"ABANG hot kau main bola sepak petang ni." Lapor Hannah kepadaku sambil membuka plastik makanan di tangan.
Biasalah, makan di dalam kelas. Melanggar peraturan sekolah memang kegemaran kami.
"Haah. Ada friendly match. Sekolah kita jadi tuan rumah. Untuk tahun ni." Puteri menyambung berita tentang Abang hot.
Aku menghadam segala maklumat. "Bila lagi dia orang main? Kalau petang ni aku tak boleh tengok. Final bila?" Soalku sambil mengambil biskut daripada tangan Hannah. Hannah mencerlung padaku. Sorry, babe!
"Kalau dia orang menang petang ni, esok final." Sofea menjawab bagi pihak Hannah.
Aku mengangguk sendiri. Harapnya dia orang menang.
[🐊 ayang takde 🐊]
WEI SEKOLAH KITA MENANG WEI 😟 -hannahughty 😝
pergh gila hebat siot. mesti sebab abang hot aku main ni -you
eh lah nak jugak dia punya tuu. -sofeayang 😝
info diterima naura -sofeayang 😝eh tak lah. sebab pasukan lawan main guna bontot agaknya -puteri gunung ledang 😝
AHAHAHAHAHAHA WEH 😭 -hannahughty 😝
uish bontot tak melecet ke siot -sofeayang 😝
apa risau? mopiko kan ada -you
SIOT LA 😭 -puteri gunung ledang 😝
LAIN TU NAURA -hannahughty 😝
berapa kosong dia orang menang? -you
4-3 kott. aku tak sure sangat -puteri gunung ledang 😝
OKAY ESOK KITA TENGOK ABANG HOT AKU MAIN!! 🤗 -you
nak sokong tapi kalau mak ayah dia datang? camne? naya aku kang -youkenal kenal la dengan mak mentua. dia pun kenal mama dah kan? -sofeayang 😝
KACAKNYA! Abang hot aku memang kacak terlebih. Dia menutup lututnya yang terdedah. Tak semua murid memakai lagging untuk menutup aurat.
Wisel dibunyikan tanda permainan bermula. Pasukan sekolah kami menentang juara bertahan. Kemungkinan nak menang tu, memang sekolah kami tinggi. Aura tuan rumah, mungkin.
Pemain sayap kiri sekolah kami membawa bola dari bawah, lalu melakukan sepakan 'long ball' untuk penyerang yang sudah berada di kawasan penalti. Sayangnya, pemain lawan yang memenangi bola tersebut.
Pemain sekolah kami yang bernombor 7 merampas bola tersebut dan kakinya dibentes. Kami mendapat sepakan percuma!
Sepakan percuma tersebut diambil oleh pemain sekolah kami bernombor 10. Penyokong mula bersorak kuat dan gol pertama! Semua pemain berpelukan dan meraikan.

ANDA SEDANG MEMBACA
PAPILLON
Romance"Auch! Perut aku sakit!" -Arwa Naura "Kenapa pulak dah? Dah kata jangan makan sambal belacan tu banyak sangat!" -Afwan Nabhan "Apa pulak salahkan sambal belacan? Salahkan rama-rama dalam perut ni lah. Terbang semacam bila ada kau." -Arwa Naura Gaduh...