Bab 8 -Arwa Naura

30 6 4
                                        

"KALAU rasa gembira tepuk tangan." Hannah menyanyikan lagu kanak-kanak ini sambil kami berempat berjalan sekeliling sekolah.

Aku, Puteri dan Sofea menepuk tangan serentak. Seribu dalam sekali kami tak makan sewaktu rehat tahu! Kami semua malas makan. Jadi, bersiarlah kami di dalam sekolah ini. Buat macam shopping mall!

"Kalau rasa gembira beginilah caranya!" Aku menyambung nyanyian Hannah tadi.

"Kalau rasa gembira, tepuk tangan!" Puteri dan Sofea serentak menyanyi.

Aku dan Hannah menepuk tangan serentak. Tawa kami semua terburai. Apa yang terhibur sangat tak tahulah.

"Nyanyi lagu broken pulak lah." Pinta Puteri.

Memang dari tadi kami menyanyikan lagu kanak-kanak. Anak itik tokwi, seekor labah-labah cuba panjat perigi, ah banyak lagilah!

"Kalau rasa sedih lap air mata!" Sofea mula menyanyikan mengikut rentak melodi lagu tadi.

Puteri memuncung.

"Rileks, Puteri! Risau lah aku tengok. Takut kena cepuk je kita orang ni!" Hannah memaut bahu Puteri.

Senyuman Puteri mula melebar. "Nyanyi lagu Harus Aku, Sufian Suhaimi lah!" Cadang Puteri.

"Tahulah kau baru lepas putus, sendu betul lagu." Komenku tanpa segan silu.

"Seringkali ku menolak." Puteri memulakan nyanyian tanpa mempedulikan kritikan aku.

"Terjatuh hatiku, padamu yang selalu bersamaku!" Elok sahaja Hannah menyambung sambil tangan digenggamkan, gaya itulah mikrofonnya.

"Dalam suka, dalam duka!" Serentak kami berempat memyambung bersama-sama. Boleh jadi penyanyi dah masing-masing.

"Haruskah ku menjauh?" Panjang sungguh kami tarik! Nasiblah bunyinya tak adalah teruk mana.

Aku memberhentikan langkah kaki. Automatik, yang lain juga berhenti. Aku melutut untuk mengikat tali kasut yang sudah terburai. Sementara aku membetulkan tali kasut, mereka berbual kosong.

"Anak Hazirul ni!" Laungan seseorang dari arah belakang aku, mengejutkan aku. Pergerakan tangan yang sedang mengikat tali, kaku.

"Diam lah anak Zakaria." Suara Abang hot!

Aku terus mengangkat pandangan. Abang hot aku sedang berjalan ke arahku. Atau lebih tepat lagi, dia sedang berjalan ke arah orang belakang aku.

"Anak Hazirul dah besar. Hidup lagi kau. Apa cerita?" Lelaki tersebut masih berborak sambil menjerit. Bingit telinga aku.

"Anak Zakaria apa kurangnya." Abang hot berkata sambil mata kami bertaut.

Ternyata, kami seperti mempunyai satu ikatan di dalam minda, akal dan otak kami. Aku tahu, dia mesti dapat rasa benda ni juga.

Situasi ini. Keadaan ini. Segalanya, deja vu. Nama ayah dia..... Hazirul?













AFWAN NABHAN

Imbas kembali.

"Mana budak yang kau nak kacau tu?" Soalku kasar kepada kawan baik aku ni. Namanya, Sean Smith. Wajah kacukan. Tapi perangai nauzubillah!

"Nama bapak budak ni, Hairul. Kau kutuk ajelah dia. Yang awning herot tu. Dia suka aku. Euw, tak sedar diri! Dahlah comot!" Sean mengutuk budak tersebut habis-habisan.

Aku tak sampai hati buat semua ni tapi dia kawan baik aku.

"Nama dia apa?" Mataku diliarkan ke seluruh kantin.

PAPILLONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang