NAURA terlentok di bahuku. Dia tertidur. Waktu sudah petang. Pastinya dia penat. Bahang dari badannya sahaja sudah dapat aku agak yang dia ni demam. Memandai aje kata dirinya tu sudah kebah demam!
Cuaca di luar sedang hujan. Dapat aku rasakan Naura sedang menggigil. Perlahan-lahan kedua tangan Naura memeluk pinggangku. Tersekat nafasku di kerongkong. Umi, Afwan kena raba!
Aku mencuri lihat wajah polosnya yang sedang tidur. Nak tolak badannya cuma aku tidak mahu mengganggu tidurnya. Bibirnya terketar-ketar menandakan dia semakin sejuk. Tangannya yang berada di pinggangku kian menyejuk.
Perlahan-lahan, tangan kiri aku memaut pinggangnya lembut selembut yang boleh. Tangan kanan menarik dirinya merapat ke badanku. Kalau berkongsi haba, mungkin tubuhnya tak adalah menggigil sangat, kan?
Secara refleksnya, Naura terus naik ke atas peha aku. Aku menelan liur payah. Dia sudah menyelesakan kepalanya di dadaku.
Act cool, Afwan!
Dalam tidur pun masih buas lah Naura ni. Tidur mati betul dia sekarang ni. Badannya yang menggigil tadi sudah mereda. Dapat jugaklah aku menarik nafas reda walaupun jantung aku masih tidak reda dengan kedudukan kami yang sangat intim.
"Naura, kau buat apa kat aku ni?" Soalku dalam berbisik kepada diri sendiri. Aku mencuit hidungnya.
Naura semestinya tidak menjawab kerana tidur terlalu lena. Aku menyangkutkan dagu ke atas bahunya. Tidur ajelah!
ARWA NAURA
HARI KE-3 DICULIK.Sekarang sudah pagi. Matahari elok menegak di dada langit. Aku dan Abang hot juga sudah selesai sarapan Nasi Lemak Ayam. Ayam lagi! Semuanya kegemaran Abang hot.
Aku berpusing menghadap Abang hot. Dia yang sedang memicit-micit bahunya sambil muka berkerut-kerut.
"Bahu kau sakit ke? Nak aku urut?" Jarang aku menawarkan diri untuk mengurut sekalipun pada mama. Aku tak reti mengurut pun sebenarnya.
"Ada orang tu tidur kat aku. Sebab tu lenguh."
Oh, dia nak perli aku la ni. Aduh, aku tersenyum tidak bersalah. Bukan salah aku dah kalau bahu dia sungguh menarik untuk dibuat bantal.
"Kalau macam tu, kau baring kat peha aku lah tidur. Baru adil." Sendaku sambil menepuk peha sendiri.
Mencerlung matanya mendengarkan itu. "Jangan nak merepek!"
Tak sempat mahu membidas, bayang-bayang kami menarik perhatian aku. "Wei, tengok tu bayang-bayang kita!" Jari telunjuk aku tepat pada bayang-bayang kami.
Aku melambai pada bayang-bayang sendiri.
Abang hot pula membuatkan bentuk love menggunakan tangan kanannya. Dia menyuruh aku menyambung love tersebut. Faham akan kehendaknya, aku menyambung sambil
mencuba sedaya upaya tidak tersentuh kulitnya.Walaupun kulit kami tidak bersentuhan, di dalam bayang tersebut, love kami nampak sempurna!
"Kalau lah ada telefon, boleh tangkap gambar ni."
"Kalau tangkap gambar ni, mesti cantik."
Serentak kami berkata sambil menurunkan tangan masing-masing juga serentak. Kami berpandangan. Macam jodoh pulak cakap serentak ni!
"Aku rindu mama." Nafas berat dihela. Aku menunduk memandang tangan sendiri.
"Aku pun rindu umi." Dia perlahan-lahan melentokkan kepala ke bahuku sebelum dengan cepat dia duduk tegak semula. "Maaf! Aku selalu buat macam tu dengan umi."
Aku mengangguk faham. "Kau tak rapat dengan abi?" Berhati-hati aku menyoal, risau soalan ini sangat sensitif dengan dirinya.
Tubuhnya mengeras kaku sebelum dia mengetap giginya kuat. Gaya bahasa tubuhnya, dapat aku agak yang soalan aku tadi sangat lah mematahkan moodnya.
"Sorry! Kalau kau rasa tak nak jawab, tak perlulah." Aku tidak mahu memaksa.
Dia menggeleng perlahan. "Tak apa. Aku memang tak rapat dengan ayah aku sangat. Dia lagi suka abang aku." Jawabnya masih dengan wajah yang beku.
"Boleh aku tahu kenapa?" Sensitif ke soalan aku ni?
"Aku pun tak tahu. Semua yang abang aku buat mesti lagi bagus pada mata dia berbanding aku." Dia mengeluh berat sebelum menyambung, "umi aje tempat aku bermanja."
"Enough about me. Aku nak dengar cerita pasal arwah papa kau." Dia nampaknya tidak mahu berlama-lamaan pada topik itu.
Tak apa, aku faham akan keadaannya.
"Aku tak tahu sangat pasal papa aku. Masa aku lima tahun, papa meninggal." Itu mukadimah pertama.
"Oh, ya? Boleh aku tahu sebab apa meninggal?" Dia melayan aku dengan penuh perhatian. Tidak berkelip pandangan matanya penuh ke arah wajahku.
"Aku... pun tak tahulah. Mama macam tak nak bagitahu. Tapi sekurangnya, aku selalu ziarah kubur papa. Gambar papa, masih ada kat rumah." Aku bercerita panjang.
"Kenangan kau dengan papa kau yang kau ingat?"
Pandainya dia memanjangkan perbualan kami! Usaha dia memang tinggi. Mama, Naura cair.
"Ada satu yang paling aku ingat! Waktu tu first time mama benarkan aku naik motor dan aku naik dengan papa! Lepas tu, boleh pulak motor rosak tengah jalan." Beria-ia aku bercerita siap dengan tangan yang tergawang-gawang di udara.
"Papa tolak motor kami sampai ke rumah. Aku duduk atas motor aje. Kesian papa, jauh tau rumah dari tempat motor kita orang rosak. Inilah kenangan yang paling aku suka." Tamat sudah imbas kembali.
"Tak apalah. Sekarang, kau boleh naik motor dengan 'papa' ni." Tangannya melekap pada dada sendiri menunjukkan papa tu adalah dia. "Kita naik dengan kucing ya? Jangan sedih!" Pujuknya.
Rama-rama dalam perutku sudah bertebangan seperti apa.
Aku memegang perutku sambil kening dikerutkan. "Auch, perut aku sakit!" Acah-acah sakit aje.
"Kenapa pulak dah? Dah kata jangan makan sambal belacan banyak sangat!" Dia memarahi aku. Marah tapi sayang, kan?
"Apa pulak salahkan sambal belacan? Salahkan rama-rama dalam perut ni lah. Terbang semacam bila ada kau." Seusai habis berkata, tangan yang memegang perut diletak ke sisi badan semula.
"Main-mainlah kau ni!" Dia berkata sambil menahan senyum. Aku mentertawakannya. Berdekah aku ketawa. Tertipu juga! Dia yang melihat aku ketawa turut tertawa sekali.
"Tak tahulah macam mana penculik boleh tahan dengan kebisingan kita." Kataku apabila tawa kami sudah reda.
Bukan nak kata apa, memang sepanjang masa kami akan buat bising di sini. Dah macam rumah sendiri.
"Talk about penculik. Kau rasa siapa yang benak pergi culik kita?" Soalan yang diberikan membuatkan aku terfikir sejenak.
"Bos dia nak kita. Maksudnya orang yang kita kenal ke?" Soalan berbalas soalan. Kami mula memerah otak.
"Sean Smith!"
"Sean Smith.."
Serentak kami berkata membuatkan tawa kami bergabung lagi.
"Mustahil lah. Dia budak sekolah." Abang hot menggeleng sendiri.
"Mama aku cakap, always expected the unexpected. Kita tak tahu kan?" Pesanan yang pernah diberikan oleh mama, aku ulang. Haih, makin aku rindu pada mama dibuatnya.
Dia mengangguk faham.

ANDA SEDANG MEMBACA
PAPILLON
Romance"Auch! Perut aku sakit!" -Arwa Naura "Kenapa pulak dah? Dah kata jangan makan sambal belacan tu banyak sangat!" -Afwan Nabhan "Apa pulak salahkan sambal belacan? Salahkan rama-rama dalam perut ni lah. Terbang semacam bila ada kau." -Arwa Naura Gaduh...