Bab 11 - Arwa Naura

23 4 3
                                    

"DAH hari ke berapa kita diculik?" Aku bersila di atas lantai bersebelahan Abang hot.

Biadap betul mereka mengambil kerusi kami. Sekarang, terpaksa kami bersila di lantai.

"Hari kedua. Kau pengsan semalam sampai hari ni. Aku risau tau." Dia memegang kedua belah bahuku.

Mataku jatuh pada tangannya yang elok berada di bahuku. Tersedar atas keterlanjurannya dia berdehem. "Maaf." Ucapnya perlahan.

Aku menggeleng tanda tidak mengapa. "Lama betul aku pengsan. Patutlah bangun-bangun terus memukul orang." Aku mengangguk faham dengan diri sendiri.

Berkerut kening Abang hot melihat gelagat aku yang lain macam. "Kau demam lagi ke?" Tangannya yang separuh terangkat ingin merasa dahiku, diletakkan di tepi badan.

Susahlah berduaan dengan bukan mahram. Semua benda nak terpegang! Kahwin ajelah! Kalau dengan dia, aku sendiri yang nak kahwin.

"Aku tak rasa aku demam lagi. Badan aku rasa bersemangat sikit." Aku hanya mengagak aje. Tak tahu betul ke tidak. Cumanya, dapatlah rasa badan aku sudah kebah sedikit.

"Kalau demam, memang jadi bold ke?" Persoalan tersebut membuatkan aku flashback apa yang telah aku buat tadi.

Tengah bergelut pun sempat aku flirt dengan dia. Aduh, rasa malulah pulak! Tapi, apa salahnya kalau aku pula cuba dapatkan dia?

Aku ketawa kekok sambil menggaru kepala yang berlapitkan tudung sarung. "Saje. Apa salahnya cuba dapatkan kau." Alamak, terlepas.

Membulat mata Abang hot merenung aku dengan pandangan Naura-kau-okey-tak-ni.

"Kau tau kau tak payah cuba nak dapatkan aku. Kau dah dapat dari awal."

Mendengarkan itu, terus sahaja aku tekup kedua belah muka dengan tangan. Malu! Abang hot tertawa lucu. "Kau ni comel lah malu-malu dengan aku pulak."

Ya Allah dia ni! Makin tak okey lah aku jadinya. "Diamlah!" Aku menurunkan kedua belah tangan dan memandangnya dengan senyum yang tertahan-tahan.

"Tak baik aje bagi mixed signals." Selamba badak, aku marahkan dia. "Lelaki semua sama. Pengecut, tak berani bagitahu keinginan.." Kataku dipotong laju oleh Abang hot.

"Aku suka kau jugak lah! Tak nampak ke? Dari sekolah rendah, Arwa Naura. Aku nak kau seorang aje. Aku tertarik dekat kau aje." Panjang lebar penerangan diberikan.

Suasana di antara kami menjadi hening. Kekok pulak jadinya bila masing-masing sudah meluahkan perasaan.

Baru sahaja hendak menukar tajuk, tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Lelaki yang sudah disepak punggungnya, datang ke arah kami sambil membawa dua bungkusan. Ada makanan lah tu! Sudah biasa tengok dekat televisyen.

"Makanan. Pastikan makan." Dia berkata tegas.

"Kalau tak sedap, aku tak nak makan." Amaran sudah diberikan, jangan cakap Naura tak bagitahu.

"Aku beli kat kedai lah. Mestilah sedap. Kedai kegemaran aku." Berani penculik tu balas?

"Yalah, biasanya muka hauk, perangai hauk ni, taste dia mesti teruk." Puasnya dapat mengutuk dia.

Tak sempat untuk penculik itu membalas, Abang hot memberhentikan pergaduhan kami.

"Jangan kacau awek orang boleh tak? Pergi sana!" Abang hot menghalau dia sudah seperti gaya kami yang menculik dia.

Dengan muka tak puas hati, dia keluar juga akhirnya. Makanan yang dibelikan buat kami adalah nasi kerabu. Lauk sampingannya ayam goreng. Abang hot membukakan bungkusan pertama buat aku. Setelah selesai dia buat untuk aku, baru dia buat untuk dia pulak.

"Gentlenya lah! Macam mana tak suka."

Aduh, terlepas cakap! Aku ingatkan cakap dalam hati tadi. Aku menggigit hujung lidah. Mulut pun sudah mengkhianati tuan badan.

Abang hot tertawa kecil. Baru aje aku nak menyuapkan makanan ke dalam mulut, dia menepuk tangan aku. "Baca doa dulu!"

Dia mengetuai bacaan doa makan dan aku hanya mengaminkan. Sedang kami makan, aku mengamati pakaian yang dipakai Abang hot. Baju biru berjenama Adidas dan seluar trek sukan berjenama Adidas. Kasut dia juga jenama Adidas. Boleh jadi model Adidas ni.

"Kau ni nak makan aku ke nak makan nasi kerabu?" Soalan yang diberikan membuatkan kunyahan aku serta-merta berhenti.

"Nak makan kau lepas makan nasi kerabu." Jawabku dengan mulut yang penuh namun masih menyuapkan lagi satu suapan ke dalam mulut.

Abang hot mencerlung ke arahku. "Jangan sampai aku yang makan kau dulu, sudah." Ugutnya.

Laju aku menggeleng. Makanan yang sudah dikunyah, ditelan paksa. Gelabah punya pasal. "Kau memang suka jenama Adidas ke? Bukan apa, semua pakaian kau Adidas." Cepat aku menjelaskan.

Dia merenung ke bajunya sekilas sebelum pandang ke arahku. Angguk sebagai jawapan. "Haah, suka." Jawabnya sambil menyuapkan satu suapan ke dalam mulut.

"Oh, aku tak suka Adidas. Aku suka kau."

Pernyataan aku membuatkan Abang hot terbatuk. Nasib makanan sudah berjaya ditelan. Aku menepuk belakang badannya beberapa kali.

"Aku suka kau jugak." Jawabnya setelah batuknya reda.

Aku ketawa lucu. Menyempat aje tu.

"Jadi, aku nak tahu banyak lagilah pasal kau." Tawaku terus terhenti. Terangkat keningku memintak penjelasan.

"Aku tanya kau soalan, kau jawab. Okey?" Jelasnya.

Mulutku berbentuk 'o' sambil kepala terangguk faham.

"Jangan muncung mulut macam tu! Lain kang jadi. Kita berdua aje ni." Aku terus mengemam bibir. Siot!

"Aku nak tanya kau soalan dululah." Akibat malu, aku mahu perbualan tadi cepat habis. Abang hot memberi kebenaran dengan menghayunkan dagu ke depan.

"Makanan kegemaran kau?" Itu soalan pertama yang aku pilih.

Dia mengangkat ayam yang berada di dalam bungkusan makanan. "Ayam goreng."

Oh, itu jawapannya. "Teruknya taste kau. Ayam aje? Senang betul jaga kau." Komenku.

"Taste aku, kau."

Giliran aku pula yang terbatuk. Sudahlah! Kami memang tak akan berhenti gamaknya membuat pickupline klise. Abang hot tersenyum kemenangan kerana berjaya membuatkan aku cair.

Tadi dia cair, aku tak usik dia pun. Tak adil!

"Kau pulak bagi aku soalan." Cepat aje aku nak lari.

"Basuh tangan dulu." Arahnya apabila melihat aku sudah siap mengunyah suapan terakhir.

Aku dan dia berdiri dan berjalan ke sinki. Basuh tangan bersama. Selepas siap basuh tangan, Abang hot melarang aku daripada lap tangan pada baju sendiri, malah dia mengeluarkan sapu tangan dari poketnya. "Guna ni untuk lap tangan kau."

Oh tuhan! Lelaki yang mementingkan kebersihan sangatlah hot! Definisi sempurna tu memang dia. Selesai kami mengelap tangan, kami bersila semula.

"Three facts about you." Terus sahaja dia meminta.

Tiga fakta tentang diri sendiri? Susah ni. Aku pun tak kenal diri sendiri sangat.

"Book lover." Itu fakta pertamanya.

"Buku apa kau suka?"

Aku rasa nak pengsan. Paling aku cair kalau lelaki tanya tentang minat aku.

"Novel melayu." Jawapanku dibalas anggukan.

"Aku suka baca jugak. Tapi buku inggeris lah." Fakta yang baru tentang Abang hot kita! Makin rasa nak berguling. "Next?" Dia meminta fakta aku yang kedua.

"Ice lover!" Aku memang suka mengunyah ais begitu saja.

"The third one?"

"Your lover."

Tawa kami terburai.

PAPILLONWhere stories live. Discover now