Bab 5 -Arwa Naura

35 8 12
                                        

SEPERTI apa yang kami rancang, alhamdulillah semua hiasan kelas menjadi. Semuanya terletak di tempat yang sepatutnya. Kami tersenyum bangga.

"Cantik gila! Cikgu mesti suka hasil kerja kita." Hannah mengambil gambar kelas kami. Puteri di sebelah menangkap gambar sendiri.

Sofea tekun dengan telefon sendiri. Aku di sini termenung keletihan. Penat gila! Tercabut pinggang aku dibuatnya. Bunyi pintu kelas kami diketuk mengalihkan perhatian semua ahli kami.

Seorang budak batchmatch kami masuk dan mendekati aku. Apa hal pulak?

"Nadia nak jumpa kau kat kantin." Lapor budak tu.

Terangkat sebelah kening aku. Dia nak warning aku supaya jangan bagitahu sesiapa tentang mereka dating ke? Alamak, dah terlambat. Kawan baik aku semua sudah tahu.

"Kenapa? Kita orang busy." Hannah jawabkan bagi pihak aku.

Busy tu tak sangat pun. Cumanya, malas menghadap spesies tapir.

"Sekejap aje. Dia ada hal penting nak bagitahu dan ingat, dia nak jumpa kau seorang aje." Sejurus dia menghabiskan ayatnya, dia sudah berlalu dari kelas kami.

Aku berpandangan dengan Sofea, kemudian Puteri dan juga Hannah. Aku pasti, mereka semua dapat agak tentang apa.

"Kita orang ikut sama. Tak nak dia apa-apa kan Naura yang cantik ni." Puteri mengusap lembut bahuku.

Sofea dan Hannah mengangguk laju. "Bahaya lah minah tu. Mahu dia tarik tudung kau." Hannah sudah mula berburuk sangka.

"Aku rasa better Naura pergi seorang diri. Kita just ikut dari belakang. Tengok dari jauh. Apa-apa dia nak buat, kita serang. Amacam?" Panjang lebar idea yang diberikan Sofea.

Kami semua sudah seperti burung belatuk, mengangguk dengan kadar laju. Tanda setuju.













SESAMPAINYA, aku seorang diri di kantin, sudah nampak kelibat Nadia dan Afiq Najmudin. Terasa longgar skru lutut aku! Mereka dengan kawan masing-masing. Adalah dalam empat orang semuanya. Nak terkencing!

Aku berjalan lambat-lambat ke arah mereka. Gaya orang buat salah. Menunduk aje aku berjalan.

"Kau Naura, kan?" Afiq Najmudin sudah menegur aku dahulu.

Aku menelan liur payah. Angguk kepala secara slow-mo.

"Kau jangan ingat aku tak tau kau nampak aku masa hari tu kan?" Nadia memulakan mukadimah dengan suara yang sudah naik beroktaf-oktaf.

Nadia sudah berdiri tegak di hadapan aku dengan sekelip mata. Mama, tolong Naura! Aku bertentang mata dengan Nadia. Ceh, sudahlah jauh lebih rendah dari aku. Ada hati nak tengok aku macam nak telan. Aku tunjal kepala tu apa pun tak dapat.

"Aku bagi amaran dekat kau. Kalau orang tak sepatutnya tahu tentang benda ni, siap kau." Jari telunjuknya betul-betul berhenti di depan hidung aku.

Kawan-kawannya mentertawakan aku yang sudah seperti ketakutan. Siapa takut? Hello? Ni Arwa Naura. Aku tak akan diam.

"Tahu pulak takut. Waktu buat dosa tak fikir takut dengan Allah pulak?" Aku menyindir pedas. Rasa takut sudah hilang di bawa angin.

Jelas, semua yang berada di situ terkejut dengan balasan aku. Afiq Najmudin pun nampak terkedu! Haha, nak aje aku jelir lidah kepadanya tanda mengejek!

"Beranilah kau mengadu kalau kau tak nak rasa penampar sulung aku!" Nadia menempik sambil mendongak. Almaklumlah, lebih pendek dari aku!

"Sampai pulak tangan kau nak tampar aku?" Aku mencabarnya. Puas hati aku bila nampak yang dia memang terkedu.

PAPILLONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang