"ANAK Hazirul?" Nyata, dia baru tersedar.
Aku tersenyum kekok. "Hi... Anak Hairul." Sapaku semula. Dia nampak terkejut apabila aku sudah tahu tentang ni.
"Wait a minute... Kau Arwa budak comot tu kan?" Sean menyampuk perbualan kami. Ya, Sean. Dia datang di sini kerana perlawanan bola sepak. Dia pasukan lawan.
Kontak mata antara aku dan Naura terputus.
Kini, mata Naura dan Sean bertemu. Mulut Naura sedikit terbuka melihat Sean. Terlopong. Siapa aje tak gembira jumpa cinta lama, bukan?
Sean pula nampak terkejut akan perubahan Naura. Dia menelan liur beberapa kali. Terkedu lah tu. Baru kau perasan yang Naura tu cantik? Bodoh.
"Naura, jom lah kita masuk kelas." Kawan Naura, Hannah mengajak Naura pergi. Naura yang seakan baru tersedar berdehem dan terus menundukkan pandangan.
Dia nampak berkerut buat seketika dan menutup mata seketika. Pandangan terus dialihkan pada kawannya tanpa melihat aku. "Jom lah."
"Sekejap." Sean menahan Naura yang hendak pergi.
"Lepas sekolah, aku nak jumpa." Pesan Sean dan Naura kelihatan teragak-agak. Akhirnya, dia hanya angguk secara perlahan.
Cinta lama.... sudah berputik kembali?
"Bye Arwa!" Sean menjerit kecil buat pemergian Naura aku.
Naura berpaling menghadap Sean sebentar, sebelum seterusnya dia berpusing hanya menghadap aku. Kepalanya mendongak merenung mataku.
Senyuman paling manis dia berikan untuk aku. Setiap senyuman dia memang manis. "Bye anak Hazirul!" Tangan dilambaikan.
Aku ketawa kecil. Dia nak cuba cemburukan Sean ke? Dengan menggunakan aku? Cakaplah aku bodoh tapi, sekurangnya dia pilih aku untuk dipergunakan.
Aku tersenyum senget. "Bye!" Mata dijulingkan ke atas. Pura-pura bahagia.
"KAU rapat ke dengan Arwa?" Sean nampak berminat dengan Naura aku.
Tak pelik untuk orang tertarik dengan Naura. Dia lah definisi sempurna. Dia lah cinta aku.
"Boleh lah rapat." Acuh tak acuh aku membalas.
Rapat sangat! Kami dah jadi keluarga bahagia. Ada anak lagi. Boleh tak aku jawab macam tu?"Dia dah lain weh. Aku nak jadikan dia awek aku lah." Sean tersenyum sendiri.
Berdesing telinga aku. Terus sahaja aku berdiri. "Dia budak baik. Kalau setakat kau nak mainkan hati dia, lupakan! Kau nak jadikan dia awek kau yang ke berapa?" Hampir sahaja aku menengking.
"Chill bro! Aku putus lah dengan awek aku yang seorang tu. Aku nak dia pulak. Dia nampak menarik." Dengar seperti buaya sedang bercakap!
Aku menggempal penumbuk. Nafas ditarik dalam lalu dihembus. Tak mahu pula aku menumbuk anak orang. Selepas aku tenang, aku berkata, "kalau dia pilih kau, then she's all yours." Senyum paksa setelah itu.
Dia ketawa bangga. "Confirm dia nak aku. Tengok cara dia pandang aku terkejut tu pun, dah tahu."
Mana dia beli confident? Nak beli jugak.
"Tapi kalau dia tak nak kau, kau tak boleh paksa dia."
Sebab dia nak aku. Hanya aku. Dia aku punya."Okey."
Dengan ini, aku hanya berserah kepada Naura. Naura, pilih apa yang baik untuk kau. Aku tak kisah. Apa yang terbaik untuk kau, terbaik untuk aku jugak. Jaga kau dari jauh pun boleh.
YOU ARE READING
PAPILLON
Romantizm"Auch! Perut aku sakit!" -Arwa Naura "Kenapa pulak dah? Dah kata jangan makan sambal belacan tu banyak sangat!" -Afwan Nabhan "Apa pulak salahkan sambal belacan? Salahkan rama-rama dalam perut ni lah. Terbang semacam bila ada kau." -Arwa Naura Gaduh...