Bab 13 - Arwa Naura

28 4 7
                                        

SUDAH hari keempat diculik. Bosannya. Tapi tak lah bosan sangat sebab duduk dengan crush. Banyak kami meluangkan masa bersama memandangkan kami hanya ada untuk satu sama lain.

"I bet our penculik gonna be stranger lah." Ujarku bersama keluhan berat.

Tak habis lagi aku meneka. Semua nama aku sudah senaraikan sehingga kawan baik sendiri pun aku tuduh. Kesian kena fitnah.

"Nope. 100% sure it gonna be our.... enemies?" Tak henti juga Abang hot masih melayan overthinking aku.

Sudah berapa kali aku meneka, berapa kali juga jawapan dia masih sama. Kuat betul pendirian dia ni.

"Kalau aku punya tekaan tadi betul, aku dapat apa?" Aku sudah mahu main pertaruhan pula dengan Abang hot.

"Kau dapat aku." Jawabnya sambil merapatkan jarak wajah kami. Terkebelakang aku dibuatnya secara refleks.

"Nak tukar jawapan lah. Aku rasa penculik kita ni..." Kata-kata aku terputus kerana bunyi pintu terbuka.

Pandangan aku dan dia teralih pada gerangan yang memasuki ke dalam bilik yang kami duduki. Seorang lelaki yang tak pernah aku nampak mukanya. Pakaian tuxedo pada badannya membuatkan aku terkedu.

Di belakangnya terdapat Abang botak yang aku pernah sepak alat sulitnya. Aku melambai kepada abang botak tersebut. Kami memang dah jadi kawan dengan semua 'penjaga' kami di sini. Abang botak menganggukan kepala tanda menyahut sapaan.

Sombongnya Abang botak!

Lelaki yang tak pernah kami kenali itu berdiri berhadapan dengan aku. Abang hot pantas berdiri dan menyorokan aku di belakangnya. Aku juga berdiri dan menarik hujung baju Abang hot. Takut!

"Kau ke tepi budak." Arah lelaki tersebut tegas.

Abang hot masih tak berganjak walaupun setapak dari tempat dia berdiri.

"Pak cik siapa?" Aku menyoal kasar.

Dia ke 'bos' yang dikata-kata kan tu? Boleh dikatakan agak segak ya bos dia orang ni.

Tak sempat pak cik tersebut membuka mulut, aku menyerangnya lagi. "Pak cik ke yang culik kami?"

Pak cik tersebut mengangguk dengan muka bekunya. Terus sahaja aku mengoyak senyum lebar dan pergi ke sebelah Abang hot.

"Weh, tekaan aku betul! Yang culik kita ni, stranger! Aku dapat kau lah kan?" Aku menarik-narik hujung baju Abang hot gaya kanak-kanak minta aiskrim.

Abang hot menahan tawanya yang hampir terlepas. Dia sedar yang sekarang bukan waktu tepat untuk claim hadiah! "Dapat!" Masih juga dia menjawab.

Abang botak yang merenung gelagat kami tertawa kecil sebelum dia berdehem meneutralkan kembali reaksi wajahnya. Eleh, takutlah tu encik bos kat depan!

"I'm not your stranger, Arwa!" Pak cik tersebut memarahi aku.

Tak sikit pun aku gentir dengan dia ni. Rileks lah pak cik. Dia culik kita, dia pulak emo.

"Dah tu, pak cik siapa? Tak pernah dalam kamus hidup saya nampak pak cik. Pak cik nak duit? Saya tak ada. Pak cik nak kasih sayang? Mintak lah anak pak cik." Aku membebel sepuas hati.

"I'm your father." Katanya memberhentikan niatku untuk sambung membebel.

Terdiam aku seketika. Suasana di dalam bilik itu sunyi sepi. Cengkerik pun takut nak berbunyi. Dua minit sunyi, aku tertawa kuat setelah itu.

Aku ketawa sampai senak perut. Abang hot yang berada di sebelah melihat aku pelik. Tak payah cakap Abang hot, semua pun tengok aku macam orang gila.

Air mata yang keluar kerana ketawa, aku lap. "Papa saya dalam kubur. Pak cik nak jadi suami baru mama ke?" Masih lagi sedikit terhibur.

Dia yang masih dengan muka bekunya, menggeleng. "Kubur tu semua tak betul. Selama ni, Arwa datang kubur orang lain. Kematian papa dipalsukan."

Maklumat yang baru diberitahu, membuatkan aku tergeleng laju. Tak! Papa dah lama tak ada!

"Tak payah merepek! Bapak mana pergi culik anak?" Aku menempik geram. "Jangan bahasakan diri kau tu papa aku! Papa aku dah lama mati."

Kalau bukan kerana Abang hot menahan tangan aku dari menumbuk muka orang tua ni. Dah lama lebam mata sebelahnya. Jadi lanun!

"Papa dah berkahwin baru selepas bercerai dengan mama sewaktu Arwa 5 tahun."

Aku ketawa besar. Persis seorang psiko. "Buat apa bagitahu aku? Nak aku ucapkan selamat pengantin baru ke?" Soal aku sinis.

"Papa ada anak tiri." Beritahunya lagi.

Automatik, mata aku terjuling ke atas. Tudung aku sengaja kibas-kibaskan. "Kesian anak kau. Mesti selalu dilupakan. Anak kandung pun lupa apatah lagi anak tiri." Tak henti-henti aku perli dia pakej berpeluk tubuh.

"Nama dia Nadia. Sama sekolah dengan Arwa kan?" Dia tidak menghiraukan perlian aku. "Nadia sepak dia kan? Dia kena buang sekolah atas kesalahan terlanjur dengan Afiq."

Air muka yang hampir berubah, aku kekalkan dengan muka tidak kisah aku. Nadia? Anak tiri dia? Apakah?

Abang hot juga kelihatan terkejut. Pegangannya pada tangan aku, dia eratkan.

"Dia mengalami kemurungan sehingga hampir gila. Dia yang minta papa culik kau orang berdua. Dalam bilik ni ada cctv, dia selalu pantau kau orang. Katanya, tengok kau orang tak ke mana-mana dan tersekat di bilik ini buat dia bahagia. Papa ikut kehendak dia."

Hati aku pecah, berdarah, remuk dan sakit sangat. Tangan yang berpeluk tubuh telah jatuh longlai ke sisi. "Kau lagi kisah pasal anak tiri kau?"

"Kebencian Nadia terhadap Arwa menjadi lagi mendalam. Afiq tinggalkan dia selepas tahu keadaan Nadia semakin teruk. Papa cuba bawa dia ke hospital mental tapi dia tak nak. Katanya tak nak orang tahu yang dia tu gila."

Semakin panjang penerangan yang diberi, semakin hancur hati aku. Semakin perit kenyataan hendak diterima. Kenapa papa tak boleh kisah pasal aku seperti dia kisahkan tentang Nadia?

"Disebabkan budak ni adik si Afiq tu, papa kurung dia kat sini! Papa benci semua keturunan dia!"

Menjerit pulak.

"Sampai bila kau nak kurung aku kat sini?" Aku menyoal dengan suara yang sudah serak menahan tangisan.

Abang hot memaut bahuku.

"Nadia dah meninggal pukul 10 pagi tadi. Overdose. Jadi, papa nak mintak maaf sebab..."

Dunia aku terasa seakan berputar.
















AFWAN NABHAN

Naura yang sudah seperti tidak bermaya, aku tarik merapat. Pasti dia sangat terkejut dengan semua yang didengarnya.

"Nadia dah meninggal pukul 10 pagi tadi. Overdose. Jadi, papa nak mintak maaf sebab dah kurung kau orang. Papa akan hantar kau orang ke rumah masing-masing."

Lagi terkejut beruk aku dibuatnya!

Badan Naura yang semakin memberat kepadaku, aku pegang erat. "Naura? Okey tak?" Aku menyoal gusar. Badannya semakin lembik dan matanya tertutup.

Aku terus mendukungnya. "Pak cik! Hantar kita orang ke hospital."

PAPILLONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang