untuk murid tingkatan satu hingga tiga untuk rehat. Sebagai senior di lower form, kami selalu keluar lambat.
"Ada dua beradik dekat sekolah kita ni. Seorang ni form five, seorang lagi form four. Dua-dua ni hot stuff kat sekolah ni." Sofea mula menceritakan.
"Apa nama budaknya?" Aku menyoal si Sofea. Tumpahkan teh, tapi nama tak ada! Poodaaah!
"Aku tahu nama abang dia aje. Afiq Najmudin." Balas Sofea sambil kening yang dikerutkan. Sedaya upaya untuk mengingatkan nama budaknya.
"Kenapa dengan dua beradik hot ni?" Hannah menyampuk. Dia kalau bercakap tentang orang kacak, memang laju.
"Nadia. Batchmatch kita. Bergaduh dengan awek Afiq ni. Dia nak kan si abang tu. Tapi abang tu..." Sofea menggantungkan ayatnya dan melakukan kontak mata dengan Puteri.
"Dah taken dengan aku." Tersipu-sipu Puteri berkata.
Aku dan Hannah sudah terlopong! Sejak bila?
"Wait... WHAT?" Mahu terkeluar anak tekak Hannah menjerit. Dia menggoncangkan bahu Puteri. Bergegar kepala otak Puteri! Haha.
"Baru lagi. Semalam." Puteri menggumpal hujung lengan baju kurungnya. Mata aku sudah terjuling ke atas!
"Orang angau!" Aku kutuk depan-depan. Tak mainlah belakang-belakang.
"Aku pun ada teh nak ditumpahkan." Kataku sekaligus menarik perhatian semua mata ke arahku.
"Pagi tadi kan aku datang lambat. Lepas tu!" Suara aku naik seoktaf apabila seseorang melintas.
Siapa lagi kalau bukan.... ABANG HOT!
Apabila mata aku terarah kepada satu tempat, yang lain juga turut pandang ke arah yang sama.
"Itulah adik kepada Afiq Najmudin." Sofea berkata sambil memuncungkan mulutnya ke arah abang hot aku.
"Huh?" Terjerit aku dibuatnya. Akibatnya, abang hot terus pandang ke arah aku. Dia tersenyum senget lagi ke arahku. Malunya! Mesti dia ingat sesi aku tergolek depan dia sewaktu berlari di padang tadi! MALU!
Abang itupun berlalu pergi dari situ. Namun, sepanjang itu juga matanya hanya melekat pada aku! Jahat! Senyuman tu, nampak sangat senyuman mengejek.
Kawan-kawan aku sudah berpusing ke arahku.
"Apa kau nak cerita tadi?" Hannah menyoal kembali bagi aku menyambung ceritaku tadi.
"Lepas tu, aku kena denda lari satu padang. Aku terjatuh." Ya, selain jatuh di padang, aku jatuh cinta.
Ayat terakhir hanya tersimpan dalam hati.
Puteri, Hannah dan Sofea sudah ketawa terbahak-bahak. Aku tak ambil hati sedikit pun. Memang itu cara kami berkawan. Akhirnya, aku tertawa bersama mereka.
AFWAN NABHAN
Dia gelak dengan kawan-kawan dia. Pipi dia merah-merah bila mata kami bertaut. Dia comel sangat. Clumsy and I like it.
Bibirnya yang menahan senyum tiap kali kami bertemu. Comel. Comel sangat. Dia bawang pasal aku. Dan abang aku. Tapi apa yang menarik perhatian aku, dia bawang pasal aku.
Bawang. Pasal. Aku.
Setiap kali tengok dia, aku tertanya, dia okey ke? Sewaktu dia jatuh dekat padang tadi, aku risau. Risau sangat. Tapi mana boleh tunjuk aku kisah tentang dia. Aku kena ego.
Aku gelakkan dia masa tu. Pipi dia merah makin teruk. Comelnya. Tak pernah aku tengok makhluk secomel ini. Kau orang ke budak?
Kenapa comel sangat ni?

ANDA SEDANG MEMBACA
PAPILLON
Romance"Auch! Perut aku sakit!" -Arwa Naura "Kenapa pulak dah? Dah kata jangan makan sambal belacan tu banyak sangat!" -Afwan Nabhan "Apa pulak salahkan sambal belacan? Salahkan rama-rama dalam perut ni lah. Terbang semacam bila ada kau." -Arwa Naura Gaduh...